Andainya Kami Tahu, Ya Rasulullah..
Cinta kami padamu ya Rasulullah ,
Cinta tiada terperi,
berapakah jarakmu dari kami ya Rasulullah,
kami merasakan Rasulullah ada di sini..
berapakah jarakmu dari kami ya Rasulullah,
kami merasakan Rasulullah ada di sini..
Cinta ikhlasmu pada kami semua!
Ketika beliau wafat serta didatangi oleh
malaikat Jibril, beliau berkata;
Kelak, setelah aku meninggalkan umatku,
bagaimanalah nasib umatku.. Umatku..
Ya Allah, sangat tinggi sekali cintanya
kepada kita semua!
Andai kita tahu bahawa..
Pedihnya perjuangan menyebarkan islam yang
dilakukan oleh Rasulullah dan Para Sahabat. Kami menghargai susah payah
baginda, kami menghargai titisan keringat darah,air mata dan nyawa Rasulullah
dalam memperjuangkan islam untuk kita..
Dan kita semua sebagai umat islam akan
membayar usaha mereka dengan menunjukkan kecintaan kepada ALLAH dan Rasul serta
melaksanakan perintah ALLAH dan menyebarkan syiar Islam di muka bumi ini.Amin.
No comments:
Post a Comment