Sunday 4 September 2016

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA ~ DAY 1 (25.7.2017)

BARANG-BARANG UNTUK SEMINGGU


APALAH NASIB AKU DALAM SEMINGGU NI YER?
Kena lapor diri sebelum 9.30 pagi dah bertolak kira awal jugalah sebab takut jalan sesak kat Hotel Flamingo tu nanti dan aku dan Ita dihantar oleh pemandu dari jabatan Ita. Masa balik nanti aku suruh Abg Saifol tolong ambil. Kira ok lah masing-masing dari jabatan ada yang hantar dan ambil.

Sampai sana kita orang sesat tak tahu kat mana tempat daftar. pergi kat sini dia kata kat sana...bila pergi kat sana tak ada pula? Jam dah nak dekat 9.30 ni....nanti lambat kena potong markah pula sebab dia orang akan ambil kira dari semua segi kan!

Sudahnya kita orang pergi kat tempat yang mula-mula dan tanya lagi sekali dan lepas tu baharulah kita orang jumpa dewan untuk kursus ni. Ramai juga lah yang dah datang. Aku dengan Ita ambil tempat duduk di bahagian depan sekali walaupun di bahagian tu berisiko tinggi....hahaha



Majlis mula agak lewat sedikit sebab Urusetia nak tunggu beberapa orang lagi yang belum datang.  Ucapan aluan dimulakan oleh Encik Arshad bin Hj. Anuar @ Cikgu (sebab beliau seorang pesara guru). Beliau cerita sedikit tentang diri beliau dan lepas bersara beliau bertugas di FRIM.

PTM ni ada segmen iaitu: 
a) Negara & Perkhidmatan Awam
b) Tanggungjawab & Peranan Pegawai
c) Budaya kerja Kelas Pertama

Kalau nak lulus kena dapat markah 50 dan ke atas yang mana disiplin dan personaliti (50%) / Komitmen (30%) dan Penilaian Kefahaman (20%) = 100%

Lepas tu diterangkan juga perkara-perkara yang menyebabkan seseorang tu perlu ULANG PTM! Oh, tidak!!! Antaranya ialah: 
a) Tidak sihat dengan pengesahan dari doktor
b) Kena jaga ahli keluarga yang sakit
c) Kena jadi saksi di mahkamah
d) Lahirkan anak dalam tempoh PTM
e) Ahli keluarga meninggal dunia
f) Kecemasan lain yang dibenarkan Urusetia








Dan untuk sesi suai kenal kita orang diminta isikan nama dengan karakter yang bersesuaian seperti gambar kat bawah ni. Mulalah dewan tu jadi macam pasar borong sebab masing-masing nak penuhkan kertas masing-masing. Aku dan Ita tak sempat nak bergerak ke tempat lain sebab dia orang yang datang kat tempat kita orang. Tanya nama dengan karakter yang sesuai dan tak tengok muka pun. Sudahnya tak kenal sangat pun! Hahahaha........


NI JE LAH YANG AKU DAPAT....


Usai tu kita orang diminta duduk dalam kumpulan masing-masing (masa daftar dah ada nombor) Aku kumpulan 6.




Ahli kumpulan 6  ialah: 
1) Nasaruddin (Nasa) - MPSJ - PT
2) Lai Fei Sing (Lai) - MPV Sarawak - Peg. Penyelidik
3) Mohd Fairol Nizam (Nizam) - JPV Terengganu 
4) Muhamad Hasry (Hasry) - MPV Johor - Peg. Penyelidik
5) Colin - MPV Sarawak 
6) Vanslas - MPSJ
7) Aku - MPAJ

Dah duduk dalam kumpulan tu, kenalah pilih nama kumpulan, ketua kump. dan penolong ketua kumpulan masing-masing. Semua tak tahu nak bagi nama apa dan masa pun tak memadai nak pilih lama-lama, akhirnya aku cadangkan kita letak nama kumpulan Tanjung sempena nama bunga rasmi MPAJ. Kebetulan PTM ni buat di kawasan pentadbiran MPAJ kan dan nampaknya dorang pun ok je.... belasah je lah janji aku ada bercakap dan beri kerjasama. Dah lah kat belakang kita orang tu meja Urusetia, Pn. Nor Izwarina bt. Mohd Ariffin @ Kak Ina.

Ketua: Hasry
Penolong Ketua: Aku! 
(dah berusaha mengelak tapi tak berjaya sebab dia orang nak perempuan jadi penolong dan hanya aku dan Lai sahaja perempuan dalam grup 6)

Sebaik sahaja ketua dan penolong dipilih, kita orang pilih pula Penghulu dan Penghuluwati dalam kalangan ketua dan penolong tadi.
Penghulu: En. Azman@ Cik Man (MPB) - Kump. 3
Penghuluwati: Pn. Farina (MPAJ) - Kump. 4

Rehat dari 10.30 - 11.00 pg

Sambung semula pada 11 pagi dengan Modul 1 - Budaya kerja Kelas Pertama 
(Penceramah: Pn. Azizah bt. Ramli dari INTAN)

 (KETERAMPILAN DIRI & PENGURUSAN PELANGGAN)

Antara intipati ceramah beliau adalah:

KETERAMPILAN DIRI

1 - Elemen imej (ABC)
 a) APPEARANCE (PENAMPILAN)
 b) BEHAVIOUR (KELAKUAN)
 c) COMMUNICATION (KOMUNIKASI)

PEREMPUAN
-digalakkan bertudung tapi biar 'simple' - tapi tgk lah gaya sekarang berlilit-lilit, berbelit-belit...
-rambut panjang kena sanggul kemas\
-perhiasan rambut seperti klip rambut,  'hariband' murah tidak digalakkan - maklumlah sekarang ramai yang beli produk DIY je...jimat
-boleh gunakan mekap
-gincu berwarna yg 'light frosty' tidak digalakkan
-warna mekap kena sesuai dengan warna kulit dan pakaian
-kasut tinggi hanya 2 inci ke bawah sahaja yang dibenarkan
-pakaian tradisional  = Punjabi Suit / Sari / Cheongsam / Dress 
-sebenarnya elok pakai Two Piece Suit Pants @ Three Piece Suit Pants sebab dulu dorang tak bagi pakai blaus dengan seluar.
-tidak boleh berpurdah ye....tudung labuh boleh
-tidak boleh pakai baju yg singkat iaitu di atas punggung - sebenarnya ramai je yg pakai kt tempat  kerja aku dan tak ada teguran pun dari pihak yang bertanggungjawab...
-elakkan pakaian yang berkilat/ corak melintang/bunga & lawang besar/renda bersulam
-elakkan guna kain yg berkilat pada waktu siang...malam tak apa!
-warna pakaian tidak lebih dari 4 warna pada satu-satu masa
-jangan terikut-ikut dengan fesyen....tak ada maknanya itulah yg orang dok ikut sekarang ni! 
-pilih pakaian berasakan warna kulit dan bentuk badan - sebab tu ramai yg suka pakai baju yang ketat-ketat samapi nak jalan pun sudah...nak duduk pun susah sebab nak ikut bentuk badan
-tak pakai pakaian yg mencolok mata - ketatsangat ke/ terlebih jarang sampai nampak yg tak sepatutnya kan!
-bagi wanita yg bertudung
  a) pastikan semua bhgn rambut tertutup dan diikat kemas
  b) pastikan warna tudung dibezakan dengan warna baju
  c) elakkan memakai tudung yang 'groovy'

LELAKI 
-rambut pendek & tak lepasi kolar bahu
-baju berbutang lengkap/ lengan baju tak dilipat/baju sentiasa bersih dan bergosok/tali pinggan MESTI berwarna hitam dan tak bercorak/ jikalau bertali leher...warna dan corak perlu sesuai
-pakaian alternatif = Kemeja Batik Berkolar Baju Melayu / Baju Melayu Butang 3 / Nehru Suit (berbutang hadapan)
-pakaian Hari Jumaat = Baju Melayu Cekak Musang / Baju Melayu Teluk Belanga / Baju Melayu dengan Destar
-kasut dan stoking mestilah warna hitam

LAIN-LAIN
-gigi sentiasa bersih dari sisa makanan dan tanda nikotin
-pastikan nafas sentiasa berbau bersih
-pastikan gigi dirawat oleh doktor gigi...tak kan doktor mata pulak kan! Hahaha...
-badan tu dipastikan guna deodorant yg berbau lembut
-sentiasa guna minyak wangi yg sederhana baunya...tapi ada juga yg pakai dari sebatu dah boleh bau!
-berat badan mesti dikawal supaya sesuai dengan umur dan ketinggian...hahahaha....oppsss!!!1
-jangan pakai 'powder' yg terlalu semerbak baunya. 
-kalau pakai kuteks, warna kuteks mesti sesuai dengan pakaian
-kuteks berwarna hitam, hijau, merah pulasan, kuning,ungu, putih,kelabu dan dari jenis 'frosty' tidak dibenarkan. 
-gunakan sepatu dan bukan sandal @ selipar Jepun!
-barang kemas
   a) sentiasa pakai jam tangan (bukan sports) - tapi ada juga yg tak suka pakai kan!
   b) gelang tangan berloceng @ berantai tidak digalakkan
   c) gelang tangan jenis 'sung-fitting identification' dgn ukiran nama di atasnya tidak digalakkan
   d) sebentuk cincin perkahwinan dan/ atau cincin pertunangan sahaja yang sesuai
   e) rantai leher yg tidak terlalu labuh berserta buah rantai yg bersaiz kecil sahaja dibenarkan
   f) dilarang memakai anting-anting labuh kecuali semasa Majlis Makan Malam (Dinner)
   g) tidak digalakkan memakai barang kemas yang mahal harganya
-gaya DUDUK = bila dah duduk jangan membongkok, tegakkan badan
                         = rapatkan kaki dan lutut dan JANGAN silang kaki!!
                         = bila bangun dari kerusi, jangan terlalu membongkok

 PENGURUSAN PELANGGAN

1- PENGURUSAN PELANGGAN
-perkhidmatan yang kita nak sebagai 'pelanggan'
a) layanan mesra                    j) senyuman
b) cepat & berkesan       k) sopan
c) jujur & amanah          l) sabar
d) sistematik                          m) komunikasi
e) penampilan                        n) bertimbang rasa
f) kerenah birokrasi               o) berdisiplin
g) tepati masa                        p) berdisiplin
h) saling membantu               q) prihatin
i) perlu profesional                r) bertolak ansur / toleransi

2 - KENA AMBIL TAHU SIAPA = KSN/ Ketua Pengarah JPA/ Ketua-ketua Kanan Kerajaan

3 - Setiap penjawat awam perlu ada sikap 'raison d'ĂȘtre' = saya yang menurut perintah

4 - Kena 'Merakyatkan Perkhidmatan Awam'  yang mana orang atasan perlu turun padang  untuk berjumpa dengan rakyat.

5 - STAKEHOLDERS: Individu @ kump. yg mempunyai kepentingan, hak @ pemilikan di dlm organisasi @ aktiviti. Stakeholders tu boleh jadi YDP/AHLI MAJLIS/PM/TPM/MENTERI2/KSN/KSU/ Contoh: Menteri Pertanian di MPV

   - Ekspektasi Stakeholders = 
1. Beri perkhidmatan yg responsif,cepat & adil
2.Berintegriti & amalkan nilai-nilai murni(bersih/pakaian kemas/jujur/amanah/sopan/tanggungjawab)
3. Tingkatkan ilmu pengetahuan & kemahiran (sentiasa cari ilmu)
4.Merasakan perlu untuk mengubah cara kerja

6 - Pelanggan Perkhidmatan Awam = W'negara/ Bukan w'negara/Sektor swasta/Stakeholders

7 - Amalan 8S semasa berurusan dengan pelanggan

1) SALAM
2) SAYANG 
 - sayang kerja kita
3)SEGAK
4) SEGERA
5 )SEMPURNA
6) SENSITIF
7) SENYUM
8) SOPAN

8 -  8 CHARACTERISTIC OF ONE SERVE CHAMPION:
1) SMILE
2) LISTEN
3) SHOW EMPATHY
4) REVERSE PSYCHOLOGY - bagus diamalkan
5) UNDERSTAND OUR CUSTOMERS
6) SERVICE HYGENE - speed & effiEcent
7) PROBLEM RESOLUTION
8) PASSION + KNOWLEDGE = champion in action






Rehat 1.00-2.30 petang

2.30 - 5.30 petang - Modul 2 - Budaya kerja Kelas Pertama 

(PEMIKIRAN KRITIS, INOVATIF & MENGUTAMAKAN MASYARAKAT)

PEMIKIRAN KRITIS DAN INOVATIF
 - 8 PRINSIP PEKERJA BERMOTIVASI MENUJU NEGARA MAJU 
1) BERILMU
2) KEBOLEHPERCAYAAN
3) BUDAYA AMALAN KERJA TERBAIK
4) SEMANGAT PATRIOTIK
5) PERMUAFAKATAN KERJA, TIDAK DALAM SILO
6) NILAI TAMBAH DAN KOMPETENSI
7) BUDAYA KREATIVITI DAN INOVASI
8) BUDAYA KEBERHASILAN YANG BERTERASKAN HASIL

-Kata mantam PM kita, Tun Dr.Mahathir: ASET TERPENTING BAGI SESEBUAH NEGARA IALAH KREATIVTI BANGSANYA

-INOVASI = kaedah mencari jalan utk menghasilkan produk @ perkhidmatan yg lebih baik sama ada melali pengubahsuaian @ penambahbaikan (MODIFY)

-KREATIVITI = kebolehan  @ keupayaan utk mencipta, mewujud dan menghasilkan sesuatu yg baru @ dalam bentuk baru melalui kemahiran imaginasi (CREATE)

-Apa yang beza INOVASI dgn KREATIF? 
  - Inovasi mencipta benda baharu TAPI kreatif adalah mengembangkan idea asal
  - Contoh inovasi ialah komputer menggantikan mesin taip /  sms & e-mel gantikan surat, SMS & kad raya internet ganti kad raya biasa, Mesin ATM ganti kaunter bank / naik kapal ke Mekah (1970-an) digantikan dengan naik kapal terbang / kerja di pejabat diganti bekerja ri rumah - guna internet.

-KONSEP KREATIVITI 
1) MELAKUKAN SESUATU DENGAN CARA YANG UNIK
2) SESEORANG ITU DAPAT KELUAR DRPD POLA YANG SAMA
3) BERFIKIR DI LUAR KOTAK
4) MELIHAT SESUATU DARI PERSEPEKTIF BAHARU
5) MENGGABUNGKAN IDEA YG SEDIA ADA KPD PEMBENTUKAN IDEA YG BAHARU
6) MEMBUKA MINDA DENGAN IDEA YG BAHARU
7) MENCABAR ANDAIAN
8) MENCIPTA SESUATU YG BAHARU
9) MENGHUBUNGKAN IDEA YG TIDAK BERKAITAN
10) MENERBITKAN IDEA BESAR KEPADA IDEA-IDEA KECIL
11) BERFIKIR SECARA FLEKSIBEL

-ADAKAH KITA SEMUA KREATIF?
 - pandangan Prof. Howard Gardner dari Universiti Harvard percaya bahawa setiap manusia mempunyai kreativiti dalam salah satu @ lebih lapan bidang kebijaksanaan, mengikut keupayaan masing-masing. Bidang berkenaan ialah:
 1. Linguistik - kreativiti dgn gunakan penulisan & lisan (penulis/speaker/pelatih)
 2. Matematik/Logikal -  kreativiti dalam pemikiran logik & analitikal
 3. Muzikal - kreativiti dalam nota muzik @ irama (pemuzik/penyanyi/penari/pengubah/penulis lirik)
 4. Visual/Spatial - kreativiti dalam warna, reka bentuk, ruang (pereka/artis/arkitek)
 5. Kinestetik - kreativiti dalam koordinasi dan pergerakan badan (akrobat/aksi/performer)
 6. Intrapersonal - kreativiti untuk memahami diri sendiri & membuat kemajuan atas pengetahuan 
     sendiri (gembira/individu yang 'well adjusted')
 7. Interpersonal - kreativiti dalam berhubung dengan orang lain (salesperson/ahli politik/pemimpin)
 8. Naturalist - kreativiti dalam memahami dan menghubungkan diri dengan alam sekitar (naturalist/
     botanist/gardeners)

     Contoh-contoh;
 1. Cecair pemadam pertama, 'Liquid paper' dicipta oleh Bette Nesmith, seorang setiausaha
 2. Alat hampagas (vacum cleaner) moden dicipta oleh Hubert Booth, seprang pembina jambatan
 3. Tayar pneumatic dicipta oleh John Boyd Dunlop, seorang doktor haiwan
 4. Pisau cukur pakai buang dicipta oleh King Camp Gillette, seorang jurujual
 5. Pesawat terbang pertama dicipta oleh adik-beradik Wright, tukang membaiki basikal
 6. Kamera Kodak dicipta oleh George Eastman, seorang kerani bank

- ADAKAH KITA PERLU MERASA KECEWA & RISAU BILA IDEA KITA DITOLAK?
 1. Kaedah menggoreng ayam yg diperkenalkan oleh Colonel Harland Sanders, pengasas KFC telah
     DITOLAK oleh lebih 1,000 restoran sebelumnya.
 2. Cadangan projek komputer peribadi oleh Pengasas Apple Computer Inc., Steve Jobs & Steve
     Wozniak, sebelumnya telah DITOLAK oleh Atari dan Hewlett-Packard.
 3. Walt Disney, pengasas Disneyland dan pencipta animasi Disney, sebelumnya telah DIPECAT
     oleh ketua pengarang sebuah syarikat surat khabar kerana dikatakan kurang mempunyai idea.
 4. Thomas Edison, mendapat pendidikan awal di rumah disebabkan masalah kecerdasan dan
     pendengaran di awal zaman kanak-kanaknya MEMILIKI 1,093 buah paten di Amerika Syarikat.

 " I HAVE NOT FAILED, I'VE JUST FOUND 10,000 WAYS THAT WON'T WORK"
 - Thomas Alva Edison (1847-1931)

INOVATIF
Contoh-contoh inovatif (buat perkara baharu)
- muat turun borang dar Internet/Intranet/Website
- mohon kerja melalui on-line dari Website SPA guna ICT - konsep One Stop Centre
- kiosk bayaran guna mesin - bayaran bil telco
- ATM - urusan kewangan dgn bank

"PEMIKIRAN KREATIF BUKAN SATU BAKAT, IA ADALAH SATU KEMAHIRAN YANG BOLEH DIPELAJARI" 
-Edward de Bono-

5.30 - 7.00 petang - Buat Menara. (Di entri seterusnya)

Malamnya pula ada kelas juga dari 8.30 - 10.30 malam. Penceramah En. Aswandi bin Omar dengan Modul 3 - Ujian Psikologi / Pembangunan Diri. Beliau pernah menuntut di Australia dan boleh bercakap Inggeris dengan slanga Australia. Agak lain tapi best dengar beliau cakap....dan 'trade mark' beliau ialah "Kenapa, tak percaya?"

SEBELUM KELAS BERMULA KITA AMBIL GAMBAR DULU!




NI KEPUTUSAN AKU BERDASARKAN SOALAN-SOALAN YANG DIBERIKAN.
NI KEPUTUSAN AKU
Ujian ni bukan untuk mengukur kemahiran @ pengetahuan individu tu tapi untuk mengetahui kecenderungan ke arah sesuatu sahaja. Tiada jawapan yang betul @ salah. Hanya jawapan yang sesuai @ tidak dengan diri individu itu.

- PSYCHOLOGY berasal dari bahasa Latin iaitu Psyche = Minda dan Logos = Pengetahuan
- Ada 16 jenis Personaliti Keirsey
- Duit tidak membantu untuk kita sukakan kerja kita sebenarnya
- Demografi 2030 - Malaysia akan jadi negara tua macam negara Jepun yang mana golongan orang tua mendominasi populasi di Jepun sementara golongan kanak-kanak sangat sedikit.
- Psikologi dan perniagaaan = ada kaitan di antara keduanya


 - Orang Malaysia mempunyai jati diri yang LEMAH
    Contoh: Jika orang Malaysia berkahwin dengan orang Indonesia...dorang akan ikut cara percakapan orang sana seperti Ashraf Sinclair.
 - Ramai orang muda kena buang kerja & masalah keberhutangan yang serius!
 - Cara nak belajar Bahasa Inggeris ialah dengan baca surat khabar & jadikan bahasa pertuturan seharian
- JANGAN MENGTUHANKAN BOS KITA TAPI TUHAN (utk orang Islam Allah lah kan!)
-Iklan dulu-dulu banyak yang menyentuh hati tapi sekarang..........contohnya iklan-iklan arwah Yasmin Ahmad. Arwah merupakan graduan psikologi sebab tu kita tengok iklan beliau best je.

Beliau juga menasihatkan kepada kita orang yang PEREMPUAN ni untuk tinggalkan 3 golongan ini dalam hidup iaitu:
a) Penagih dadah
b) Orang yang periksa slip gaji setiap 3 bulan
c) Suami orang


CHALLENGES ARE WHAT
MAKES LIFE INTERESTING
OVERCOMING THEM
IS WHAT MAKES LIFE
MEANINGFUL

 - Joshua J.Marine- 

Habis je kelas malam kita orang naik ke bilik masing-masing dan buatlah apa yang nak dibuat. Gosok bajuke gosok gigi ke...dan aku melayan drama Korea : The Unusual Family

No comments: