Saturday 1 September 2012

INFO PENULISAN: TIPS MENULIS NOVEL DENGAN BAIK

Bagaimana Menulis Novel Yang Baik

    Cerita:
  • Ada kisah yang hendak disampaikan dan mempunyai mesej atau pengajarannya.
  • Tidak meleret-leret penceritaannya seolah-olah sengaja memanjangkan cerita tetapi isinya longgar.
  • Pengakhiran cerita mestilah ‘happy ending’ dan tidak tergantung.

    Teknik:
  • Kurangkan teknik flash back iaitu imbas semula supaya pembaca boleh fokus pada jalan cerita.
  • Selaraskan teknik penceritaan dari awal hingga tamat. Jika watak utama ‘aku’, hanya watak utama sahaja menggunakan ‘aku’ dalam naratif.

    Garapan Bahasa:
  • Bahasa yang mudah difahami pembaca.
  • Elakkan penggunaan bahasa rojak (BM+BI).
  • Minimakan penggunaan bahasa Inggeris dalam karya.

    Bab:
  • Setiap bab tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek.
  • Panjang setiap bab seelok-eloknya 5 – 10 mukasurat.

    Ejaan:
  • Kesilapan ejaan membuatkan pembaca tidak faham apa yang hendak disampaikan penulis.
  • Ejaan yang tidak betul juga mengganggu mood pembaca menghayati cerita.
  • Semak ejaan yang betul di Kamus Dewan atau layari laman web http://prpm.dbp.gov.my/.
  • Penggunaan Dewan Eja dapat membantu menyemak kesilapan ejaan dengan lebih berkesan.

    Tanda baca:
  • Menggunakan setiap tanda baca dengan betul untuk memberi keberkesanan dalam penyampaian cerita.
  • Tanda koma (,) sebagai unsur pemisah.
  • Tanda noktah (.) sebagai unsur berhenti.
  • Tanda elipsis (...) sebagai pengguguran ayat sama ada di awal atau di akhir ayat. Juga untuk pengucapan yang tidak lancar. Gunakan hanya tiga tanda noktah.
  • Tanda soal (?) untuk ayat berunsur pertanyaan.
  • Tanda seru (!) sebagai unsur jeritan atau penegasan.
  • Tanda petik (“ ”) digunakan untuk dialog.
  • Tanda petik tunggal (‘ ’) digunakan dalam ungkapan atau ayat yang sudah diapit tanda petik.

    Konflik:
  • Cipta beberapa konflik agar dapat mencetuskan emosi pembaca.
  • Setiap konflik harus diselesaikan di pengakhiran cerita.

    Dialog dan Naratif:
  • Perlu seimbang kedua-duanya.
  • Minimakan dialog di permulaan bab.
  • Bahasa dialog tidak terlalu formal.
  • Naratif tidak perlu terlalu panjang hingga meleret-leret.
Sumber: Ilham Grup Buku Karangkarf - Grup Digital Karangkraf 

No comments: