Wednesday 7 September 2016

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA ~ DAY 3 (27.7.2016)



8.30 pagi - 10.30 pagi
OVERVIEW PERKHIDMATAN AWAM
Penceramah : En. Jalil dari KKM

Jujurnya sesi ni membosankan aku dan aku rasa mereka pun berasa sedemikian sebab En.Jalil hanya membaca sahaja dari slide yang ada. Contoh dan kajian kes pun kurang. Maaf En. Jalil. Yang peliknya selalu 'Hang Pi Mana' rajin buat lawak tapi untuk sesi ni senyap sunyi tak berbunyi langsung dan dalam dewan tu memang sunyi. Tak ada suara orang bercakap-cakap atau berborak-borak TAPI dorang bersura dalam grup WhatsApp!!! Hahahahaa.......





11.00 pagi - 1 petang
SISTEM PENTADBIRAN NEGARA







MENU MAKAN TENGAH HARI
ABC
2.30 petang - 5.00 petang
PENGURUSAN INTEGRITI & KESELAMATAN (ISU RASUAH)
Penceramah: En. Augustine S.Manson @ David
Ketua Penolong Kanan Penguasa, SPRM

Loghat Sabahnya agak kuat tapi masih boleh faham lagi lah dan beliau suka cakap "Boleh Bah kalo Kau". Selepas sesi bersama En. Augustine ni, ada pengumuman pula tentang Malam Apresiasi pada malam esok yang disampaikan oleh En. Zamri. Setiap ketua akan cabut undi untuk tahu persembahan apa yang akan dijayakan oleh setiap kumpulan. Ada yang kena berlakon, berdikir barat, boria, pantomin, dangdutkan lagu (yang ni pertama kali pihak FRIM  buat). Bab yang ni aku tak suka dan seboleh-bolehnya akan elakkan tapi ni ada markah dan terpaksalah aku buat.











Budak-budak lelaki tak ada kerja, ni lah yang dorang buat dan 'post' ke grup WhatsApp.





SIAP TENGOK DRAMA LAGI
NI MACAM BAJU EN.JALIL JER... :p
SUP ASPARAGUS
JEMPUT MAKAN - MALAN MALAM
AGAR-AGAR KOKTEL
9.00 malam - 11.00 malam
PENGURUSAN INTEGRITI & KESELAMATAN (ISU INTEGRITI)
Penceramah :En. Harisham bin Ibrahim
Timbalan Penyelaras Program Agensi Penguatkuasaan (IIM)

Kelas mula lambat sebab beliau terlupa malam ni ada kelas di Hotel Flamingo. Nasib baik K.Ina telefon untuk ingatkan. Ceramahnya boleh tahan, ada lawak jenaka dan kita orang tak mengantuk. maklumlah perut pun dah kenyang tambahan pula sejuk lagi boleh terkulai mata ni nanti.

 




DALAM PADA DENGAR CERAMAH TU SEMPAT JUGA AKU CARI PUISI UNTUK DITUKARKAN NANTI

INTEGRITI = "KUALITI UNGGUL YANG WUJUD SECARA KESELURUHAN DAN PADU PADA INDIVIDU DAN ORGANISASI.

INTEGRITI BERKAITAN ERAT DENGAN ETIKA. IA ADALAH BERLANDASKAN ETIKA DAN PERCERMINAN ETIKA DALAM TINDAKAN SEHARI-HARI"
                                                                                                                         -Pelan Integriti Nasional-

Definisi = kejujuran, keadaan sempurna & utuh - Kamus Dewan
             = Integrity: quality of being honest & having strong moral principles, the state of          being whole and undivided and the condition of being unified or sound in construction - Oxford Dictionary
              = Integriti adalah peribadi yang utuh, suci, unggul, tidak terjejas oleh sebarang kecacatan pada bila-bila masa, tempat atau keadaan - Prof Dato' Dr. Syed Othman Alhabshi

Integriti - perihal sifat individu @ sifat organisasi yang sempurna - berteraskan NILAI MURNI seperti jujur, benar, amanah, adil, telus, cekap, tertanggungjawabkan dan bijaksana - Glosari Integriti, 2006

- Perkhidmatan Awam yang berintegriti = cepat / tepat / cekap / keberkesanan kos

- Dalam Pengurusan Integriti penting?
 a) Mengelakkan penyelewengan dalam urusan dengan pelanggan
 b) Mengelakkan guna kuasa
 c) Mengelakkan rasuh
 d) Mempertahankan keutuhan pengurusan
 e) Memajukan prinsip "good governance"
 f) Menjamin kualiti perkhidmatan yang tinggi
 g) Memberi keyakinan dan kepuasan kepada pelanggan

- Integriti Penting Dalam Perkhidmatan Awam?
 a) Meninggikan mutu perkhidmatan awam
 b) Memelihara kepercayaan awam
 c) Memupuk tanggungjawab bersama
 d) Mewujudkan suasana sihat dan cekap
 f) Merupakan standard mutlak bagi mendorong anggota Perkhidmatan Awam berkhidmat dengan
     ikhlas dan berkesan
 g) Membentuk sikap dan pembawaan yang bersesuaian dengan Rukun Negara

- Cabaran Untuk Berintegriti?
 a) Ekspektasi tinggi masyarakat terhadap kecekapan, keberkesanan dan produktiviti pelaksanaan kerja anggota Perkhidmatan Awam - kenaikan tangga gaji yang baik / sungutan masyarakat yg meningkat / rasuah & salah guna kuasa yang meningkat / pengiktirafan oleh PM
 b) Persepsi vs Realiti
 c) Isu rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa menjejaskan segala bentuk pelaksanaan kerja dalam semua aspek - kurang kesedaran agama / kepimpinan yang longgar / kepentingan peribadi
 d) Ketidakcekapan dalam Sistem Penyampaian Perkhidmatan Awam - kerenah birokrasi / proses kerja yang lambat / kurang mahir ICT / kurang pegawai & staff
 e) Pengurusan wang awam yang tidak berhemah - pembaziran
 f) Masalah disiplin dan etika anggota Perkhidmatan Awam - ponteng kerja / punch card utk orang lain / salah guna harta kerajaan / cuti sesuka hati

- Perlakuan TIdak Berintegriti:
 a) Tak jawab permohonan yang diterima
 b) Makan/minum lebih waktu
 c) Salah guna harta kerajaan
 d) Layanan yang tidak mesra
 e) Datang lambat / balik awal
 f) Ponteng selepas punch card / buat kerja sendiri

- Sifat Anggota Organisasi yang Tidak Berintegriti:
 a) Menggunakan waktu pejabat untuk urusan peribadi
 b) Suka menipu dan berbohong
 c) Menggunakan kemudahan pejabat untuk kepentingan diri
 d) Kerja "melepas batuk di tangga"
 e) Berpura-pura sakit



Kelas habis pukul 11 malam tapi kita orang tak terus naik ke bilik sebab nak bincang pasal persembahan esok. Bukan ada banyak masa pun kan. Jadual padat dengan kelas dan berzumba. Kumpulan kita orang kena dangdutkan lagu pasal integriti dan rasuah. Jadi puisi yang aku cari dalam kelas tadi kena ditukarkan kepada lirik lagu. 

Satu masalah juga nak cari lagu yang senang nak diubah liriknya. Mula-mula nak guna lagu Goyang Dumang oleh Cita Citata dan lepas tu cari lagi Memori Daun Pisang nyanyian Iwan dan Amelina. Selagi tak selesai cari lagu tu memang kita orang tak boleh nak ubah liriknya lah kan.Tak cukup bincang dalam kelas kita orang sambung pula di lobi hotel dan kumpulan-kumpulan yang lain pun macam tu juga. Aku, Lai, Hasry, Naza dan Nizam sahaja yang ada sementara Colin dan Vanslas dah balik bilik.





No comments: