Friday 19 February 2010

LANGKAH PERTAMA

Bila aku buka email hari ini aku terkejut bila mendapat balasan daripada Kak Haryani daripada alaf15 sebuah penerbitan baru di bawah alaf21 Sdn. Bhd. Dia berminat untuk menilai novel aku yang tak sepenuhnya lagi. Masa email hari tu aku dah tulis yang novel tu tak siap lagi tapi dia berminat dan suruh aku hantar sinopsis kepadanya. Semalam pula aku dapat panggilan daripada sebuah syarikat suruh aku datang buat ujian IQ Isnin depan.

Minta-minta adalah rezeki untuk aku tapi dalam masa yang sama kalau aku dapat kerja ni aku rasa sayang pula nak tinggalkan tempat kerja lama aku tu. Dah sebati dalam jiwa aku hehehe...bukan apa dah terbiasa dengan rutin kerja macam tu biapun terpaksa melayan kerenah customers yang boleh buat kena pening kepala dan naik angin.
.

Rasa sedih dan gembira semuanya bercampur gaul saat ini tapi apakan daya andai aku terpaksa memilih satu antara dua TERPAKSA aku memilih yang lebih menjamin masa depan aku nanti...umur pun dah meningkat kena fikir juga masa depan.

No comments: