Tuesday 31 October 2017

HOTEL MALURI - 22.10.2017 (BHGN 2)



































Sebenarnya kita orang bukan saja-saja nak pergi Hotel Maluri tetapi disebab sistem elektrik kat rumah tu perlu diganti (untuk satu rumah), makanya kita orang kena tdiur tempat lain. Perancangan asal kita orang akan berada di Hotel Maluri selama 3 hari dan dua malam tapi disebabkan Abang Ali dapat siapkan dengan cepat, jadinya hanya semalam sahaja kita orang di sana. Memang tak pernah tukar katanya sejak kita orang tinggal di situ, dan bagi mengelakkan sebarang kemalangan yang tidak dijangka kenalah tukar walaupun berpeluh juga nak keluarkan bahagian masing-masing.




Aku dan adik aku pergi kemudian. Angah, mak dan anak buah aku dah pergi dulu sebab Angah nak uruskan pendaftaran. Dalam perjalanan singgah pula beli makan malam (burger je pun!) dan lepas tu Abang Ali nak singgah jumpa kawan dia pula. Dekat pukul 11 jualah bharu kita orang sampai ke Hotel Maluri. 

Dalam perjalanan tu, adik aku terbuka siaran Kool FM dan rupanya pada malam Sabtu ada DJ Andy Hakim (Dulu DJ dalam slot Hindi Power di THR Gegar yang merupakan slot kegemaran aku masa sekolah dahulu. Sebelum slot Andy Hakim ni ada slot bersama Richie Rachman yang pun bagus juga). Dengar macam best je lagu ni dan aku pun rakam kononya nanti nak cari.


No comments: