Friday 27 April 2012

KORANG NAMPAK TAK?

Nampak tak apa yang aku nampak di dalam gambar ni? Apa tak nampak? Cuba korang perhatikan betul-betul...buka mata luas-luas...kembangkan kornea mata dan celikkan iris mata tu...tak nampak lagi? Aduhai...nampak kat depan kedai tu ada lelaki dan perempuan sedang berkumpul. Hah, dah nampak kan!

Okey yang lelaki tu kita tak nak cakap apa-apa TETAPI yang perempuan berbaju kurung tu. Apa yang mereka buat di sana. Alahai dah tahap makcik-makcik dah tuh...

Eh. dia orang pergi pejabat urusan dan jualan lah!. Lah, nak berniaga rupanya. Nak berniaga nombor lah pulak!! Sanggup beratur tu nak beli nombor. Subhanallah...tak malu ke orang tengok snap gambar dia orang tengah beratur. Bawa-bawalah bertaubat makcik-makcik ooiii! Bukan nak kata aku ni baik sangat tapi dah tahu kan main benda tu apa hukumnya apasal nak jugak beli yang itu.

PEREMPUAN BERTUDUNG. Itu imej yang mereka bawa. Secara tidak langsung wanita lain yang bertudung juga akan terkena tempiasnya. Sekarang dah makin ramai yang berkata:

"Alah, orang pakai tudung pun bukan baik sangat"

"Tengok tu pakai tudung tapi buat maksiat"

"Pakai tudung sebab nak cover lah tu!"

"Kadang-kadang orang yang pakai tudung lagi jahat daripada yang tak pakai tudung"

Jadi sakit hati tak kalau kita yang bertudung ni mendengar kata-kata sebegitu yang diungkap dengan lantangnya di depan kita. Ya. Betul CUMA bukan semua PEREMPUAN BERTUDUNG ada perangai macam tu. Jadi kalau nak berkata-kata tu fikirlah dahulu. Lagi pula aku sendiri pernah terkena. Dalam hati aku berkata "Ewah-ewah sedapnya bercakap.."

Jadi kepada mereka yang terlibat segeralah bertaubat ya..amin.

p/s: gambar ini aku ambil dr FB Imam Muda Fattah

1 comment:

[Fadilah Diyana] said...

1st time saya tengok mcm ni akak...