Saturday 27 February 2010

KAWAN BAIKKU AKHIRNYA....


Macam tak percaya bila makaku kata kawan lama aku telefon minta lamat umah. Aku tanya siapa...biar betul dia nak kawin. Esoknya masa kat tempat keje aku tipon dia nak dapatkan kepastian. Memang dia nak kawin hujung bulan ni..lama tak dengar berita tahu-tahu nak kawin jer.Dia kawan sekolah aku dari tingkatan dua sampai sekarang. Cuma semenjak dah tinggalkan alam persekolahan ni masing2 buat hal sendiri.

Itu yg tak tahu ramai kawan sekolah aku dah kawin. Mana yg jemput dah aku tahu tu pergilah yg tak dijemput nak buat macam mana kan. Dgr dr yang lain orang tu dah kawin, ni pula dah kawin, yg ni ada anak satu bla...bla... mcm2 ada. Dia ni pula anak perempuan tunggal dr tiga beradik dan baru saja habis praktikal 10hb hari tu. Dia ni sama2 ambik form 6 dgn aku di SMK Datok Lokman cuma aliran berbeda aku ambik sastera dia pula sains. Sekarang ambil undang2 kat KUTPM.

Majlis kawin ni juga jadi medan pertemuan geng kita orang berempat patutnya berlima. Sorang tu tak dpt dikesan hingga ke hari ini. Majisnya dibuat di Kompleks Sukan Bangsar jauh dari rumah aku. Disebabkan kawan baik mulalah tipon sana sini member yg pergi memandangkan dia jemput beberapa orang dari budak sekolah aku.

Jadinya nanti aku dan kawan aku,Hamizah akan ke KL Sentral dan Syahida sorang lagi geng aku akan jemput di situ. Aku nak ajak adik aku ikut dia dah ada aktiviti nak pergi rumah anak-anak yatim. So aku akan bawa Syamin, budak sama tempat kerja dulu. Dari sana kita akan bertolak ke kompleks sukan tersebut. Hadiahnya pun aku dah beli awal-awal lagi. Rasa tak sabar nak tengok kawan baik sendiri naik pelamin. Bajunya juga lain dr yang lain sebab dia akan pakai lenga(tak tahu betul ke tak ejaan)tak macam orang melayu. Kalau ada gambar nanti aku akan letak di blog ni...

No comments: