Friday 20 April 2012

BELAJAR BAHASA 1

Kepada rakan-rakan penulis, sila elakkan penggunaan ayat begini:

Salah: Aqila menggeleng-gelengkan kepalanya lalu pergi dari situ.
Betul: Aqila menggeleng-geleng lalu pergi dari situ

Mengapa salah? Ini kerana kita sudah sedia maklum bahawa perbuatan menggeleng dilakukan oleh kepala. Jadi, tidak perlu untuk memasukkan... perkataan 'kepala' sekali lagi.

Begitu juga dengan ayat ini:
Salah: Umar bersarapan pagi bersama-sama ibunya sebelum ke sekolah.
Betul: Umar bersarapan bersama-sama ibunya sebelum ke sekolah

Kesalahan yang lazimnya dilakukan penulis adalah memasukkan perkataan 'pagi' sedangkan kita sedia maklum yang sarapan sememangnya untuk makan pagi. Semoga kita dapat manfaat daripada maklumat ini. Harap maklum.

Peringatan mesra daripada saya buat semua rakan penulis:
Kesalahan lazim yang penulis terbiasa lakukan:

Salah: "Jangan tunding saya begitu", Kata Mala.
Betul: "Jangan tuding saya begitu," kata Mala.

Salah: "Tolong war-warkan pada rakan-rakan ya!" Beritahu Wan.
Betul: "Tolong uar-uarkan kepada rakan-rakan ya!" beritahu Wan.

Mengapa salah?

Penulis gemar menulis tunding sedangkan ejaan yang betul adalah tuding. Begitu juga dengan perkataan war-war yang mana yang betul adalah uar-uar.

Begitu dengan tanda baca. Sekian.

No comments: