Fakta Menarik Tentang Rasulullah
Siapa yang tidak mengenali Nabi Muhammad S.A.W terutamanya orang Islam.
Banyak kisah kisah kehidupan Baginda ditatapkan dan didokumentarikan. Contohnya
dalam Jejak Rasul bersiri yang ditayangkan di TV3 setiap kali tibanya bulan
Ramadan.
1. Nabi SAW tidak melepaskan tangannya saat berjabat sebelum mitranya
melepaskan terlebih dahulu.
2. Nabi SAW tidak pernah mengulurkan kaki di hadapan sahabat-sahabatnya.
3. Nabi SAW menoleh dengan seluruh badannya, menunjuk dengan seluruh
jarinya.
4. Nabi SAW kalau berbicara sesekali menggigit bibir tanda berpikir, menepuk
telapak kiri dengan jari telunjuk.
5. Nabi SAW tidur dengan alas tidur dari pelepah sebanyak 4 lapis, dan kalau
musim dingin dipakai 2 lapis dan 2 lapis lagi untuk selimut (hingga Umar bin
Khattab sempat menangis jika membandingkan gaya hidup rasulullah dengan raja
romawi).
6. Harta Nabi SAW yang paling mewah adalah sepasang alas kaki berwarna
kuning, hadiah dari Negus, penguasa Abissinia.
7. Nabi SAW tinggal di pondok kecil beratap jerami yang kamar-kamarnya
dipisahkan oleh batang-batang pohon yang diikat dengan lumpur bercampur
kapur.
![]() |
GAMBAR HIASAN |
8. Nabi SAW sendiri yang menyalakan api, memerah susu dan menjahit alas
kakinya yang putus.
9. Santapan Nabi SAW yang paling mewah, meski jarang dinikmatinya, adalah
madu, susu dan lengan kambing.
10. Nabi SAW gagah berani, namun memiliki senyum yang sangat memikat dan malu
mempermalukan orang.
11. Nabi SAW merupakan contoh jenis manusia secara sempurna iaitu pekerja,
pemikir, pengabdi Allah dan seniman.
12. Nabi SAW selalu memilih yang termudah, selama halal, bila berhadapan
dengan pilihan.
13. Senyumnya menyejukkan, dilukiskan sebagai butir salju di oase.
14. Beliau tidak pernah sakit gigi. Beliau bersiwak tak kurang 10 kali
sehari.
15. Warna kulit beliau putih kemerah-merahan.
Sumber: MyIbrah.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kenapa Patut Cinta Rasulullah S.A.W
Selepas iman dan akidah, pengukuhan iman seorang Muslim dikuatkan dengan
keimanan kepada Rasulullah. Beriman kepada rasul juga mesti sampai ke peringkat
buat apa yang nabi buat, bukan pilih-pilih tapi segala-galanya mesti diikut
kerana segala perbuatan nabi adalah wahyu daripada Allah.
Sebagaimana firman Allah yang
bermaksud:
“Tiadalah segala yang datang dari nabi itu nafsu melainkan wahyu yang diturunkan kepadanya.”
Jadi kita perlu melakukan apa yang nabi suruh kita lakukan. Itu sebab nabi
diutus dalam bentuk manusia. Bayangkan jika malaikat jadi nabi, kita pasti susah
mahu ikut kerana malaikat tak makan, tak minum, tak kahwin.
Kehidupan Rasulullah berlandaskan wahyu Allah. Semua orang makan, tapi jika
makan cara nabi jadi ibadat. Begitu juga kahwin, nabi ajar cara perkahwinan yang
betul, begitu juga hiburan, nabi mengajar cara berhibur yang betul.
Kenapa mesti kita mencintai Rasulullah? Pertamanya, kerana nabi terlalu cinta
kepada kita. Apa bukti nabi sangat cinta pada kita? Bacalah sejarah, sebelum
nabi wafat, antara perkataan akhir nabi ialah “ummati, ummati” (umatku,
umatku) umat nabi itu kitalah.
Menurut satu riwayat lain, ketika nabi dibangkitkan di Padang Mahsyar kelak
antara perkataan pertama nabi tanya kepada malaikat Jibril ialah “Di mana
umatku?”
Nabi juga pernah menyatakan dalam satu hadis yang bermaksud:
“Bahagialah siapa yang melihat ku dan beriman padaku” kemudian nabi sebut tiga kali: “Bahagialah, bahagialah, bahagialah siapa yang tidak melihatku tapi beriman denganku.”
Orang yang tak lihat nabi tapi beriman pada nabi, antaranya kitalah, nabi
puji kita tiga kali. Sebab kedua kenapa mesti mencintai nabi sebab cinta nabi
tanda sempurnanya iman seseorang Muslim.
Maknanya kalau tak cinta nabi tak sempurnalah iman kita. Sabda nabi yang
bermaksud:
“Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga aku lebih disayangi daripada kamu menyayangi kedua ibu bapamu dan manusia seluruhnya.”
Saidina Umar pernah satu hari berkata pada nabi,
“Aku sayangi diriku, lepas tu baru aku sayang padamu, wahai Rasulullah. Nabi menjawab, cintailah aku lebih daripada cinta pada dirimu, barulah sempurna iman kamu.”
Ketiga, nabi sangat banyak jasa kepada kita, jasa nabi bukan sembarangan,
bukan kecil, tak boleh ditebus dengan wang ringgit. Jasa nabi pada kita kerana
memperkenalkan siapa Tuhan kita yang sebenar.
Nabi sanggup berkorban harta, isteri baginda jadi miskin, bergadai untuk
membuat modal bagi menjalankan dakwah. Rasulullah berjuang mendidik pelapis agar
ada penyambung generasi hingga Islam sampai ke dalam hati kita.
Itulah kenapa kita perlu sangat bersyukur merasai nikmat iman dan Islam
kerana bapa saudara nabi sendiri, Abu Talib, walaupun nabi sudah melakukan
dakwah tetapi masih tidak dapat terima Islam.
Jadi begitu mahalnya nilai Islam ini sebenarnya kepada kita semua. Kemudian,
kita mesti cinta nabi sebab nabi makhluk Allah yang maksum, yang tidak ada salah
apatah lagi cacat cela.
Rasulullah terpelihara daripada segala aib. Malahan baginda mendapat pula
al-Quran sebagai mukjizat, sebagai panduan. Jelas sekali mencintai nabi bermakna
kita mencintai seorang yang agung dan amat mulia.
Justeru cintailah nabi Muhammad kerana baginda membimbing kita kepada
kebenaran, huraikan ayat al-Quran agar kita mudah memahaminya, nabi juga tak
jemu-jemu memberi nasihat agar umatnya selamat dan berbahagia di dunia dan
akhirat.
Akhir sekali kenali nabi dengan mempelajari sirah nya, memahami hadisnya dan
cintailah nabi dengan mencintai apa yang dicintainya.
Nabi Muhammad patut diikuti dan disayangi sebab pada nabi ada
segala-galanya.
Baginda paling cantik dan dialah yang paling hebat. Cuma kita saja tak tahu
kerana tidak baca secara mendalam perjalanan sirah nabi dan jika baca pun sambil
lalu saja.
Nabi Muhammad cemerlang dalam pelbagai dimensi. Cerita nabi lengkap daripada
mula lahir, ketika kanak-kanak, remaja, dewasa sehingga tua dan wafat.
Kehebatannya cukup terserlah sejak dari kelahirannya, ketika kanak-kanak,
remaja, dewasa sehingga baginda tua dan wafat. Daripada orang biasa, baginda
mengasaskan kemudian mengembangkan agama yang terhebat di dunia.
Oleh: Ustaz Zawawi Yusoh
Sumber: MyIbrah.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
![]() |
SERBAN NABI |
No comments:
Post a Comment