Saturday 10 September 2016

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA ~ DAY 4 - MALAM APRESIASI

8.30 - 10.30 malam



Masa ni sempat lagi kita orang nak selitkan sedikit sketsa sebab melihat kumpulan lain yang dok sibuk buat itu dan ini rasa macam simple sangat persembahan kita orang nanti. Tak ada props pun! Mula-mula kita orang cadang nak jadi kumpulan pertama buat persembahan sebab lega sikit bila jadi yang terawal. Sudahnya tak berjaya. 

Kumpulan LADA iaitu Grup Penghulu kita orang buat persembahan pertama yang membuat persembahan lakonan. Akhirnya kita orang jadi kumpulan yang ketiga buat persembahan dengan mengdangdutkan lagu. Rupanya selesai sahaja persembahan setiap grup, En.Zamri akan memberikan komen beliau dan peserta yang lain perlu mengajukan soalan berdasarkan persembahan grup tadi. Sama-sama kena tanya (menunjukkan mesej itu sampai kepada yang melihat & mendengar).

Masa grup aku nyanyi memang rasa MALU giler! Tapi disebabkan terpaksa untuk mendapatkan markah yang bagus, kena buat jugalah! Sudahlah kita orang nyanyi bawa kertas, aku memang tunduk sahaja dan sekali sekala sahaja aku pandang depan. Masa nyanyi tu aku rasa kertas tu bergetaran dan mulut pun kadang-kadang rasa kejung menyanyikan lagu dangdut. 

Lega sangat rasanya setelah grup aku selesai buat persembahan. Janji aku buat. Janji aku menyanyi. Janji aku dah bergoyang tadi. Janji aku dah beri kerjasama. Janji aku dah tolong kawan-kawan dalam memberikan idea. Janji...janji...janji....

Masa gurp aku tiada yang bertanyakan soalan cuma ada yang beri komen. Kita orang pun tak sempat nak menyoal peserta lain bila mana persembahan grup keempat ingin dimulakan oleh En.Zamri. Konsep lagu DANGDUT ni pertama kali dipilih oleh En.Zamri. Sebab tu Kak Ina pun terkejut!


KUMPULAN ITA



EN.ZAMRI


KUMPULAN HEY, LADIES!


No comments: