Monday 12 November 2012

ARTIKEL AGAMA: TANDA KEMATIAN YANG BAIK

Jika ada 20 tanda2 berikut, mati anda adalah mati yg baik (Husnul Khatimah)

1) Dapat mengucap kalimah tauhid (La ilaha illaLlah). Dalilnya hadis dari Muaz bin Jabal r.a (sesiapa yang akhir ucapannya ialah La ilaha illaLlah maka ia dapat masuk Syurga- Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim). Justeru itu, hendaklah kita mentalqin orang kesayangan kita ketika sakratul maut supaya dia sempat mengucap.

2) Mati hari jumaat. Dalilnya hadis riwayat Abdullah bin Amru bin al-Ash (Mana2 Muslim yang mati di siang hari Jumaat atau malam Jumaat, niscaya Allah selamatkankan dia dari fitnah kubur -HR Ahmad dan Termidzi). Walau bagaimanapun hal bukanlah bererti mati di hari selain jumaat tidak baik kerana baginda SAW sendiri wafat pada hari Isnin.

3) Percikan peluh di dahi (Mati orang beriman itu dengan percikan peluh di dahinya -HR Ahmad, Termidzi, an-Nasa`iy, Ibn Majah, dan al-Hakim.)

4) Mati syahid di medan Jihad. (Barangsiapa yang terbunuh pada jalan Allah (medan perang) adalah mati syahid. Barangsiapa yang mati pada jalan Allah, maka ia mati syahid-Muslim). Terbunuh (Mati syahid di medan perang jihad) mungkin susah buat kita umat Melayu, kecuali mereka yg berada di medan Palestin, Iraq

5) Mati di jalan Allah. Ada hadis yang menyebut bahawa (barangsiapa yang terbunuh pada jalan Allah (medan perang) adalah mati syahid. Barangsiapa yang mati pada jalan Allah, dia mati syahid- Muslim). Contohnya wanita Muslimah yang mati di Jerman, dibunuh hanya kerana dia bertudung.

6) Mati kerana wabak taun. Pada zaman dahulu wabak yang dikenali hanya taun. Pada masa sekarang, terdapat banyak lagi wabak yang dikenali seperti selsema burung, SARS dan sebagainya. Sesiapa yang mati kerana dilanda wabak berkenaan, matinya termasuk dalam kesudahan yang baik.

7) Mati kerana lemas (al-gharq) seperti mereka yang lemas kerana banjir, tsunami dan sebagainya.

8) Mati kerana sakit zat al-janb (paru-paru). Zat al-Janb maksudnya sakit tumbuk rusuk atau sakit sesak nafas, orang zaman dulu namakan ia zat alJanb, sekarang dikenali dgn pneumonia atau sakit paru-paru berair. Maka mereka yg mati disebabkan oleh komplikasi paru-paru adalah mendapat husnul khatimah.

9) Mati kerana komplikasi perut. Mati kerana komplikasi perut ni banyak jenis melibatkan perut dan intestines (usus), yang paling biasa ialah appendix dan kanser usus. Jadi jika seseorang membawa maut kerana ada komplikasi perut dan usus, maka ia mendapat husnul khatimah, dapat syahid.

10) Mati kerana kebakaran. Sering kita membaca akhbar orang Islam yg mati kerana kebakaran baik rumah atau kenderaan yang terlibat dgn kecelakaan jalanraya yg bertukar menjadi kebakaran. Mereka ini juga termasuk dalam mati yg baik. Berilah berita gembira kepada keluarganya.

11) Mati kerana ditimpa keruntuhan seperti ditimpa batu, tanah runtuh dan sebagainya.

12) Perempuan yang mati disebabkan anak yang dikandungnya. Dengan penjagaan kesihatan dan polisi kerajaan, ditambah dengan kecanggihan teknlologi perubatan yang moden, jumlah kematian akibat kelahiran agak menurun di negara kita sekarang. Namun jika ada mana-mana ibu yang meninggal kerana bersalin, dia mendapat syahid.

13) Mati kerana batuk kering. (dan mati kerana batuk kering adalah syahid- tabraniy).

14) Mati kerana menjaga harta. (Barangsiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya dia mati syahid- Muslim).

Sumber: MyBerita.com

No comments: