Wednesday 18 August 2010

IGAUAN SEMALAM


Ini buku terbaharu dlm koleksi aku dan sememangnya aku menantikan buah tangan terbaharu novelis ini, Zaifuzaman Ahmad. Semua novel beliau menjadi koleksi aku kecuali novelnya yg pertama, Jalan Terakhir yg sangat2 sukar dicari dlm pasaran (mgkn tak dicetak lagi kot). Sebut sahaja Misteri Julia, Angkara Saka, Dendan Semalam, Rahsia Mimpi-di bwh alaf21, Rintihan Masliza, Teratak Kenari, Bila lampu Padam-di bwh Buku Prima sumenya aku ada. Asal ada je novel terbaharu terus aku sambar dah tak pikir lain lagi dah...
 
Sampai begitu sekali penangan karya Zaifuzaman kpd aku. Novel dia kategori seram dan misteri kadang2 tu meremang jugaklah bila baca. Tapi sekarang bulan pose aku tak takut nak baca waktu siang ke malam ke tengah malam ke sume aku bantai aje...
Cuma baharu suku aku baca dah ada beberapa kesalahan yg tidak disengajakan barangkali TETAPI tidak sepatutnya ada dlm sebuah novel. Kebanyakannya kesalahan ejaan. Contohnya menyiapkan jadi menyiapakan (muka surat aku tak semak pulak) Azlivinia tukar Alzivinia pd m/surat 3. Aku faham kita manusia biasa yg mgkn terlepas pndg...cuma macam xbest sebab ni sykt penerbitan yg terkenal kan...semoga tidak berlaku di masa yang akan datang.
k..aku cin cau dulu yek....

No comments: