Monday 23 April 2012

SESI BERTEMU PEMINAT?

 Ni masa sign kontrak hari tu....hehehe berangan lah tuh!

JK Rowling semasa sesi bertemu peminat...

Aku semak emel hari ini dan sangat terkejut bila mana ada emel dari KarnaDya. Bila baca aku rasa..entahlah..macam-macam rasa ada masa tu...gembira, terharu, risau, berdebar-debar semuanya ada di dalam hati. Aku dijemput ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 (memang nak pergi pun!!!) bagi sesi SESI BERTEMU PEMINAT. Aku boleh pilih yang tarikh mengikut schedule (amboi..bukan main sekarang yer!) Maklumlah dengan cabang-cabang sumber rezeki yang aku cari sudah tentu kena imbangkan sana sini kan. 

TAPI aku risaulah...aku ni ADA KE PEMINAT memandangkan aku penulis baharu yang baharu sahaja cuba mengintai peluang di dalam industri penulisan di negara kita. Baharu nak merangkak-rangkak mencari IDENTITI jadi memang TERSANGATLAH risau jikalau nanti .....faham-faham lah yer...

Jadi dengan SUKACITA nya aku NORREHAN @ ALIF RAIHANA menjemput anda semua ke Booth KARNADYA di no 3177, 3178, 3199 dan 3200, DEWAN TUN RAZAK, PWTC  untuk hadir memberikan sokongan kepada aku di samping membeli EKSPEDISI CUTI SEKOLAH yer....Terima Kasih...SAYANG KORANG!!!

3 comments:

HAFIZ LATIFF said...
This comment has been removed by the author.
HAFIZ LATIFF said...

Assalamualaikum w.b.t.

Tahniah, Rehan.

InsyaAllah, saya akan cuba hadir. Bilakah tarikhnya sesi Rehan nanti?

Rehanz said...

Terima kasih di atas sokongan yang senantiasa berpanjangan...ikut kelapangan pada Jumaat dan Sabtu iaitu pd 4 dan 5 mei. Mereka x sediakan waktu yg khusus bergantung kpd penulis tu..biasa waktu lunch break kejap...kat buku prima pun ada buku kanak2 tapi nama xada dalam jadual mgkn nak ronda2 jer kat situjumpa penulis lain...