Thursday 12 August 2010

BERAKHIRNYA

Hari ini merupakan hari terakhir aku bertugas sbg P.A.P di jabatan ini sebab esok aku akan bercuti dan Senin nanti akak tu masuk kerja semula selepas beliau cuti bersalin selama dua bulan. Pejam celik dh dua bulan dia bercuti yang mana selama itu semua kerjanya aku yang buat sampaikan kadang2 kerja hakiki aku sendiri pun terbengkalai.
Apa tidaknya sebab surat keluar masuk perlu dikey-in dgn segera dan diberikan kepada mereka yang berkenaan. Begitu juga dgn urusan penghantaran surat-surat ke jabatan lain dan pengeposan surat. Nasib baiklah bos di unit aku tu boleh lebih kurang biarpun pada mulanya dia agak keberatan utk membenarkan aku memikul tugas tersebut.
Harap2 Isnin nanti dia masuk dan ambil alih balik semula kerja2 jgn sambung cuti lagi udahlah. Hari ni dgn esok pun dia ambil mc walaupun patut mula kerja semalam (11 Ogos). Dapat pula bos baharu dgn cara kerja yg sgt berlainan berbanding yg sebelumnya. Ada juga beberapa perubahan kecil yg terdapat dlm bidang tugasnya yg perlu aku sampaikan.
Hari ini CC (chief clerk) aku sakit kepala dan tak datang kerja jadi aku relak sikit....hehehehe...petang sikit baharu aku nak hantar surat dan pos beberapa surat semalam...lepas tu nak solat dan siap2 utk balik. Semalam hari pertama berpuasa membuatkan aku letih gile. Usai solat Zohor dlm pukul 2 lebih terus aku tertidur dlm bilik surau di jabatan sampai pukul 4 lebih itupun aku tersedar sebab dia orang bising. Balik umah lepas solat Maghrib aku baring sementara nak tunggu solat Isyak tapi lena terus sampai pukul 1 lebih.
Kakak aku kejutkan aku sebab kat tapi aku ada kesan darah(titik darah). Ingatkan darah tut...tapi sume pose semalam lepas tu ada kesan seakan orang colet kesan darah tu. Aku yang elok tak rasa seram terus jadi serem gara2 akak aku takut tak tentu pasal. Bulan pose kan hantu setan sume kena ikat jadi tak payahlah nak takut sangat...

Selalunya kalau ada kelibat orang berambut putih kat kawasan blok aku mesti sesuatu yg tak elok nak jadi kat keluarga aku. SETIAP KALI! Baru2 ni duit mak hilang walhal letak sekejap je nak gi mandi lepas kuar bilik mandi tgk hilang RM50! Kita orang sekarang tak simpan duit bnyk dlm rumah sebab selalu sgt hilang. Kalau ada pun cuma utk belanja harian. Kalau aku pula 24 jam duit tu ada kat poket aku...
Benci betul aku dgn orang tua tua. Dekat blok aku memang diketahui ada yang 'membela' kalau tgk muka ada yg rasa seram je. dah ada geng makin menjadi2 lah kelakuan dia orang tu. Buat kerja yg dilaknat Allah s.w.t. Esok bila mati tanh tak terima macam yg kita selalu tgk di tv tu...laknatullah betul...hidup dgn caci maki orang jer sebab buat aniaya.
Harap2 tak ada yg serius berlaku pada aku sekeluarga...kurang ajar betul bulan2 puasa pun nak buat kerja setan dia tu...kalau dh bergelumang dgn banda2 mcm tu mana nak ditinggalkan walaupun sehari...semoga dia dan orang2 yg terlibat dgn permainan syaitan akan mendapat balasan drpd Alllah s.w.t sama ada di dunia ataupun di akhirat kelak...amin... Ini doa drpd orang yg teraniya....

No comments: