Thursday 19 October 2017

CERITERA KUIH TAT/ KISAH BEKAS AIR & KOLEKSI KAIN PERCA

Korang pernah makan kuih tat bengkahulu? Aku pun tak pernah makan dan kebanyakan rakan opis yang lain pun tak pernah makan. Abang Acad buka tempahan kepada sesiapa yang berminat. 
 
Ni lah rupanya kuih tat bengkahulu tu?

KUIH TATA DAH SIAP UNTUK DIHANTAR KEPADA KAMI SEMUA
NI TAT INTI KELAPA
BENTUK HATI NI TAT INTI NENAS & RAMAI YANG ORDER TAT INTI NENAS NI
AKU NAK CUBA DUA JADINYA AKU MAIN BELI SAHAJA.
Kulitnya sedikit liat (tak rapuh) dan dua-dua intinya sedang-sedang saja.Separuh aku bawa balik kat rumah nak suruh dia orang rasa dan mak aku cuka pula tat inti nenas tu.

 Sempena cuti Deepavali adik aku nak buat air dan dibancuhnya air panas dengan gula. Melorot bekas air tu jadilah macam gambar kat bawah ni...hahahaha. Ingat ni bekas Tupperware ke?





Ni pula lebihan kain perca daripada baju-baju kurung yang aku pernah hantar kat Kak Safura. Dia baharu hantar baju terakhir yang aku hantar tahun lepas untuk dijahit. Sebab aku hantar? Murah, jahitan kemas & buat leher tulang belut. Ada tempat yang aku hantar harga dah lah cekik darah dan kalau nak jahitan mata lalat le mata ular ke itu jadi harga lain. Bila dia jahit salah dan kita minta betulkan dia akan minta cas harga lain pula? Ada ke patut?

NI SEMUA LEBIHAN KAIN BAJU-BAJU AKU DAN ADA YANG AKU DAH BAGI KAT ORANG LAIN PUN...HEHEHE
KAIN YANG DUA IKAT TU MAK AKU YANG PUNYA

No comments: