Thursday 26 January 2012

CERPEN : HADIAH DARI RAUDHAH - BGHN 1

Raihan memeriksa baki akaun banknya sambil mengeluh. ‘Bilalah duit aku ni nak cukup. Buat dua kerja tapi masih tak cukup-cukup lagi.’ katanya sendirian. Sebelum pulang dia singgah ke rumah dahulu. Waktu rehat yang panjang pada hari Jumaat membolehkan Raihan pulang ke rumah untuk makan tengah hari.

Hasrat untuk ke tanah suci sudah disuarakan abah beberapa kali. Katanya duit pencen yang bakal diperoleh ingin digunakan untuk ke sana lagi. Kali ini ingin membawa mereka sekeluarga menunaikan umrah. Oleh sebab itu, Raihan berusaha menyimpan wang gajinya sebanyak mungkin setiap hujung bulan. Dia ingin ke sana dengan menggunakan wang dari penat lelah keringatnya bekerja dari pagi sehingga ke lewat malam.

Bulan demi bulan berlalu dan Raihan sudah mampu tersenyum setiap kali ke bank. Tabungannya semakin membukit. Dapatlah dia menunaikan umrah bersama Angah, abah, emak dan adik nanti. Akhirnya berkat usaha dan doa yang tidak putus-putus dapat juga mereka berangkat ke Tanah Suci.

Kini jikalau ada waktu senggang di pejabat Raihan lebih senang menghabiskan masanya dengan membaca buku-buku yang berkaitan dengan umrah. Dia perlu tahu selok-belok rukun menunaikan umrah. Apa pantang larangnya perlu juga dia ketahui.

Dia juga mengikuti kursus yang dianjurkan oleh syarikat Andalusia Travels Sdn.Bhd. pada hujung minggu. Raihan sudahpun memohon cuti selama dua minggu. Hatinya berdebar-debar apabila tarikh keberangkatan mereka semakin hampir.

No comments: