Monday 30 August 2010

GUMBIRANYE...HARI NI...

Hari ni aku dpt satu emel yg memang aku nanti-nantikan sejak beberapa bulan yg lalu....selama itu juga kami saling berbalas emel anara satu sama lain untuk mengetahui perkembangan yg berlaku di sana sini. Khabar itu cukup menggembirakan aku sejak mula emel itu aku baca lewat pagi tadi sebelum waktu pejabat bermula..mula-mula rasa nak menjerit lepas tu rasa panas di mata. Rupa-rupanya dah bergenang di tubir mata tapi aku tahankan juga. Sekarang ni aku kene tunggu hitam putihnya untuk mengesahkan perkara itu dan pastinya aku cukuop berbangga dengan diri sendiri...Akhirnya aku berjaya....
ps: Apa yang berjaya dan apa yg aku gembirakan sangat ni kenalah tunggu dahulu selepas aku mendapatkan kesahihannya...aku akan kongsikan dengan sume orang.....sekian....

Wednesday 25 August 2010

KURSUS PERSONALITI ANGGUN





Hari ni aku kena pergi kursus personaliti anggun di tempat kerja aku...fasilitatornya lelaki yg tak berapa nak keras dan tak berapa nak lambut dalam yg sedang-sedang sahajalah. Beliau merupakan seorang pensyarah di kolej di N.Sembilan. Temanya MEMBENTUK IMEJ WANITA URBAN dan segmen pertama mengenal jenis2 bentuk badan. Ada tujuh jenis semuanya iaitu:

1.Pear

2.Hourglass

3.Apple

4.Empat Segi
5.Diamond

6.Petite @ genit
7.Tinggi Lampai
siap dgn ciri2 jenis dan pakaian apa yg mesti dielakkan dan sesuai dgn setiap ciri2 tersebut. Segmen kedua jenis2 jean dan dress. Bab dress yg seksi meksi yg berikat di belakang leher (Halter dress). Antaranya cowl halter, key-hole halter dan ruffled halter.

Seterusnya elemen2 yg perlu dititikberat dlm pemilihan pakaian iaitu:

1.line

2.silhouette (bayangan pakaian)=sebutan siluet (canggih betul ejaan)

3.warna

4.detailing (perincian)

dah habis bab pakaian dan mengenal bentuk badan masuk plak bab deko tapi bukan deko bersama eric tau...ini deko bersama cik nan... dalam bab ni pulak beliau memberitahu tentang jenis2 kediaman, lima perkara sebelum mendeko, asas menghias, tema dan elemen dekorasi seronok jugak sebab kita dapat ilmu tambahan kan cuma aku tak dapat nak pratikkan sekarang sebab dok umah famili kan bukan sesenang hati jer nak ubah itu ini. Jadi aku kena simpan dulu utk rumah aku yg entah bila nak ada tu...

Slide yg beliau tunjuk pun sangat mengujakan aku dan akak-akak yg lain. Rasa nak buat utk rumah sendiri nanti. Beliau jugak memberikan beberapa tips dlm hiasan dalam seperti kalau boleh langsir tu biar labuh sampai ke bawah jgn dikerat kontot saja contohnya di tingkap bilik kita tu kan.. biarkan labuh tu utk buat siling kelihatan lagi tinggi.

Dinding tumpu (picture wall) palk tak perlu warnakan semua bahagian di situ malahan kita boleh gunakan kreativiti dengan mengecat sebahagian kecil sahaja dan letak dekorasi seperti pasu bunga ke bingkai gambar ke, lilin ke tapi mesti ada keseimbangan dalam susun letak tu...

Adalah beliau bagi kad nama so kalau nanti berangan nak hantar baju bolehlah. Beliau juga terlibat sebagai wedding planner, design & consultancy, event planner dan corporate design cuma harga tu kena pandai2lah berunding ya sebab beliau juga banyak membuat fashion show dan baju2 utk artis jadi pepaham ajelah harganya...

Kat sini juga aku tempelkan beberapa rekaan beliau...utk tatapan dan renungan (kot terpikir nak hantar ke beliau selepas ni)....mungkin lepas ini aku pun boleh mereka sendiri baju ikut citarasa yg aku nak asalkan aurat ditutup...

Sunday 22 August 2010

TERINGIN JUGAK!

pen

key-chain

beg


key-chain

pengasah pensel (sharpener)

rantai kunci (key-chain)

Amendanya ntah tapi kat dlm ada tepung (blh dibentuk2)

pen

key-chain

Sekarang ni makin bnyk lambak on-line shop...senang cite berniaga guna internet terutamanya blog. Murah, jimat dan cepat utk sesuatu urusan. Aku tgk orang ni jual brg orang tu jual bag dlm hati teringin jugak...tapi nak jual ape. Kek cawan (cupcake) dh berlambak yg jual lagi pula aku mane reti nak buat. nak jual pakaian dan aksesori wanita mane pula nak cari supplier dan stok baju...mesti tukar ganti masakan nak letak baju yg sama berbulan-bulan tambahan pula aku sendiri tak ade masa nak ngadap blog hari2 (maklumlah workaholic katakan..:)) Entah betul entah tidak aku eja...lantaklah janji maksudnya ade kan...kan..
Kebetulan skrg aku kerja kat tempat permainan kanak-kanak so banyaklah stok yg keluar masuk kat situ..sampai kita orang yg kerja kat situ pun rambang mata..masyallah, cantik2 produk kat situ...dan sentiasa ada keluaran yg baharu. Kebetulannya lagi kat tempat aku tu kira pusat sehenti utk produk2 tu sebelum dihantar ke cawangan yg lain. Kadang2 ada yg bukan stok kita orang tapi sempat lah ushar kan..
Kat sini aku letak beberapa produk tersebut kpd yg berminat faham-fahamlah yer...bolehlah hubungi aku...aku cuba carikan...Ada lagi tapi tak sempat nak letak nanti-nantilah bila aku ada kelapangan masa (tapi selalu rasa tak cukup memanjang). Boleh dijadikan cenderamata ke, goody bag ke, hadiah utk pertandingan ke, masa hari lahir ke, ape2 yg sesuailah...

Thursday 19 August 2010

HARI KIDAL SEDUNIA




buku
pen
tetikus komputer


pembuka tinpisaupembaris

Hari Kidal Sedunia 2010 dh pun berlalu pd 13 Ogos yg lalu. Di luar negara memang ada sambutan utk hati tersebut cuma di negara kita perkara itu bukanlah sesuatu yg penting utk diraikan...barangkalilah. Di atas tu adalah barangan yg dibuat KHAS ingat yer khas utk orang2 yg kidal seperti aku ni. Barang2 tersebut aku ambil drpd online shop di luar negara sebab di Malaysia susah nak jumpa kedai macam ni. Setahu aku ada sebuah kedai di Petaling Jaya dan harganya agak tinggi sebab diimport drpd luar negara.

Mereka ni di antara yg kidal tapi berjaya di dlm lapangan masing2 seperti Putera William, Marilyn Monroe, Leonardo da Vinci, Jimi Hendrix, Martina Navratilova and Nicole Kidman, Angelina Jolie, Brad Pitt, Bill Gates, Albert Einstein, Barack Obama, Mawi (dulu ada lah kot), Ina Naim (berjaya setelah musibah dtg menguji), Norrehan (hehe....perasan je lebih!)

Tak ada yg beza sgt pun kecuali bhgn otak mana yg lebih dominan berbanding dgn orang normal. Walau bagaimanapun, ada juga masa2 tertentu yg aku hadapi kesukaran utk menggunakan peralatan yg digunakan oleh manusia normal yg lain terutamanya kerongsang (brooch), pengupas kulit buah (peeler), pembuka tin, dan penyagat. Barang2 lain tak ada masalah.
Itulah keunikan dan kehebatan orang kidal ni yang mana mereka dpt hidup di dalam dunia yg dikelilingi oleh orang yg bertangan kanan TETAPI orang yg bertangan kanan belum tentu dpt hidup di dunia orang kidal. Betul tak? Chaiyok..chaiyok!!



Wednesday 18 August 2010

IGAUAN SEMALAM


Ini buku terbaharu dlm koleksi aku dan sememangnya aku menantikan buah tangan terbaharu novelis ini, Zaifuzaman Ahmad. Semua novel beliau menjadi koleksi aku kecuali novelnya yg pertama, Jalan Terakhir yg sangat2 sukar dicari dlm pasaran (mgkn tak dicetak lagi kot). Sebut sahaja Misteri Julia, Angkara Saka, Dendan Semalam, Rahsia Mimpi-di bwh alaf21, Rintihan Masliza, Teratak Kenari, Bila lampu Padam-di bwh Buku Prima sumenya aku ada. Asal ada je novel terbaharu terus aku sambar dah tak pikir lain lagi dah...
 
Sampai begitu sekali penangan karya Zaifuzaman kpd aku. Novel dia kategori seram dan misteri kadang2 tu meremang jugaklah bila baca. Tapi sekarang bulan pose aku tak takut nak baca waktu siang ke malam ke tengah malam ke sume aku bantai aje...
Cuma baharu suku aku baca dah ada beberapa kesalahan yg tidak disengajakan barangkali TETAPI tidak sepatutnya ada dlm sebuah novel. Kebanyakannya kesalahan ejaan. Contohnya menyiapkan jadi menyiapakan (muka surat aku tak semak pulak) Azlivinia tukar Alzivinia pd m/surat 3. Aku faham kita manusia biasa yg mgkn terlepas pndg...cuma macam xbest sebab ni sykt penerbitan yg terkenal kan...semoga tidak berlaku di masa yang akan datang.
k..aku cin cau dulu yek....

Thursday 12 August 2010

BERAKHIRNYA

Hari ini merupakan hari terakhir aku bertugas sbg P.A.P di jabatan ini sebab esok aku akan bercuti dan Senin nanti akak tu masuk kerja semula selepas beliau cuti bersalin selama dua bulan. Pejam celik dh dua bulan dia bercuti yang mana selama itu semua kerjanya aku yang buat sampaikan kadang2 kerja hakiki aku sendiri pun terbengkalai.
Apa tidaknya sebab surat keluar masuk perlu dikey-in dgn segera dan diberikan kepada mereka yang berkenaan. Begitu juga dgn urusan penghantaran surat-surat ke jabatan lain dan pengeposan surat. Nasib baiklah bos di unit aku tu boleh lebih kurang biarpun pada mulanya dia agak keberatan utk membenarkan aku memikul tugas tersebut.
Harap2 Isnin nanti dia masuk dan ambil alih balik semula kerja2 jgn sambung cuti lagi udahlah. Hari ni dgn esok pun dia ambil mc walaupun patut mula kerja semalam (11 Ogos). Dapat pula bos baharu dgn cara kerja yg sgt berlainan berbanding yg sebelumnya. Ada juga beberapa perubahan kecil yg terdapat dlm bidang tugasnya yg perlu aku sampaikan.
Hari ini CC (chief clerk) aku sakit kepala dan tak datang kerja jadi aku relak sikit....hehehehe...petang sikit baharu aku nak hantar surat dan pos beberapa surat semalam...lepas tu nak solat dan siap2 utk balik. Semalam hari pertama berpuasa membuatkan aku letih gile. Usai solat Zohor dlm pukul 2 lebih terus aku tertidur dlm bilik surau di jabatan sampai pukul 4 lebih itupun aku tersedar sebab dia orang bising. Balik umah lepas solat Maghrib aku baring sementara nak tunggu solat Isyak tapi lena terus sampai pukul 1 lebih.
Kakak aku kejutkan aku sebab kat tapi aku ada kesan darah(titik darah). Ingatkan darah tut...tapi sume pose semalam lepas tu ada kesan seakan orang colet kesan darah tu. Aku yang elok tak rasa seram terus jadi serem gara2 akak aku takut tak tentu pasal. Bulan pose kan hantu setan sume kena ikat jadi tak payahlah nak takut sangat...

Selalunya kalau ada kelibat orang berambut putih kat kawasan blok aku mesti sesuatu yg tak elok nak jadi kat keluarga aku. SETIAP KALI! Baru2 ni duit mak hilang walhal letak sekejap je nak gi mandi lepas kuar bilik mandi tgk hilang RM50! Kita orang sekarang tak simpan duit bnyk dlm rumah sebab selalu sgt hilang. Kalau ada pun cuma utk belanja harian. Kalau aku pula 24 jam duit tu ada kat poket aku...
Benci betul aku dgn orang tua tua. Dekat blok aku memang diketahui ada yang 'membela' kalau tgk muka ada yg rasa seram je. dah ada geng makin menjadi2 lah kelakuan dia orang tu. Buat kerja yg dilaknat Allah s.w.t. Esok bila mati tanh tak terima macam yg kita selalu tgk di tv tu...laknatullah betul...hidup dgn caci maki orang jer sebab buat aniaya.
Harap2 tak ada yg serius berlaku pada aku sekeluarga...kurang ajar betul bulan2 puasa pun nak buat kerja setan dia tu...kalau dh bergelumang dgn banda2 mcm tu mana nak ditinggalkan walaupun sehari...semoga dia dan orang2 yg terlibat dgn permainan syaitan akan mendapat balasan drpd Alllah s.w.t sama ada di dunia ataupun di akhirat kelak...amin... Ini doa drpd orang yg teraniya....

Wednesday 11 August 2010

EID MUBARAK!


Salam Ramadhan buat semua pengunjung blog ini dan mereka yang mengenali diri ini. Sama-samalah kita mencari keberkatan dan pahala yang berlipat ganda di bulan yang mulia ini....