Saturday 14 April 2012

SYIDA WEDS AZMI (BHGN 1)

Pada 7 April yang lalu aku telah menghadiri majlis perkahwinan bekas rakan sekolah aku Syahida Suhaimi di Dewan Sri Melati, Kompleks Perbadanan Putrajaya. Mualanya aku dah calling-calling Hamizah untuk pergi bersama TETAPI seminggu sebelum majlis itu kita orang lost contact.

Puas aku cuba telefon dengan nombor2 yang dia ada tapi hampeh.. lepas tu dia ada tinggalkan pesan kat muka buku minta no.telefon aku. URGENT katanya. Bila dah bg tak ada pulak dia nak telefon sampailah ke hari Khamis. Oleh itu, aku buat keputusan pergi dengan family jer...kebetulan pula ketibaan kereta pengantin sama waktu dengan ketibaan teksi yang kita oran naik...

Memang terserlah wajah ratu sehari sebab bila seseorang tu jarang bermekap kecantikan yang datang lepas disolek mak andam memang sangat berlainan. Layanlah beberapa keping gambar di sekitar majlis perkahwinan dia orang...nak masukkan semua gambar terpilih asyik ada masalah sampai naik fed-up dibuatnya. Jadi ini ajelah yang sempat aku muatkan dalam entri ni...




Cantik pelamin gabungan warna biru firus dan putih










Syida dan Azmi

Mulanya aku tak nak naik atas pelamin tuk bergambar hinggakan sanggup tunggu dia orang turun dari pelamin. Segan kot nak naik pelamin...kalau ada kawan2 lain tu ok lah jugak kan! Bila dah 'dipaksa' baharulah nak naik bukan apa aku cuma nak ambil gambar kenangan di majlis kawen kawan aku memandangkan bukan semua majlis kawen bekas rakan2 sekolah yang aku hadir. Ini dah dikira satu geng aku gagahkan diri jugak tuk pergi.


No comments: