Saturday 15 September 2012

DAH ADA PUN...TAPI..

 Dulu masa tak ada internet memanglah payah nak kemas kini entri tapi sekarang dah ada Broadband pun masih malas nak kemas kini. Sebelum dapat semangat berkobar-kobar nak tempelkan itu dan ini, maklumlah aku ni kan pengumpul gambar tegar terutamanya Royal Princess, Wallpaper, Alami (termasuk gunung, awan,laut,pelangi,hutan dan sekufu dengannya).

 Al-kisahnya bulan puasa hari tu lepas balik kerja kerja aku menghadap laptop dan edit semula semua ribuan gambar-gambar yang simpan di puluhan folders. Tak caya? Tengok ni berapa banyak folders yang aku buka. 

Hahaha...banyak tak?
 Udah tu memang perit lah nak semak satu persatu gambar tu dan ketegorikan pula. Sebab tu aku beli hard disk baru yang lebih besar. Apa tidaknya separuh daripada isinya adalah gambar tadi bukan gambar aku pun. 

Bila dah edit macam ni terjumpalah pula gambar-gambar yang sama biarpun kadang-kala skalanya berbeza. Bak kata pepatah sikit-sikit lama-lama jadi bukit begitulah usaha aku sampai habis semua folder di hard disk lama. Dah edit yang baru kemas kini pula lagi tu. Adoyai!! Rajin bebenar gamaknya yer! 

Bila dah terlalu banyak gambar bunga contohnya kan kenalah asingkan kepada beberapa kategori sebab memang tak tertengok kalau tak buat macam tu. Banyak giler wei! Apa-apa pun boleh dikatakan aktiviti kemas kini tu dah Berjaya! Yeah! Yeah!! 

Sikit-sikit tertinggal tu biasalah janji mudah aku nak cari gambar bila nak guna. Okeylah sampai di sini dulu semoga aku akan bertambah rajin untuk memeriahkan ‘gerobok’ buruk aku ni….Salam Ekspedisi.

No comments: