Friday 30 September 2011

QOUTES: WORKS

Quotes ni aku cari semata-mata untuk mencantikkan zon aku di pejabat untuk audit 5S. Jadi untuk mencari sedikit kelainan aku berusaha menggoogle untuk mencari sesuatu yang sesuai untuk ditempelkan di zon Wonder Pets!. Hahahaa...macam budak-budak je kan letak nama cam gitu. Jangan tanya aku sebab masa mula-mula masuk ke jabatan ni memang udah gitu namanya. Nak buat macam mana kan ikutkan sahaja. Tapi aku rasa pasti nama ni dicadangkan oleh Abang Acad yang gila-gila bahasa tu. Dia tu memang ada something wrong sikit.


Aku google lepas tu jumpa pulak yang best-best apa lagi! Jangan tunggu lama-lama...nanti lama-lama...balik umah aku soh adik ku tolong print. Esoknya kat pejabat aku laminatekan benda tu dan tampal pada saat-saat terakhir SEBAB kalau tampal awal-awal nanti ada yang nak tiru! Huahuaha....itu okey lagi buatnya dia orang soh aku tolong buatkan untuk zon dia oranglah, untuk bilik mesyuaratlah....xde kerja pulak aku nak buat. Aku buat ni biar zon kita orang dapat markah lebih. Biar gempak! Hanya lima dari tujuh yang ada dalam entri ni aku letak di papan kenyataan zon Wonder Pets!











Thursday 29 September 2011

SELAMAT ULANG TAHUN

Just want to say Happy Birthday to my friend Nurul Hidayah @ Dayah. Semoga persahabatan kita akan kekal untuk selamanya tak kira di mana juga kita berdua berada. Walaupun kini aku merasakan dia sedikit berbeza dari Dayah yang dahulu. Barangkali tuntutan tugas dan ceritera peribadinya yang membuatkan kami kurang berhubung. Aku harap dia masih Dayah yang dahulu. Dayah yang aku kenal beberapa tahun yang lalu. Tapi satu yang tak mungkin aku lupakan ialah kisah aku, dia, kawan dia dan segerombolan manusia yang pernah bersama-sama kami di bawah satu bumbung. Kisah yang lucu dan agak gila-gila. Bila dikenangkan kembali boleh tergelak tergolek tak ingat dunia...maklumlah dua-dua pun kuat ketawa. Happy Besday to you sis!

Wednesday 28 September 2011

FILEM DI RUMAH : RAYA TAK JADI!

Aku dah tengok filem ni masa cuti Hari Malaysia pada 16 September yang lepas. Memang tak rugi tengok filem ni. Ketawa dari mula sampai habis. Gegak-gempita panggung tu sementelahan panggung tu memang penuh dengan audien. Aku bagi kredit untuk lakonan Apek, Johan dan Jalaluddin Hassan; Wan Sharmila juga!