Monday 30 October 2017

MYDIN - 22.10.2017

Pergi Mydin sebab nak beli barang-barang keperluan. Mak dan Angah pergi Jakel sementara aku dan adik ke Mydin. Sebenarnya aku ikut adik, mak dan Angah. Alang-alang dah pergi tu belilah barang keperluan aku sekali. Aku memang pengguna produk Safi dari dahulu lagi. Kebanyak produk penjagaan diri yang aku guna semuanya keluaran Safi seperti deodorant, bedak kompak, minyak rambut, pencuci muka, skrub muka, pencuci wanita dan syampu. Gincu kolagen dan gel mandian aku gunakan produk D'Herbs manakala cologne, produk Syahirah. Kiranya aku gunakan produk yang mesra Muslimah dan mesra solat.

Adik aku yang perasan aka promosi kalau beli barang RM20 dan ke atas akan dapat hadiah misteri sementara kalau beli RM35 dan ke atas akan dapat 'tumble oxy'. Kebetulan memang aku dah beli banyak. Bila bayar juruwang tu suruh pergi Pusat Khidmat Pelanggan (Customer Service). Staff kat situ kata  nanti dia semak. Lepas tu tunggu lamalah juga sebab ada customer lain tengah test mainan. Alih-alih datang staff yang lain tanya kat mana aku tengok kata dapat barangan percuma tu? Aik, korang yang letak, kenapa tanya aku pula?

Lepas dah cakap kat mana tu, tunggu lagi dan datang lagi. Aku siap pergi tunjuk sendiri kadbod yang tulis promosi tu. Boleh pula kata dah habis. Dah habis turunkan lah kadbod promosi tu kan! Akhirnya aku dapat 'tumble oxy' tu 3 biji warna oren sebab dah habis stok dan hadiah misteri tu tak ada. Masalahnya kakak aku beli sikit tapi dapat barangan percuma lagi banyak dari aku. Patutnya aku dapat dua barang percuma sebab beli lebih dari RM35 tapi dapat satu sahaja. Memang angin betul. Nasib baik akak yang uruskan tu suruh juga staff yang lain bagi juga kat aku barangan percuma tu walaupun bukan 'tumbler' tu tadi.



BOSAN TUNGGU ADIK AKU SEBAB LEPAS KE MYDIN DIA SINGGAH KE HANEEFA PULA



NAK PERGI TAPI TAK ADA GENG






BALIK SINGGAH MAKAN AYAM PENYET

No comments: