Mandi Bunga Dapatkan Jodoh
Apakah hukum mandi bunga untuk mendapatkan cinta dan jodoh?
Sepertimana yang kita ketahui, jodoh
pertemuan dan ajal maut semuanya telah ditentukan Allah SWT. Untuk mendapat
jodoh, kita juga harus berusaha selepas bertawakal kepada Allah SWT. Salah
satu usaha yang dianjurkan ialah dengan bertemu bomoh yang
menganjurkan mandi bunga.
Bomoh ini kononnya mengamalkan ayat-ayat
Al-Quran tetapi mandi bunga ini tetap juga dianjurkan.
Betulkah di dalam perubatan Islam itu
terdapat mandi bunga? Apakah hukumnya jika mengamalkan mandi bunga ini?
Apakah hukumnya jika si anak tidak mahu
melakukan mandi bunga ini dan menyebabkan kemarahan kedua ibu bapanya yang niat
mereka hanya untuk kebaikan anak mereka?
§
Mandi air bunga yang diamalkan dalam perubatan Melayu
sekarang tidaklah menjadi kesalahan selagi tidak diiktikadkan yang ianya boleh
mendatangkan sesuatu kemudaratan atau boleh mendatangkan
sesuatu kemanfaatan, kerana kuasa berbuat demikian hanya ada pada Allah
SWT sahaja.
§
Mandi air bunga bukanlah perubatan Islam yang
Rasulullah sarankan kepada para sahabat yang tidak menemui jodoh. Perkara ini
tidak pernah berlaku di zaman Baginda.
§
Ianya hanya datang dari tradisi
perubatan orang-orang Melayu, yang mana kesahihannya bergantung kepada
sejauh mana penggunaannya tidak bercanggah dengan ajaran Al-Quran dan
Al-Hadith. Jika bercanggah hendaklah dijauhkan.
§
Bagi kes di atas, seseorang itu dipaksa mandi air
bunga kerana kononnya sebagai mendekat jodoh, tetapi ia enggan berbuat demikian
sedangkan ibunya memaksa ia berbuat demikian. Yang terlibat
hendaklah berbuat demikian jika difikirkan kemudaratan tidak
berbuat demikian lebih besar dari kemudaratan ia mandi air bunga tersebut.
§
Seeloknya perempuan yang terlibat perlu membaca setiap
hari surah Yusuf dan menunaikan solat hajat, mudah-mudahan Allah
SWT menganugerahkan kepadanya jodoh yang sesuai dengannya, Insya Allah.
Semoga bermanfaat dan berguna buat
semua! 

Kenapa Aku Masih Solo?
Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya
belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.
Kalau panjang jambatannya, jauhlah
perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.
Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu
lewat. Dan usia 35 tahun belum apa-apa kalau sepanjang usia itu telah digunakan
untuk membina kecemerlangan.
Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa.
Allah itu Maha Mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik,
sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana
kita orang yang beriman.
Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada
menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir
kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.
Tips: Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah
untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua
orang di dunia ini.
Hakikatnya, apabila kita benar-benar
mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.
Kita juga selalu melihat orang memandu kereta
mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.
Hakikatnya, apabila kita sendiri telah
memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.
Tidak mustahil pula orang yang memandu
kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di
tepi jalan.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan
jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.
Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau
aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.
Padahal si penunggang motosikal sedang
memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu
benar-benar membahagiakan.
Tips: Agar mudah orang sayang, cuci
hati dengan jaga ibadah, solat taubat, beristighfar, baca Al-Quran, maafkan
orang lain, meminta maaf, bersedekah dan berfikiran positif.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya
juga datang sama. Semua benda pasti ada baik dan buruknya.
Demikian juga perkahwinan.
Ia baik sebagai saluran yang betul untuk
melepaskan syahwat tapi ramai juga orang yang berkahwin hidupnya semakin tidak
terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik
melangkahkan kaki kealam berumahtangga.
Bukankah dangan ijab dan Kabul selain
menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut
bertambah?
Bukankah apabila anda gagal
melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan padahal
dahulunya mereka bermati-matian membina janji,
memupuk cinta kasih malah ada yang
sanggup berkorban apa sahaja asal impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup bergelar isteri tidak
usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu bergelar ibu ayah,
belajarlah dulu.
Jika belum bersedia untuk bersabar
dengan karenah anak-anak, carilah dulu kesabaran itu.
Jangan berkahwin dahulu sebab
kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi setelah melompat,
akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki
naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang
benar-benar mengerti segala tuntutannya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus
bagi yang menjadikannya gelanggang untuk menjadikan syurga sebagai matlamat.
Kita boleh berkomunikasi melalui fikiran.
Hantarlah kasih sayang dan hasrat murni anda terhadap pasangan dengan gelombang
fikiran ini secara berterusan hingga berjaya.
Berkahwin itu sempadan dari
ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan bagi yang mengetahui
rahsia-rahsianya.
Berkahwinlah demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan kerana perasaan dan mengikut
kebiasaan.
Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya
ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar
jemputan itu mudah sampai.
Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia
datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana
menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.
No comments:
Post a Comment