|
SEPASANG RM5 |
|
NI BUKAN BELI MASA HARI GAJI TAPI KAT STAFF JAB. KAP - 1 KG RM15 |
|
CERI RM8 TAPI BIASANYA DALAM BEKAS LAIN TAPI YANG NI LAIN PULA |
|
BAJU UNTUK NUHA |
|
NI PULA UNTUK DAMIA |
|
SEPASANG UNTUK NUHA |
|
SEPASANG UNTUK DAMIA |
Deko yang kita orang buat untuk perhimpunan bulanan hari tu jadi rebutan. Ketupat gergasi dah diambil oleh Jabatan Korporat untuk diletakkan di ruang legar lobi dan 'photobooth' gambar rumah kampung dia orang nak tapi bos kita orang tak bagi. Lepas tu Jabatan Pelesenan pun nak juga sanggup beli lagi tu! Buat mahal-mahal kan tak kan nak bagi kat jabatan lain pula.
Sudah nya letak kat jabatan....
8.6.2018 (Jumaat)
Aku, Kak Hawa dan Azza pergi Jalan TAR. Pelan asalnya Kak Atikah pun ikut sekali tapi dia tersangkut kat bank dah kalau keluar lambat nanti jalan sesak sebab orang nak Solat Jumaat kan. Macam nak pergi Kenangan sampai tertunda sebab dah lambat.
Sampai sana Azza ke Sogo dan aku dengan Kak Hawa. Kak Hawa nak cari baju Melayu untuk anak0anak dia dan aku sebenarnya saja nak ikut tapi mak pula kirim agar-agar kering (kalau ada). Sementara nak tunggu akak tu cari saiz yang Kak Hawa minta, aku jalan-jalan kat situ tengok kain ela dan dah terbekenan dua helai....belilah kat Nagoya tu.
Lepas tu misi mencari agar-agar kering di sepanjang bazar yang ada kat situ tapi tak ada rezeki mak tahun nu. Yang jual kuih tradisional seperti batang buruk, kuih sepit@kapit dan lain-lain pun sangat kurang tahun ni.
Sudahnya kita orang borong kuih raya dengan berkongsi sebab kalau banyak nanti lepas raya tak habis. Nasib baik Kak Hawa beli lebih untuk di bawa pulang ke kampung (Sabak Bernam).
|
LEMANG PERIUK KERA RM6 SEKETUL...SAJA BELI SEBAB NAK RASA |
|
KETUPAT PALAS UNTUK MAK DAN AKU BELI LEBIH SEBAB NUHA SUKA MAKAN. RENDANG TU AKU BELANJA MAK RM6 SAJA 100G |
|
3 BEKAS RM40 - BISKUT MAKMUR & NESTUM |
|
SEBEKAS RM10 SAHAJA! MEMANG BERBUTLAH. BILA MAKAN LEPAS BERBUKA TU MEMANG ADA RASA LAH JUGA KUIH-KUIH NI |
|
KUIH REMPEYEK @ TEMPEYEK PUN DAH SAMPAI RM18 SEBEKAS. |
Sambil ambil gambar sambil nak melayan rancangan Mr. House Husband.
9.6.2018 (Sabtu)
Gagahkan diri datang ke opis untuk mengemas sebelum hari raya ni dan mana yang erplu dibawa balik aku asingkan dalam kotak lain sebab minggu raya ni memang hari-hari bawa balik kuih raya yang dah ditempah awal.
|
LEBIHAN MASA PERHIMPUNAN HARI TU. DARI LAYU KAT MEJA 'WAKAF' TU BAIK AKU LAMINATE KAN! |
No comments:
Post a Comment