Monday 15 February 2010

KISAH BUDAK KECIL

Tak aku sangka selama lima tahun lebih aku berkerja di situ hari ini pertama kali aku dengar tentang perkara ni. Bukan aku jer tapi dengan sorang lagi kawan aku.. Al-kisahnya... ada budak cina datang ke kaunter nak beli token. Semestinya pada waktu cuti mcm ni orang ramai kdg2 tak menang tgn. Apa tidaknya ada yang nak beli token, redeem barang membership, beli air mineral, nak tanya itu ini, suruh betulkan mesin rosak,nak beli sand art dan 1001 satu macam kerenah yg mahu tak mahu terpaksa dilayan juga.Budak ni dtg dan hulur duit RM10 kat aku. So aku pndg kat dia nak tahu berapa dia nak. Lepas tu dia cakap mcm ni kat kita orang...

"Both of you are not smiling,"

Aku yg kurang dengar tanya "Apa dia,"

Dia jawab benda yang sama "Both of you are not smiling," sambil dia pandang pada sign board di kaunter yang suruh customers ingatkan staff kalau dia orang tak senyum...Apa lagi aku cakap dekat kawan aku sambil gelak2. Budak tu buat muka selamba badak aje..."Both of you are not smiling,"

Ini kali pertama aku dgr dari sorang budak kecil...bukan tak nak senyum tapi dah penat nak senyum pastu cakap thank you...terima kasih...enzim kat mulut ni pun nak rehat juga. Asyik kena wat keje kat dlm mulut ni penat juga kan. Selalunya benda2 yang ditampal ke digantung ke jarang sekali diberi perhatian oleh customers. Kdg2 dah tulis besar-besar pun tak reti nak baca tanya lagi dekat staff...ada 2 tak reti nak baca dan tak nak tanya bila dah silap mulalah mulut mcam murai tercabut ekor dekat situ...tapi bila diingat kembali kelakar juga budak cina tu...kiranya dia prihatin dgn apa yang ditampal di situ...hehehehe

No comments: