Alhamdulillah, indah dan uniknya ciptaan Allah. Penuh dengan
keperlbagaian dan variasi yang tersendiri. Pada setiap kejadian ada
perbezaan dan persamaan yang tidak sama. Walaupun seakan kelihatan sama,
namun tetap berbeza. Seperti seorang lelaki dengan lelaki yang lain.
Walau kejadiannya adalah sama, namun setiap lelaki tidak sama. Ada
perbezaannya. Demikianlah juga perempuan dan seluruh makhluk yang
diciptakanNya. Hatta pasangan kembar seiras juga tetap ada perbezaannya
walaupun kelihatan sama.
Unik kan? Subhanallah... Agung sungguh ciptaan Allah.
Cuba kita renungkan... seorang pereka fesyen, pereka grafik.. pada
satu saat akan terasa berat memikirkan idea dan ilham mencari
design-design yang terbaru. Kadang-kadang seakan mati akal mencari
design yang pelbagai. Tidak mahu design yang sedang disiapkankan
mempunyai kriteria yang sama dengan design yang terdahulu. Namun, Allah
walau ciptaanNya tidak dapat dihitung lagi, tidak ada satu pun yang sama
ciptaannya.
Buktinya, lihat sahaja ibu jari kita. Berjuta, berbilion manusia tidak ada seorang pun yang memiliki garis ibu jari yang serupa. Begitu jugalah Allah ciptakan manusia ini pelbagai ragam. Pelbagai sifat.. Pelbagai perangai..
Buktinya, lihat sahaja ibu jari kita. Berjuta, berbilion manusia tidak ada seorang pun yang memiliki garis ibu jari yang serupa. Begitu jugalah Allah ciptakan manusia ini pelbagai ragam. Pelbagai sifat.. Pelbagai perangai..
.MasyaAllah, ajaibnya ciptaan Allah... Penuh dengan warna-warni dalam penciptaanNya.
Kehidupan dan Ujian
Kenapa perlu kita keluhkan..
''Aih... aku tak suka lah cam ni...aku tak suka lah dia tuh... dia tak buat macam ni''
"Aku geram lah dengan dia ni... Pinjam barang tak bagitahu dulu. Lepas tu jadikan hak milik pula"
Kenapa kita marah orang sesuka hati
'' Kau ni kenapa lambat sangat nak faham... kenapa kau macam ni..?''
" Engkau pergi mana tadi? Tahu tak aku dah lama tunggu kat sini?"
Mungkin kita pernah terlepas kata. Mengeluh dan memarahi tanpa usul
periksa. Waktu itu, apa yang kita fikir hanya tentang diri kita sahaja.
Kita utamakan perasaan kita. Lantas kita luahkan ketidak puasan hati
kita. Kita mengeluh. Marah dan berlalu dengan muka masam mencuka.
Kenapa tidak kita nasihati jika sahabat itu melakukan kesalahan?
Mengapa tidak kita tanamkan redha pada setiap ujian yang Allah berikan
untuk kita? Bukankah setiap apa yang mendatang itu adalah ujian buat
kita. Sama ada ujian itu berbentuk nikmat, apatah lagi berbentuk perkara
yang tidak kita sukai dan senangi. Mengapa kita tidak muhasabah diri
dulu sebelum memuhasabah, memarahi orang di hadapan kita?
Kita terlupa, saat itu sebenarnya Allah menguji keimanan kita.
Kesabaran kita. Demikianlah kehidupan dan ujian yang hadir dalam hidup
kita. Ujian juga adalah warna- warni yang mewarnai hidup kita.
Dan warna
warni inilah yang akan mencorakkan kehidupan kita. Jika kita mewarnakan
kehidupan kita dengan warna gelap kehitaman, maka lakaran corak hidup
kita tidak seindah yang di rasa. Begitu jugalah kehidupan kita, jika
kita mewarnakan ia dengan pelbagai warna, maka kehidupan kita pasti
menawan rasa.
Bukankah pelangi itu indahnya pada biasan warnanya yang pelbagai?
Begitulah juga dengan kehidupan. Jika kehidupan itu diwarnakan dengan
pelbagai warna, maka keindahan itulah yang dapat nikmati.
''Dengan Mengingati Allah Jiwa Akan Menjadi Tenang"'
Kadangkala kita terlepas pandang. Apabila ditimpa musibah, kita
mendahulukan manusia dari Allah. Sedangkan musibah itu datangnya dari
Allah. Maka, mengapa manusia yang perlu didahulukan. Adakah kita lupa
tentangnya..???
Istighfarlah sahabat.. Kadang kala hadirnya musibah itu kerana
berpunca dari diri kita sendiri. Musnahnya kehidupan flora dan fauna
bukan dari sesiapa, tetapi puncanya dari tangan-tangan manusia. Banjir
kilat, tanah runtuh, dan pelbagai lagi ujian alam yang menduga
adalah kita pemulanya. Maka, jangan mengeluh jika musibah itu beralih
arah kepada diri kita sendiri. Kerana itulah perlunya beristighfar,
memohon keampunan kepada Tuhan agar diampunkan segala kekhilafan dan
keterlanjuran diri.
Demikianlah jika ada sahabat-sahabat kita yang membuatkan kita tidak
senang dengan sesuatu perkara. Jangan mengeluh dan marah sesuka hati.
Mungkin saja ianya sebagai asbab diri kita sendiri. Sebelum kita
menuding jari kepada orang di hadapan kita, dahulukanlah menuding jari
ke arah diri sendiri.
Jangan juga dipinta seseorang mengikuti kehendak kita sedangkan tahap
dirinya tidak tercapai. Tidak termampu olehnya. Mungkin ada sebab
sesuatu yang kita tidak tahu mengapa dan kenapa demikian hal yang
berlaku. Yang penting, mohonlah keampunan kepada Allah, dan pintalah
moga Allah jauhkan kita dari sifat amarah. Sesungguhnya amarah itu
adalah dari syaitan dan syaitan itu adalah dari api.
Ayuh muhasabah.. Jangan dikeluhkan ujian yang Allah berikan. Didiklah
diri agar bersabar sentiasa dan hiasi hati itu dengan keindahan
bersangka baik. Sesungguhnya itulah ciri-ciri mukmin yang membahagiakan
dan menyenangkan orang lain. Barangsiapa yang baik akhlaknya di dalam
muamalatnya pasti akan dimuliakan oleh orang lain. InsyaAllah.
Warna-warni kehidupan
Wahai sahabat... Cuba kita renungkan bersama. Jika semua orang
ragamnya adalah sama sahaja dengan kita.. Apakah akan terjadi dengan
kehidupan kita...????
Bosan bukan? Tapi mengapa..??
Kerana tiadanya warna -warni (ujian) yang mewanai kehidupan kita.
Kehidupan yang penuh dengan warna warni pasti indah seterusnya akan
memberi keindahan dan kebaikan pada sekeping hati (iman).
Iman itu jika
tiada musibah atau ujian, maka sifatnya hanya mendatar dan mungkin saja
akan menurun selayaknya. Namun, sekiranya iman itu dihadirkan dengan
ujian dan cabaran, maka iman itu akan meningkat sesuai dengan tahap iman
yang ada. Semakin iman itu mantap, maka semakin hebatlah pula ujian
yang mewarnainya.
Yakinilah janji Allah bahawa setiap apa yang Dia rencanakan tetap punyai hikmahnya.
Maka, Usah dikeluhkan ujian pada sebuah kehidupan.
Sumber: (Nurul Ain Anisha Binti Mohd Ali merupakan seorang pelatih guru di IPG Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat, Johor. Berkongsi karya di http://satumakna4u.blogspot.com/.)
No comments:
Post a Comment