Tuesday 6 September 2016

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA ~ DAY 2 (26.7.2017)

GOSOK TUDUNG SAMPAI TERBAKAR.... HUAHUAHUA

Modul 4 - Pengurusan Integriti & Keselamatan (Isu Keselamatan)
Penceramah: En. Ahmad Tarmizi b. Abd. Shukor , Bhgn. Penyelarasan (singkatan CJSO), Pej. Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (PKPKKM)
e-mel : tarmizi@cgso.gov.my (Pengarah Bhgn Penyelarasan)

PKPKKM - merupakan Penasihat bagi Kerajaan dan PBT

Kelas bermula pada 8.30 - 10.30 pagi. Sedikit tentang En.Tarmizi ni yang pada mulanya kita orang sankakan orang Sabah sebab cara cara beliau cakap memang macam orang Sabah. Rupa-rupanya beliau pernah belajar di sana dan banyak tempat-tempat lain dan sebab itu beliau tahu banyak dialek. Beliau jugalah orang yang suruh wujudkan grup WhatsApp untuk peserta PTM Siri 4 supaya ukhuwah yang terjalin akan terus berpanjangan biarpun selepas selesai kurus dan bermula lah perjalanan sehelai kertas dari meja ke meja untuk masing-masing meninggalkan nombor telefon.

Antara maklumat yang dikongsikan oleh beliau ialah:
- Arahan Keselamatan (AK) dahulunya dikenali sebagai Panduan Keselamatan dari tahun 1974 -  
  1984
- AK diterbitkan pada 1985 & terbahagia kepada 3 bahagian iaitu: 
a) fizikal
b) dokumen
c) peribadi
d) ICT (yg ni akan ditambah)

- Aset UTAMA yang penting di sesebuah syarikat ialah MAKLUMAT
- Bahagian sasaran PENTING di negara kita ialah:
a) KLIA
b) Pintu-pintu masuk utama
c) Empangan
d) Saluran telekomunikasi 

-  Kalau di Turki pula, contohnya semasa peristiwa yang ingin menggulingkan kerajaan Turki perkara tersebut yang ingin ditawan dahulu:
a) Telekomunikasi 
b) Lapangan terbang
c) Jambatan (pintu masuk)
d) Bangunan Parlimen
e) Bandar Ankara - pusat pentadbiran seperti Putrajaya

ANCAMAN KESELAMATAN - (No. 1, 2, 3 bergantung kepada kes tersebut)
1. ESPIONAJ - perisik @ penyuluhan (FBI,CIA, Scotland Yard, KGB)
    - keinginan menunjuk-nunjuk
    - kecuaian patuh Arahan Keselamatan
    - tidak cermat bila bercakap melalui telefon @ di tempat awam tentang Perkara
      Terperingkat
    - kecuaian kerana berlebih-lebihan ketagih minuman keras @ dadah
2. SUBVERSIF - hasutan
3. SABOTAJ
    - contoh kes Siddiq Ghouse (1981) - diupah oleh KGB (badan perisik Rusia) / gunakan 
       perempuan untuk korek rahsia dari TPM yang pada masa tu ialah Tun Dr. Mahathir
4. KELEMAHAN MANUSIA
    - perbuatan omitan = melampau
5. PELAMPAU - politik, agama, perkauman

- Kita biarkan diri jadi sasaran pemerasan kerana:
 a) berhutang
 b) persetubuhan haram
 c) rasuah
 d) kelakuan & latar belakang yang tak sempurna

FIZIKAL
- Cara nak jaga keselamatan fizikal di pejabat kita 
  -Nak cegah =  Pagar/Pos Pengawal
  -Nak kesan = CCTV/ Akses kad/Sport light/Alarm

- Zaman dahulu pula Orang Melayu bela angsa untuk menjaga rumah sebab angsa kan suka 
  menyudu-nyudu jadi mungkin orang tak berani dan orang Cina dan India pula membela anjing.

- Istana zaman dahulu pula gunakan cara di bawah ini untuk jaga istana:
  1) Akses untuk masuk hanya satu laluan sahaja (1 pintu masuk sahaja)
  2) Terletak di atas bukit sebab senang nak pantau
  3) Ada sungai
  4) Pengawal
  5) Pagar
  6) Lampu
  7) Loceng
  8) Laluan bawah tanah 

- Kunci tidak boleh dilabel dan lebih banyak gigi kunci tu lebih bagus
- Kunci tidak boleh dilabel (kena kod & rekod)
  Contoh: A01 - bilik server tapi jangan label pada kunci tapi rekod dan penjaga kunci sahaja yang  
  tahu. 

PETI BESI
- Nombor kombinasi kena tukar setahun sekal.i
- Orang bertukar, maka nombor pun kena bertukar.
- Nombor dihantar ke Pejabat Keselamatan

DOKUMEN
- Ada 4 jenis dokumen iaitu: Terbuka/ Sensitif/Bernilai/Rahsia Rasmi
a) Terbuka
b) Sensitif
c) Bernilai = nilai wang / nilai muka (geran / IC) / nilai legal
d) Rahsia rasmi =  kena ditanda - atas = kiri dan kanan / bawah = kanan
- rahsia besar = sebabkan kerosakan negara
- rahsia 
- sulit = kalau bocor boleh rosakkan pentadbiran (tak bahaya). Contoh: LNPT kita / Laporan perisikan biasa / maklumat yang jika didedahkan akan beri faedah / kewangan jika terdedah sebelum masa / tender
- terhad = untuk kegunaan dalaman sahaja. Contoh: Buku Arahan Keselamatan

JENIS FAIL
a) Kuning palang merah = rahsia besar
b) Pink palang merah = rahsia
c) Hijau = sulit (ada yang warna biru / kuning & jingga (oren) / ada nombor warta pada kulit fail
d) Putih = terhad (ada cop terhad pada kulit fail)






Rehat 10.30 - 11.00 pagi

11.00 pagi - 1.00 petang

Sepatutnya slot lepas tu ialah dari SPRM tapi tak tahu apa masalahnya penceramah tak dapat hadir dan digantikan dengan slot utk esok iaitu tayangan filem - 1957: Hati Malaya. Kata Cikgu kita orang kena catatkan point-point penting yang ada dalam filem ni seperti nama, tarikh, tempat dan peristiwa yang berlaku. Aku pula memang tak pernah tengok filem ni jadi seronok lah nak tengok.

Budak-budak lelaki ni pula ada ramai jugaklah yang dah tengok film ni jadi dorang tak ambil serius sangat. Rupa-rupanya ramai budak lelaki yang keluar dewan dan dok melepak dan 'bakar duit' (merokok ler!) kat luar. Aku duduk barisan hadapan memang tak toleh belakang dah lagipun lampu ditutup kan...macam dalam pawagam.

Kita orang lain lain dapat tahu pun bila Cikgu tegur....



DALAM GELAP SEMPAT LAGI TULIS NOTA .....
REHAT 1.00 - 2.30 petang

Sebelah petang kelas disambung dari pukul 2.30 - 4.30 petang 

PENGENALAN KEPADA LALUAN KERJAYA DALAM PERKHIDMATAN AWAM
Penceramah: En. Awaluddin bin Bakar,  Ketua Bahagian (Patient Information Department, PPUM)

En. Awal ni pakar dalam Perintah Am. Semuanya dalam otak dia jer! Adalah beliau tanya siapa yang dah ambil peperiksaan dan aku dengan Ita dengan bangganya angkat tangan!!! Selalunya orang gi kursus dulu baru gi ambil peperiksaan.

Dalam sesi ni ada dua permainan yang kita orang kena buat dalam bentuk kumpulan.  Pertama kena fikir sikit lah macam budak-budak sekolah sekarang Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)...hahahah.

Soalannya macam ni: 5 Baris / Setiap baris ada 4 pasu / Semuanya kena ada 10 pasu bunga?
Hah? Boleh buat tak? En.Awal kata senang tapi fikir punya fikir tak juga dapat jawapan.... Rupa-rupanya jawapan dia macam ni: 



Masa En.Awal bagi ceramah, budak Hang Pi Mana (sebab asal utara) asyik menyampuk je sampai kita orang taku En.Awal tu nanti marah. memanglah kelakar dan kita orang asyik gelak je tapi kena agak-agak juga lah kan!





Yang kedua main simpulan tali macam gambar kat bawah ni




Kata En.Awal grup perempuan ni dah macam menari tango, terpusing sana pusing sini dorang tak sedar yang dia orang tu pakai kain. Huahuahua..... Yelah masing-masing nak cuba leraikan simpulan tali tu. Peserta perempuan tak ramai sebab tu satu kumpulan sahaja. Kumpulan lelaki pun sama jugak pusing sana sini, langkah ke jadi terbelit-belit tapi sebenarnya cara dia mudah je...tap payah nak singsing kain bagai...berdiri tegak je dah boleh selesaikan.





Kesimpulannya ialah
 bila ADA masalah 
tapi tak tahu PUNCA dan 
ianya hanya akan MENAMBAH masalah

-Nilai peribadi asas = Amanah pikul tanggungjawab = INTEGRITI
  - amanah pada diri sendiri
  - menghormati pelanggan
  - berilmu  = ada ilmu seseorang tu tidak akan sesat
                   = orang yang terlebih ilmu patut jadikan dia tunduk pada ilmu
                   = ilmu yang manfaat, berjaya membentuk manuasia & ingat itu amanah Tuhan.

-Jawatan tetap? = jawatan yang diwujudkan waran dan diluluskan oleh JPA 
-Waris? Kalau bujang = ibu / Berkahwin = isteri
-JPA = uruskan hal-hal pentadbiran
-SPA = uruskan pengambilan
-Pekerja kontrak ialah = ada tempoh serta dapat ganjaran / dapat duit gaji dari organisasi / kuasa 
 melantik = Organisasi 
-Pekerja sambilan = dibayar gaji hari / kalau MC = gaji untuk hari tersebut tidak dikira. 
-Ada juga kategori pekerja sementara
-Semasa kita menghadiri temuduga kita akan melalui merupakan Proses Tapisan Keselamatan Kasar
-Jikalau seseorang itu belum disahkan jawatan dan tiba-tiba meninggal dunia = waris hanya dapat
  Duit KWSP dan Bantuan Khairat Kematian sahaja!
-Sekiranya sudah sahkan jawatan = Dapat faedah persaraan seperti pencen, graduiti (ganjaran 
  perkhidmatan) 
-Jika baharu disahkan jawatan dan telah mati TIDAK LAYAK  dapat!
-Dalam Perkhidmatan Awam, bila telah disahkan jawatan kita akan diberi pilihan sama ada untuk 
 ambil Skim Pencen @ KWSP. JPA Bhgn Pencen akan keluarkan surat iaitu "Surat Taraf Pekerja  
 Berpencen (STPB)'' melalui Ketua Jabatan dan biasanya akan diproses selepas 6 bulan selepas disahkan. Bhgn HR akan proses - hantar ke JPA - JPA proses permohonan tersebut.
-Jika Suami Mati (senang guna mati) → pencen jatuh kepada isteri→isteri mati→anak kecil (hasil 
  perkahwinan dengan si mati layak dapat pencen sampai umur 24thn sehingga dapat ijazah pertama)
  Cth: dapat RM1000 - RM700 akan diberi kpd penjaga &selebihnya akan disimpan oleh 
-Jika Suami Mati →pencen jatuh kepada isteri→isteri kahwin lain→masih dapat pencen sampai 
 bila-bila (Akta Pencen pindaan tahun 2000)
-Jika Isteri Mati→pencen jatuh kepada suami→suami kahwin lain→dapat bila mana ada anak-anak
  kerajaan dan sampai tempohnya akan diserahkan kepada anak tadi secara lump sum
- Bila sah sah jawatan tu kita boleh keluarkan duit KWSP dan pada masa inilah ada yang beli kereta/ 
  motor/kawan-kawan opis minta belanja makan dll.
- KWSP 
  ~ kalau sebelum ni kerja di swasta BOLEH keluarkan duit KWSP tu
  ~ caruman masa kerja kerajaan TIDAK BOLEH diambil & dipindahkan ke KWAP (Kumpulan 
     Wang Amanah Perkerja)
  ~ Simpanan di Akaun 2 boleh keluarkan semua duit tu
-Pindah pencen HANYA untuk anak yang hidap Down Syndrome (cacat otak sahaja!!!) Kalau anak
 OKU kena rujuk Jab. Kebajikan Masyarakat

- Bila dah dapat Surat Tawaran - kita perlu 'ALERT' tentang tempoh percubaan selama 1-3 tahun dan 
  penuhi syarat-syarat berikut:
  a) hadir dengan jayanya Program Transformasi Minda (PTM)
  b) Lulus dalam peperiksaan (macam aku kena ambil 2 jenis peperiksaan iaitu ujian bertulis & 
      menaip)
  c) Diperakukan oleh Ketua Jabatan

REHAT 5.00 petang - 7.00 petang
Apa lagi naik bilik lah sebab waktu untuk mkan malam seawal pukul 7 petang...lambat habis.

DOK LAYAN DRAMA MARHABAN KOME OI...ITA DGN FARINA YANG TENGOK DRAMA NI AKU TUMPANG SEKAKI LAH

Ada juga yang tido dan masuk dalam grup WhatsApp

8.45 malam - 10.40 malam
TANGGUNGJAWAB & PERANAN PEGAWAI AWAM (PERATURAN PEGAWAI, TATATERTIB & PERINTAH-PERINTAH AM)  - En. Awal juga

Masuk je dalam dewan , mak aii! Sejuk giler!! Pakai baju lengan panjang dah ni tapi sejuknya melampau.

 - Dalam Perintah Am (PA) ada beberapa bab iaitu:
   1) BAB A - PERLANTIKAN, KENAIKAN PANGKAT & PENAMATAN PERKHIDMATAN
   2) BAB B - ELAUN-ELAUN
   3) BAB C - CUTI
   4) BAB D - TATAKELAKUAN & TATATERTIB
   5) BAB E- -RUMAH & BANGUNAN
   6) BAB F - PERUBATAN
   7) BAB G - WAKTU BEKERJA & LEBIH MASA

- Peserta kursus boleh ditamatkan perkhidmatan sekarang jika :
  a) tidak bertanggungjawab dari segi kehadiran
  b) gagal dalam peperiksaan
       cth: pegawai beruniform (disiplin tinggi) - ada tempoh masa yang perlu dipatuhi
       cth: pegawai biasa tempoh percubaan 1-3 tahun dan perlanjutan tempoh percubaan dengan 
              BERDENDA selepas 3 tahun

- kalau pegawai ada masalah disiplin setelah disahkan jawatan, kes beliau akan dibawa ke Mesy. JK 
 Tatatertib sementara yang belum disahkan jawatan BOLEH dibuang kerja pada bila-bila masa 
  sahaja!

- bagi pegawai dengan STPB (tengok nota di bahagian atas), caruman masuk dalam gaji / boleh 
   keluarkan semua duit KWSP Akaun 2 / jika TERMATI,
   ~ Bhgn PENCEN, JPA→bayar ganjaran perkhidmatan = 7.5% X tempoh khidmat (bulan) X gaji 
      pokok akhir & DIBAYAR kepada waris.  Bagi yang dah berkahwin jika suami mati warisnya ialah isteri & kerajaan akan bagi 10% kepada ibu si mati manakala jika isteri yang mati, warisnya akan diberi kepada suami. Bagi yang bujang akan diberi kepada ibu dan sekiranya ibu tiada akan diberi kepada bapa dan jikalau dua-dua dah tak ada akan diberikan kepada adik-beradik (Amanah Raya). Sekiranya tiada waris, ia akan dimasukkan di dalam KWAP untuk digunakan kepada orang lain.

- HAK (kita tak perlu minta) ialah GAJI & BERHENTI KERJA
- KEMUDAHAN - BONUS / CUTI / KENAIKAN GAJI / ELAUN 








BAB A : LANTIKAN, NAIK PANGKAT & TAMAT PERKHIDMATAN
- TEMPOH PERCUBAAN 
a) tempoh percubaan 1-3 tahun
b) hadir dgn jayanya kursus induksi (skrg PTM)
c) lulus peperiksaan yg berkaitan
d) diperakukan oleh ketua jabatan

- LANJUT TEMPOH PERCUBAAN
a) tempoh perlanjutan : tak lebih 2 thn
b) tanpa denda - bukan disebabkan t/tertib @ kecuaian pegawai
c) dengan denda  - disebabkan kesilapan, kecuaian & kelemahan pegawai

- KESAN PELANJUTAN TEMPOH PERCUBAAN
a) hilang kekananan dalam tempoh tersebut
b) tidak layak apa-apa pergerakan gaji
c) tarikh pergerakan gaji berubah 

- PENAMATAN PERKHIDMATAN
a) kuasa menamatkan perkhidmatan
b) sembunyi maklumat kesihatan
c) buat akuan palsu dalam kaun Akuan Berkanun
d) tidak tandatangan surat Akujanji
e) gagal dalam sahkan jawatan
f) memalsukan dokumen
g) gagal dalam tapisan keselamatan

- BERSARA PILIHAN 
a) umur 40 tahun
b) berkhidmat tidak kurang 10thn yg boleh dimasuk kira
c) persetujuan ketua jabatan
d) tiada ikatan kontrak perkhidmatan
e) bebas tatatertib / mahkamah
f) bebas tindakan SPRM
g) telah isytihar harta
h) ganjaran dan GCR (ganti cuti rehat) dibayar pada tarikh bersara

BAB B : ELAUN
- tafsiran elaun:
a) lingkungan kawasan dari pejabat untuk bertugas
b) jalan raya 25km / jalan tanah 16km / jalan basikal/sungai 8km
c) tugas rasmi = tugas yg berkaitan dengan tugas pejabat

- ELAUN MAKAN
a) dalam tempoh 24 jam @ lebih mulai tarikh bertolak
b) tidak layak jika melebihi 3 bulan berturut-turut dan makanan disediakan

- ELAUN HARIAN
a) tempoh melebihi 8 jam kurang dari 24 jam
b) kadar separuh daripada kelayakan elaun makan

- ELAUN-ELAUN LAIN
a) BAYARAN SEWA HOTEL/LOJING
b) ELAUN GANTIAN TETAP
c) ELAUN HIDUP DREBAR - peg.yang gajikan drebar / drebar bermalam seperti pegawai 
d) ELAUN  BANTUAN HIDUP DREBAR
e) ELAUN PERJALANAN KENDERAAN
f) TAMBANG GANTIAN - guna kenderaan sendiri yg jaraknya melebihi 240km dan terdapat 
    perkhidmatan terus kapal terbang/kereta api

- Tambang Pengangkutan Awam - tidak menggunakan kenderaan sendiri @ penganjur / kadar  - 
   tambang sebenar teksi, kereta sewa, bas, motobot, kereta api (dengan resit)

- ELAUN-ELAUN DALAM PERKHIDMATAN
a) kepakaran
b) kemahiran
c) kepentingan sesuatu perkhidmatan
d) bayaran balik perbelanjaan
e) tanggungjawab tambahan
~ elaun ni  sebagai sati keistimewaan / boleh ditarik balik jika perlu / dinikmati apabila digunakan
   luput jika tidak digunakan / tujuan tertentu dgn syarat dan kelayakan berbeza, tidak boleh ditukar 
   ganti / diberi saksama kepada yg layak.

- BERTUGAS DALAM NEGERI
a) Dapat elaun makan / e.harian / bayaran sewa hotel / e.lojing / e.gantian tetap / e.bantuan gaji drebar / e.hidup drebar / e.perjalanan / e.perjalanan motorbot~motosangkut / e.basikal

- BERTUGAS DI LUAR NEGERI 
 a) Dapat elaun makan & e.harian / bayaran sewa hotel / e.lojing / e.gantian tetap / belanja pelbagai / belanja keraian / e.pakaian panas / belanja perubatan

- ELAUN PINDAH RUMAH
! bayaran secara 'lump sum'
! berpindah rumah di dalam negeri di luar stesen
! berpindah rumah sendiri/sewa ke rumah Kerajaan
! berpindah rumah sendiri/sewa Kerajaan ke rumah yang dibeli melalui Skim Pinjaman Perumahan 
  Kerajaan

- ELAUN PERTUKARAN
a) Dapat pemberian pindahan (Pekeliling) / e.gantian makan / bayaran sewa hotel & lojing (Pegawai) 
    / e.perjalanan kenderaan/tambang pengangkutan awam / tambang pengangkutan barang / belanja
   pelbagai (1%)

- LAIN-LAIN ELAUN
a) Elaun Baju Panas - boleh 'claim' sebanyak RM1,500.00 dalam tempoh 3 tahun / negara yang 
    beriklim sederhana/sejuk DAN dituntut sebelum pergi @ 3 bulan pulang selepas
b) TEMUDUGA KENAIKAN PANGKAT - layak sebagaimana bertugas rasmi
c) MENGHADIRI ISTIADAT PENGURNIAAN -  layak sebagaimana bertugas rasmi
d) HADIR MAHKAMAH -  layak sebagaimana bertugas rasmi
e) LANTIKAN PERTAMA - dilantik pertama kali / layak tambang perjalanan diri & keluarga 
f) BAYARAN SAGUHATI PERSIDANGAN - bertugas sebagai urusetia @ pegawai protokol
                               
BAB C : CUTI
- tafsiran cuti: 
a) sebarang tempoh seseorang pegawai itu dibenarkan meninggalkan tugasnya tanpa dianggap sebagai putus perkhidmatan @ sebagai berhenti kerja.
b) cuti bergaji penuh kerana kerana perkhidmatan yang melayakkan dalam sesuatu tahun
c) cuti bergaji penuh diberi kerana sebab perubatan.



BAB D :TATAKELAKUAN & TATATERTIB




BAB E : RUMAH & BANGUNAN


BAB F : PERUBATAN

BAB G : WAKTU BEKERJA & LEBIH MASA




KELAS DAH HABIS, KAMI NAK TIDUR DULU YER!

No comments: