Friday 9 September 2016

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA ~ DAY 4


Hari keempat berkursus. Masing-masing mengantuk sebab semalam tidur lewat. Ceramah hari ni pula tentang Hala Tuju Negara...tajuk besar tu...hahaha

Seperti biasa program bermula pada 8.30 pagi usai kita orang bersarapan. Penceramah dah ada pun masa kita orang samapai ke dewan kuliah. Cr. Noor Azam bin Abdul Mokta. Cr. gelaran untuk kaunselor. FB beliau: Laksamana Alam Warisan dan beliau seorang pesilat dan arif tentang Sejarah Melayu. Kalau ada kemusykilan boleh e-mel beliau yer di noorazamabdulmokta@ymail.com. Nombor telefon pun ada...korang nak ke? Hehehe...tak boleh lah nak bagi kan...privasi. Marah pula En.Azam nanti sebab pandai-pandai sebarkan nombor telefon dia kan!

Masa mula-mula kita orang dengar suara beliau, wow! macam suara Nash lah!!! Hahahaha. Tapi masa pembukaan tu beliau bercakap dengan agak perlahan membuatkan kita orang rasa melayang-layang. Peneranganan yang diberikan sepatah demi sepatah dan sedetik demi sedetik berlalu terasa sangat lama pula. 

Rupa-rupanya sangkaan kita orang ni salah sama sekali. Lepas tu kelas beliau membuatkan kita orang terasa segar-bugar. Sedikit tentang diri beliau ni ialah merupakan seorang yang berketurunan Banjar & Bugis (berketurunan Laksamana katanya). Sebab aku di barisan paling hadapan kan, En.Azam ada tanya aku ni Anak Mami ke? Tentulah jawapannya, "Eh, tak lah. Atuk saya asal dari Pakistan" Huahuahua....Beliau rupanya duda terlajak laris ni sebab walaupun berusia 46 tahun, dari segi penampilan memang tak nampak macam umur tu.

2 Perkara yang dikupas dalam kelas beliau ialah Perlembagaan Negara (PN) dan Dasar Negara (DN). 

Antara nota-nota yang sempat aku catatkan ialah seperti berikut:
 a) 720 kerajaan Melayu yang hilang pada zaman dahulu.
 b) Yang tinggal ialah Kerajaan Malaysia (kalau tak silap aku salin lah!)
 c) Melaka dahulu dipanggil Malaga
 d) Dipanggil -  Kerajaan Kama Lingga  - sebelum zaman Melaka
                      -  Kerajaan Gangga Negara (sekarang Perak)
                      - Kerajaan Kataha (sekarang Kedah)
                      - Tantan (Kelantan) / Poni (Terengganu) / Pa Hang (Pahang) / Indera Giri, Indera Pura, 
                         Johor Lama merupakan sebahagian dari Malaysia pada masa kini.
 e) Pada zaman kemasyhuran Melaka, berlakunya 12 peperangan yang mana Melaka tidak pernah kalah dan hanya dapat dikalahkan pada peperangan yang ke-13.
 f) Terdapat jenis-jenis keris: Keris Lok 3 (beliau merupaka seorang pendekar) / Keris Lok 5 (Berketurunan Raja) / Keris Lok 7, 9, 13, 17, 19, 21 dll.
 g) Keris paling tinggi Lok nya milik Sultan - orang lain tidak boleh buat lebih dari Sultan - jikalau tidak dihukum mati.
 h) Kalau seseorang itu dapat memijak tangga istana, orang itu digelar Hang. Mungkin Hang Tuah / Puteri Hang Li Po mendapat gelaran dari situ agaknya kan! 
 i) Laksamana tidak boleh bersuara dan wajib patuh pada peringtah Sultan.
 j) Malaysia ada 56 suku kaum dan digelar Negara Imposibble.
 k) Perkara 32 PN - letak kuasa YDP Agong yang paling tinggi.
 l) Perkara 39 PN - kuasa PM di bawah YDP Agong
 m) Perkara 11 (4) PN - tentang agama (kebebasan beragama) 
 n) Mendiang Tun Tan Siew Sin - orang pertama yang membuat rundingan di London.
 o) Perkara 10 (4) PN - Bebas bersuara kecuali tentang 4 perkara iaitu: Islam (Perkara 3 (1)) / Raja-Raja / Hak Orang Melayu / Bahasa Melayu.
 p) Jikalau nak nak laksanakan Hukum Hudud - mesti ada sokongan 55% orang Melayu + Bumiputera / 67% @ 2/3 Parlimen.
 q) Hudud - Kisas / Takzim / Jinayat
 r) Boleh ke kalau nak jatuhkan kuasa DiRaja? - kena lihat PN Perkara 59 / 41 / 32 / 39 / 14 / /29 / 25A & 25B (hebat En.Azam sebab dia ingat PN!!!)
 









Selepas berhenti sekejap untuk minum pada 10.30-11.00 pagi, kelas diteruskan dengan tajuk Menjana Negara Sejahtera dan Bahagia. 

Antara isi yang disampaikan ialah:
- Jikalau Malaysia nak buang sistem Diraja, ianya HAMPIR MUSTAHIL
- Perancis, Rusia - nak hapuskan sistem beraja, makanya kena bunuh semua keturunan diraja yang ada termasuk kanak-kanak dan bayi
- Perkara 183
- Thai = bebas / Land = tanah  - tanah yang bebas (tak pernah dijajah kan!)
- Jepun - bangsa yang berstruktur. Contoh di Jepun ambil masa 1 hari utk siapkan kerja / Di Malaysia ambil masa 15 hari
- Di Jepun, kadar bunuh diri paling tinggi di dunia
- DN ada ahli akademik & NGO

RUKUN NEGARA
1) Kepercayaan kepada Tuhan
2) Kesetiaan kepada Raja dan Negara
3) Keluhuran Perlembagaan - Luhur - adil/saksama/tidak melebih-ebihkan
4) Kedaulatan Undang-Undang - kita kuatkuasa undang-undang
5) Kesopanan & Kesusilaan 

HITLER
-bangsa Arian (bangsa yang dah hilang)
-percaya kepada Kitab Zabur
-benci sangat dengan Yahudi
-orang yang tak boleh terima kekalahan
-orang yang pelik

APA ITU AKUJANJI? - Kita dah janji untuk taat setia / kena menurut perintah - ??? - YDP Agong - dasar dalam Dewan Negara & Dewan Rakyat disahkan oleh Agong.

ADA 2 ASAS UTAMA iaitu: Suburkan perpaduan & Membina negara maju

3 TERAS PERPADUAN:
a) penerimaan - bukan senang nak terima agama / bangsa lain
b) perlembagaan persekutuan & rukun negara - untuk kukuhkan perpaduan
c) keadilan sosial - perlu melalui pemimpin

4 NILAI SOKONG TERAS PERPADUAN:
a) hormat menghormati
b) rendah hati
c) kesederhanaan - dalam amalan/pemikiran/percakapan/ideologi & jangan ekstrem
d) berbudi bahasa  

4 BUDAYA PROGRESIF - sentiasa berubah/sentiasa membina
a) berprestasi - cth: nak buat bullet train / ke arah negara nuklear (dalam alat solek ada teknologi nuklear)
b) ketepatan - masa
c) inovasi - lebih inovatif / lihat dari sudut yang baharu. Cth: air mineral dari sumber tanah tinggi. Cara nak kenal air mineral ke air minuman ialah: Air mineral berpenutup warna biru, hijau, pink
d) ilmu - sentiasa cari ilmu / jangan hidup statik sahaja. Cth: sambung belajar

4 NILAI ASPIRASI
a) kebijaksanaan
b) kesetiaan - tegur yang salah kpd bos / rakan sekerja
c) ketabahan - berhadapan dengan dugaan / cabaran
d) integriti - sifat konsisten yang bentuk jati diri (bawa ke mana sahaja)

- 24 Protokol Zion - tapi gagal
- Kes di Lahad Datu - polis yang dihantar - jika tentera yang dihantar - akan diisytihar perang - PBB masuk campur - AS pun masuk campur
- 1 Orang Yahudi meninggal = 6 nyawa orang biasa
- Ada panggilan berbeza bagi perkara ini: Astronaut (AS) & Cosmonaut (Rusia). Cosmo lagi besar dari Astro
- Komunis sesuai di Negara China
- Undang-Undang Gantung Sampai Mati = Kes Mat Indera dari Muar, Johor - dia kes pertama yang menyebabkan undang-undang gantung ditukar kepada gantung sampai mati
- Ada isitilah yang merujuk kepada jenis-jenis generasi yang mana aku rasa aku generasi X kot (budak 90-an) iaitu:
   ~ Communication / Lost / Baby boom - zaman lepas Perang Dunia ke-2 / stolen / hip hop / silent / western / X, Y & Z Generation





Dalam pada dok dengar ceramah, sempat lagi mencari ayat-ayat yang nak digunakan dalam persembahan kita orang di malam Apresiasi nanti.





















Inilah dia lirik lagu untuk malam nanti.






SEDAP PUDING ROTI


BOLEH PULA TERPANDANG MASA AKU NAK SNAP
 

Habis kelas bersama Encik Azam (11.00 pagi - 1.00 petang), kita orang makan tengah hari dahulu sebelum naik ke bilik untuk rehat dan solat. Kelas berikutnya akan bermula pukul 2.30 petang hingga 4.30 petang yang mana masa ni kita orang gunakan untuk bincang pasal program malam nanti. 

Pukul 5.30 petang sampai sejam berikutnya pula kita orang kena berzumba zumbi pula. Katanya hari ni dengan instructor perempuan pula dan lagi agresif dari Bobo semalam (hahaha budak-budak lelaki yang panggil macam tu, aku tulis je). Umur 40 tahun tapi tenaga mengalahkan kita orang yang separa myda ni hah! Buat sikit dah pancit walaupun yang kurus melidi. Disuruhnya kita orang duduk / meniarap / tonggeng sana tonggeng sini, semuanya ada!

Sudahlah malam nanti kena buat persembahan. Jangan ada yang jalan kengkang sudahlah yer!!1


1 comment:

Unknown said...

Terima kasih Dari saya
-Laksamana Alam Warisan-