Menu raya pertama
AYAM MASAK KACANG |
RENDANG DAGING (TEMPAH KAT KAWAN ADIK) |
NASI HIMPIT SEGERA |
KUIH RAYA DENGAN TEMA HITAM PUTIH :p |
Kuah masak lodeh Angah belum masak lagi sebab tu tak dapat nak snap.
Filem Jurassic Park ni dah keluar 7 Jun 2018 tapi memandangkan bulan Ramadan kena tunggu raya baharu boleh pergi tengok kan. Aku pergi petang raya pertama memandangkan tak ada benda yang nak dibuat (#teamrayaklsangat!!!). Aku pergi dengan Abang Ali, Adik dan Nurul.
KUMON - 17.6.2018
Sesi mengemas pula dah di hari raya tapi ni semua barang Adik aku. Ada lapan kotak! Mak aii!!! Ada yang dia beli sendiri dan ada juga hadiah dari kawan-kawan (hari lahir) dan pelajar di KUMON (hadiah hari guru) yang menyebabkan semakin lama semakin banyak cenderahati yang ada.
Kebetulan pula Mamu dan Mami nak datang beraya di rumah. Selalunya dah Hujung-hujung Syawal baharu mereka datang beraya, yang di awal pula tapi kita orang dah janji nak mengemas. Tinggal Angah soerang kat rumah nak memasak dan apa-apa yang patutlah. Walaupun Angah seorang dia buat kerja macam lipas kudung tak macam kita orang ni...hahaha
KERJA DI RAYA KE-4 - 18.6.2018 (Isnin)
Bosan duduk rumah dah tiga hari. Kalau boleh raya kedua tu aku nak datang kerja sebab tak ada jalan ke mana dan kalau tahun-tahun dulu ada juga pergi bercuti (walaupun asyik Melaka & PD memanjang!). Sekurangnya ada jugalah kan!
NK NAIK GRAB SAMPAI RM16 & TEKSI PAK CIK DATANG TEPAT PADA MASANYA. MANA TAHU ADA YANG CARI INAP DESA KAT KL NI KAN |
BAJU BAHARU TUDUNG LAMA |
No comments:
Post a Comment