Saturday 21 January 2012

IDEA...IDEA...

Disebabkan semangat yang agak berkobar-kobar aku kini sedang mencari ilham untuk menghasilkan manuskrip (mss) aku yang ketiga. Mulanya nak buat novel cinta tapi banyak benda yang perlu dibuat jadi aku terfikir untuk menulis kisah remaja. Alah, aku kan remaja lagi! Hehehehe.........lagi pula dua mss aku yang sebelum ini pun berkisarkan kehidupan seorang remaja dan lingkungan usia yang sebaya dengannya.

Macam aku dah terbiasa dan suka buat kisah-kisah remaja pula kan! Tapi bukan kisah remaja yang kosong, adalah isinya yang aku harus buat kajian (research) dulu untuk mencantikkan lagi mss aku. Puaslah aku google kat Internet untuk mencari segala maklumat dan info-info yang aku perlukan. Mss aku yang pertama lagi mencabar sebab aku menggunakan istilah sains. Kalau tersilap mesti mss aku akan ditolak oleh pihak penerbit.

MASALAHNYA SEKARANG.....bilalah aku ada masa yang cukup untuk menaip dan berkhayal tentang mss aku tu...setakat cerpen tu bolehlah aku gagahkan diri nak buat....gundah-gundah hati hamba memikirkan keputusan yang harus dilakukan.

Apakah hamba perlu mengundurkan diri dari sana untuk menumpukan perhatian terhadap minat hamba dalam dunia penulisan ini? Akan tetapi sudahkah hamba bersedia untuk itu? Bersedia untuk meninggalkan bidang kerja yang sudah sebati dalam diri sejak tujuh tahun yang lampau? Bersediakah untuk melupakan suasana kerja yang ingar bingar di sana? Bolehkah hamba menulis mss di rumah? Apakah Games yang beronok-ronok di dalam laptop tidak menganggu-gugat keimanan hamba untuk bermain dan membuang waktu berjam lamanya? Aku perlukan petunjuk saat ini agar tidak menyesal di kemudian hari.Arrgggghhh membuat satu keputusan itu sememangnya amat SUKAR untuk hamba......



p/s: bila dah menaip terkeluar pula bahasa zaman dahulu kala..tapi boleh fahamkan!



No comments: