Muslimat Comot, Muslimin Selekeh
Al-kisah muslimat.
Ada yang memakai tudung yang sama selama seminggu tanpa cuci.
Bekas minyak
dari sambal ikan bilis minggu lepas pun ada lagi.
Ada yang memakai baju dan tudung yang ronyok seribu.
Bukan trend
masa kini pun, cuma memang malas nak gosok baju agaknya.
Ada yang memakai tudung dan baju yang sudah lusuh warnanya hingga kain
berbulu-bulu. Nak kata tak mampu beli tudung baru tidak jugak. Telefon bimbit
tak kurang MP3, WIFI & kamera.
Ada yang memakai stokin dan handsock yang tercarik-carik, menanti
masa untuk koyak. Apalagi yang tak kisah memakai stokin dan handsock
koyak.
Ada yang setiap pagi ke kuliah dengan muka pucat tak bermaya dengan tahi mata
masih ada di celah mata.
Al-kisah muslimin.
Ada yang memakai seluar yang dipilih dari bakul baju kotor.
Seluar yang
paling tidak masam di antara yang masam dipakai untuk ke kuliah.
Ada yang keluar dari rumah tanpa menyikat rambut, sama sahaja dari bangun
tidur.
Apalagi yang memang tiada sikat pun.
Ada yang memakai kemeja dan t-shirt yang ronyok seribu.
Sekali lagi, ini
bukan trend tapi memang malas nak gosok agaknya.
Ada yang memakai handphone tercanggih abad ini dengan aplikasi Whatsapp,
Viber, permaianan Angry Bird. Tetapi setiap hari ke kuliah dengan selipar
jepun.
Ada yang sanggup habiskan beribu untuk sebiji kamera DSLR, tapi tidak mahu
keluarkan wang kurang dari RM10 untuk beli deodrant. Bau badan,
masyaAllah.
Ada yang setiap pagi ke kuliah dengan muka berminyak sampai boleh melekat
kertas di muka dengan tahi mata bertepek.
Alahai muslimin dan muslimat. Sama saja comot dan selekehnya.
Ada yang membiarkan pinggan dan cawan di sinki selepas makan. Lagi teruk ada
yang membiarkan saja pinggan di atas meja sampai esoknya.
Ada yang biliknya selalu sahaja disinggahi lipas kerana tong sampah penuh
dengan sisa makanan.
Ada yang cadar katil dan sarung bantal tidak bertukar selama 3 bulan hingga
peta Malaysia hampir sahaja lengkap terbentuk. Apalagi yang tidak bertukar
setahun, peta dunia agaknya.
Ada yang mulutnya berbau.
Ada yang busuk kakinya, stokin dan kasut tidak dibasuh.
Ada yang kukunya hitam.
Kenapa muslimin dan muslimat? Kenapa bukan perempuan dan lelaki sahaja?
Muslimin dan muslimat, bila sudah Islam, bukankah kita membawa imej Islam itu
sendiri? Jangan pula disebabkan kita, Islam itu menjadi buruk. Bagaimana kita
mahu menarik mad 'u untuk menutup aurat dan memakai tudung jika kita membawa
imej comot dan selekeh?
"Eee, tak naklah pakai tudung labuh. Selekeh betul lah. Kau cuba tengok kakak
tu. Kau nak aku jadi macam dia?"
"Eee, tak naklah ikut usrah petang ni. Aku tak selesalah duduk dengan abang
tu, bau badan kuat betul."
Saya setuju bahawa pandangan manusia itu tak penting, pandangan Allah sahaja
penting. Ya, memang betul. Saya bukannya menyeru agar muslimin dan muslimat
bertukar kepada bergaya, trendy dan vogue. Cumanya saya
memohon muslimin dan muslimat menjadi lebih kemas, bersih dan menjaga
penampilan. Bukankah Allah suka akan kecantikan dan kebersihan?
Mungkin ada yang tidak puas hati dan menimbulkan tentang zuhud dan tawaduk.
Ya, Rasulullah juga zuhud dan tawaduk tetapi baginda sangat menjaga kebersihan
dan penampilan diri. Rambut baginda diminyakkan dan disisir rapi, janggut
baginda dikemaskan, jubah baginda sentiasa bersih. Ada beza antara zuhud dan
selekeh.
Apabila bercakap tentang baitul muslim pasti kita akan memilih calon yang
mempunyai agama dan iman yang mantap. Di dalam jemaah sendiri, bilamana kita
melalui proses tarbiyah yang hampir sama, ada muslimat yang mengadu muslimin
hanya akan takdim muslimat yang comel. Jadi yang kurang comel ni bagaimana? Ada
muslimin yang merungut, muslimat hanya akan menerima muslimin yang hensem. Jadi
yang tak berapa hensem ni bagaimana?
Muslimat, jangan salahkan muslimin kalau memilih yang comel jika anda sendiri
memang comot. Muslimin, jangan salahkan muslimat jika menerima yang hensem jika
anda sendiri selekeh. Allah menjadikan setiap manusia itu comel, cantik dan
hensem. Terpulang kepada diri masing-masing untuk membawa penampilan
bagaimana.
Ada yang mengatakan biarlah sekarang ni comot dan selekeh tapi depan
suami/isteri nanti pakailah cantik-cantik dan lawa-lawa. Kalau sekarang ni,
sebelum kahwin ni, dengan masa yang banyak terluang ni pun kita tidak belajar
menjaga penampilan, apatah lagi apabila sudah berkahwin nanti. Masa itu sudah
terlambat untuk belajar, cuma ada masa untuk aplikasikan.
Wallahu'alam :)
Biodata Penulis
Khairina Izzati Amir Hussain Merupakan Penuntut semester
kedua Sarjana Sains Halal, Universiti Teknologi Malaysia. Beliau berkongsi karya
di http://kinaizzati.blogspot.com/.
No comments:
Post a Comment