Thursday 5 January 2012

MY SECOND BABY!

Alhamdulillah...semalam masa buka web sita KARNADYA aku tengok ada entri akan datang. Dalam hati kata mmmm bukan buku akulah tu...tup-tup bila kuar gambar rasa terkejut giler...sempat lagi buat yes!!! Tengok tajuk tengok nama sah, buku aku! Buku yang hampir 2 tahun aku menantinya dengan kesabaran yang semakin tipis. Akhirnya terbit juga buku aku. Patutnya dia jadi yang pertama TETAPI disebabkan pihak syarikat nak buat secara alam maya dulu kenalah tunggu lama sikit.

Boleh dikatakan hampir semua watak2 dalam novel awal remaja ni menggunakan naka rakan-rakan dan bekas guru-guru aku masa sekolah dahulu. Aku memang ingin meletakkan nama mereka yang pernah sekelas, sedarjah dan satu sekolah dengan aku sebagai tanda kenangan dan ingatan. Jadi kalau nak tahu nama siapa yang BERJAYA menjadi sumber INSPIRASI aku kenalah dapatkannya di pasaran nanti! Mungkin lepas ni boleh buat novel yang menggunakan nama rakan-rakan sekerja pula kan seperti HI,NH,SNA, SN dal lain-lain.

INI MERUPAKAN HADIAH ULANG TAHUN AKU YANG PALING BERHARGA!
p/s: my besday next week!

2 comments:

Tetamu Istimewa said...

Tahniah!

Rehanz said...

Terima kasih banyak...jgn lupa promote kat anak murid yer...:)