Tuesday 24 October 2017

JALAN-JALAN KE KLINIK KASSIM - 19.10.2017

Hari Khamis yang lepas, aku ikut Angah & famili serta mak ke Klinik Kassim di Bandar Tun Razak. Yang nak jumpa Dr. Kassim tu Angah sorang tapi yang pergi 1 kereta siap dengan Iman (anak Along)...hahaha. 

Mujur jugak masa kita orang sampai tu orang tak ramai seperti kebiasaannya. Selalu kalau aku pergi dekat pukul enam tu memang dah penuh sampai duduk kat luar. Klinik kecil tapi moden dan ubat-ubatnya alhamdulillah hebat dan serasi!!!

Dulu masa aku umur tujuh tahun aku tinggal kat sini juga. Umur 3 - 6 tahun aku tak tinggal dengan famili sebab masa tu maka dengan arwah abah kerja dan Along & Angah masih sekolah. Jadi tinggallah aku kat Klang rumah Mamu (rumah adik lelaki mak aku). Bila aku nak masuk darjah satu baharulah mak dan arwah abah ambil aku semula. Tinggal kat sini pun tak lama sebab pada tahun 1993, aku pindah ke Desa Pandan ni.

Rumah aku dulu di Blok 94 dan tingkat 9. Tak terbayang rasanya kalau aku dan famili masih tinggal di sini sebab rumah ni sangat kecil. Kalau keluarga kecil kira okey lagi dan barang-barang kat rumah tak banyak kan. Ni kalau almari buku dua buah, kotak-katak buku ada beberapa buah memang tak dapat nak tolong lah kan.



KITA MAIN BELON DULU
 





 
Sila abaikan tudung yang senget-senget tu...hahaha







Budak bertuah ni memang payahlah nak suruh dia pandang kita tau...jenuh nak dapat gambar dia yang okey.













NI POKOK BERAPA PULUH TAHUN NI?
 









Ingatkan terus balik rumah, rupanya dia orang nak pergi ke Karnival Usahawan Muda terus di PWTC. Itupun aku terbaca dalam akhbar dari 19-22 Oktober 2017.

No comments: