Wednesday 25 August 2010

KURSUS PERSONALITI ANGGUN





Hari ni aku kena pergi kursus personaliti anggun di tempat kerja aku...fasilitatornya lelaki yg tak berapa nak keras dan tak berapa nak lambut dalam yg sedang-sedang sahajalah. Beliau merupakan seorang pensyarah di kolej di N.Sembilan. Temanya MEMBENTUK IMEJ WANITA URBAN dan segmen pertama mengenal jenis2 bentuk badan. Ada tujuh jenis semuanya iaitu:

1.Pear

2.Hourglass

3.Apple

4.Empat Segi
5.Diamond

6.Petite @ genit
7.Tinggi Lampai
siap dgn ciri2 jenis dan pakaian apa yg mesti dielakkan dan sesuai dgn setiap ciri2 tersebut. Segmen kedua jenis2 jean dan dress. Bab dress yg seksi meksi yg berikat di belakang leher (Halter dress). Antaranya cowl halter, key-hole halter dan ruffled halter.

Seterusnya elemen2 yg perlu dititikberat dlm pemilihan pakaian iaitu:

1.line

2.silhouette (bayangan pakaian)=sebutan siluet (canggih betul ejaan)

3.warna

4.detailing (perincian)

dah habis bab pakaian dan mengenal bentuk badan masuk plak bab deko tapi bukan deko bersama eric tau...ini deko bersama cik nan... dalam bab ni pulak beliau memberitahu tentang jenis2 kediaman, lima perkara sebelum mendeko, asas menghias, tema dan elemen dekorasi seronok jugak sebab kita dapat ilmu tambahan kan cuma aku tak dapat nak pratikkan sekarang sebab dok umah famili kan bukan sesenang hati jer nak ubah itu ini. Jadi aku kena simpan dulu utk rumah aku yg entah bila nak ada tu...

Slide yg beliau tunjuk pun sangat mengujakan aku dan akak-akak yg lain. Rasa nak buat utk rumah sendiri nanti. Beliau jugak memberikan beberapa tips dlm hiasan dalam seperti kalau boleh langsir tu biar labuh sampai ke bawah jgn dikerat kontot saja contohnya di tingkap bilik kita tu kan.. biarkan labuh tu utk buat siling kelihatan lagi tinggi.

Dinding tumpu (picture wall) palk tak perlu warnakan semua bahagian di situ malahan kita boleh gunakan kreativiti dengan mengecat sebahagian kecil sahaja dan letak dekorasi seperti pasu bunga ke bingkai gambar ke, lilin ke tapi mesti ada keseimbangan dalam susun letak tu...

Adalah beliau bagi kad nama so kalau nanti berangan nak hantar baju bolehlah. Beliau juga terlibat sebagai wedding planner, design & consultancy, event planner dan corporate design cuma harga tu kena pandai2lah berunding ya sebab beliau juga banyak membuat fashion show dan baju2 utk artis jadi pepaham ajelah harganya...

Kat sini juga aku tempelkan beberapa rekaan beliau...utk tatapan dan renungan (kot terpikir nak hantar ke beliau selepas ni)....mungkin lepas ini aku pun boleh mereka sendiri baju ikut citarasa yg aku nak asalkan aurat ditutup...

No comments: