Wednesday 14 September 2011

DARI MANA IDEA MUNCUL





Sebagai seorang penulis tak kira puisi, cerpen mahupun novel kita perlukan idea untuk mencorakkan jalan cerita sesebuah manuskrip itu. Betul tak? Jadi dari mana datangnya idea-idea yang bernas itu untuk mencantikkan sesebuah hasil karya itu. Banyak sumber sebenarnya. Ada yang dekat, yang jauh, yang dilihat, yang didengar, yang dibaca dan juga yang diangankan.


Macam juga aku bila buat sesuatu cerita atau hasil karya. Kadang-kala di waktu tengah bosan gila-gila itulah idea yang terbaik akan hadir berbanding kita duduk dan cuba mengorek idea dari fikiran kita. Kadang-kadang puas memikirkan namun tak berhasil pun. Malah ketika kita sedang sibuk atau berada di tempat umumlah ianya datang menganggu.


"Kalau aku buat cerita macam ni mesti bagus...lepas tu tambah konflik macam ni...dia macam tu...mak dia begini, kesudahannya begitu". Ya, Allah tak kan aku nak berhenti dan tulis idea aku waktu tu juga. Apa yang boleh aku buat ialah biarkan perkara itu bermain-main di ruang legar otak aku ni sampailah aku boleh catatkan di atas helaian kertas. Tak pun di telefon bimbit pun jadilah.


Aku boleh dikatan lebih banyak menulis cerpen dan puisi berbanding novel. Novel yang pertama pun tak keluar-keluar lagi. Nasib baik terhibur gak hati ini dengan terbitnya buku kanak-kanak aku Isnin ni (18 hb tau). Ada idea itu aku dapat dari pengalama aku sendiri. Cerpen yang mana ya? Apa judulnya? Siapa wataknya? Hahaha...yang itu biarlah rahsia aku sahaja.


Aku pernah tulis cerpen yang 200% kisah aku sendiri tapi yang mungkin tahu kisah di sebaliknya ialah aku dan dia. Dia? Siapakah orangnya tu? Bukan orang lah tapi Dia yang di atas sana. Hanya Dia yang tahu!


Mungkin juga ada di antara mereka itu sudah lupa tapi tidak aku! Setiap kali aku buka fail koleksi cerpen dan puisi terimbau kisah di sebalik kenangan sesebuah cerpen itu. Mana yang aku reka sendiri tak adalah nak imbau-imbau balik.

No comments: