Wednesday 3 February 2010

USAHA DAN USAHA DAN USAHA

Usaha tangga kejayaan ayat yang selalu kita dengar...sempena kedatangan tahun baru ni aku cuba cabar diri untuk menghasilkan novel. Mungkin bukan utk golongan dewasa tapi utk remaja. Sasarannya 9-15 tahun. Ceritanya mengenai ekspedisi sekumpulan pelajar di waktu cuti sekolah yang ingin mendaki gunung. Jadi aku kena wat kajian sikit mengenai gunung-ganang yang ada sungguhpun aku tak pernah pergi kan. Biar real sikit. Dan macam-macam yang terjadi semsa di dalam hutan darihal digigit pacat, dihanyutkan arus deras, hilang, sesat lumrah biasa kalau dah masuk hutan apatah lagi ni kali pertama dorang buat aktiviti lasak.

Watak-watak yang ada dln cerita ni wujud di alam nyata. Aku ambil nama kawan-kawan aku yang dahulu bukan sekarang sebab sume dah lupa daratan. Sorang dua jer yang kekal berkawan hingga hari ni. Nama cikgu-cikgu kesayangan aku pun abadikan sekali dlm cerita ni tanda penghargaan dan sayang aku pada mereka semua. Guru-guru yang pernah mengajar aku Bahasa Malysia tahu akan minat mendalam aku dlm bidang penulisan ni dan sentiasa bagi sokongan biarpun dah bertahun aku tinggalkan alam persekolahan. Adik aku sekarang ni kerja kat koperasi sekolah dan dia ada bagitahu beberapa cikgu pasal novel yang sedang aku usahakan dan mereka teruja menunggu hasilnya. Ada siap minta satu kalau dah diterbitkan.

Cuma masalah aku bila dah taip separuh cerita barulah rasa jalan ceritanya x baguslah, ada ke orang nak baca, boleh ke editor terima cerita aku ni, kursus penulisan dah pernah pergi tapi rasa mcm tak cukup bagus cetira ni dan beribu-ribu soalan yang kadang-kala terbit di fikiran aku. Sekarang dah menginjak ke angak 60 muka surat dan aku sasarkan dalam 100 lebih jer. Satu lagi masalah utama aku tak reti nak panjangkan cerita. Almaklumlah aku dah terbiasa buat cerpen yang panjangnya terhad. Apa-apa pun aku akan cuba selesaikan novel tu dalam tahun ni juga...kepada yang membaca doakan kejayaan aku di sini yer.... Salam

No comments: