Saturday, 27 February 2010

KAWAN BAIKKU AKHIRNYA....


Macam tak percaya bila makaku kata kawan lama aku telefon minta lamat umah. Aku tanya siapa...biar betul dia nak kawin. Esoknya masa kat tempat keje aku tipon dia nak dapatkan kepastian. Memang dia nak kawin hujung bulan ni..lama tak dengar berita tahu-tahu nak kawin jer.Dia kawan sekolah aku dari tingkatan dua sampai sekarang. Cuma semenjak dah tinggalkan alam persekolahan ni masing2 buat hal sendiri.

Itu yg tak tahu ramai kawan sekolah aku dah kawin. Mana yg jemput dah aku tahu tu pergilah yg tak dijemput nak buat macam mana kan. Dgr dr yang lain orang tu dah kawin, ni pula dah kawin, yg ni ada anak satu bla...bla... mcm2 ada. Dia ni pula anak perempuan tunggal dr tiga beradik dan baru saja habis praktikal 10hb hari tu. Dia ni sama2 ambik form 6 dgn aku di SMK Datok Lokman cuma aliran berbeda aku ambik sastera dia pula sains. Sekarang ambil undang2 kat KUTPM.

Majlis kawin ni juga jadi medan pertemuan geng kita orang berempat patutnya berlima. Sorang tu tak dpt dikesan hingga ke hari ini. Majisnya dibuat di Kompleks Sukan Bangsar jauh dari rumah aku. Disebabkan kawan baik mulalah tipon sana sini member yg pergi memandangkan dia jemput beberapa orang dari budak sekolah aku.

Jadinya nanti aku dan kawan aku,Hamizah akan ke KL Sentral dan Syahida sorang lagi geng aku akan jemput di situ. Aku nak ajak adik aku ikut dia dah ada aktiviti nak pergi rumah anak-anak yatim. So aku akan bawa Syamin, budak sama tempat kerja dulu. Dari sana kita akan bertolak ke kompleks sukan tersebut. Hadiahnya pun aku dah beli awal-awal lagi. Rasa tak sabar nak tengok kawan baik sendiri naik pelamin. Bajunya juga lain dr yang lain sebab dia akan pakai lenga(tak tahu betul ke tak ejaan)tak macam orang melayu. Kalau ada gambar nanti aku akan letak di blog ni...

FILEM : NIYANG RAPIK

Aku dah pergi tgk citer ni semalam dengan famili aku. Memang best tgk filem ni cuba ada beberapa bahagian yang aku tak berapa nak puas hati. Pertamanya adegan Awal Ashaari jatuh dari bumbung rumah.

Cara dia jatuh macam kelakar dan tak real langsung. Lawak pun ada. Pastu masa Liyana Jasmay lucutkan kain kat tepi sungai. Bagi aku adegan tu tak perlu dlm filem ni dan mungkin boleh digantikan dengan adegan yang 'lebih sopan' sedikit. 

Sound dlm panggung tu pun ada masalah di pertengahan cerita. Suaranya jadi perlahan lepas tu kuat balik. Eh, jadi perlahan lagi lepas tu baru okay sampai habis cerita.

Wednesday, 24 February 2010

KOPI HAWAII


.

Kopi ni abah aku dapat dari anak majikannya yang baru pulang dari Hawaii. Beliau belajar di Amerika Syarikat dalam jurusan perubatan kalau tak silaplah dan pulang bercuti ke Malaysia selama dua minggu. Memandangkan abah aku dah lama kerja di rumahnya dia pun bagilah kopi kononnya khas dia beli untuk abah aku.
. Macam mana agaknya rasa kopi ni.

Satu yang respect dekat dia walaupun dah lama dok sana bila balik sini masih boleh berbahasa Melayu dengan fasih sekali.Tambahan pula dia bukan berbangsa Melayu. Sekarang ni ramai melayu yang sibuk nak jadi omputih sampai anak dia orang pun dah tak reti bahasa ibunda...apalah nak jadikan.
Memanglah bahasa Inggeris tu penting zaman sekarang tapi janganlah sampai tak pandang langsung bahasa yang kita gunakan masa kecik-kecik dulukan...

Monday, 22 February 2010

ADNAN SEMPIT


Pada mereka yang blum tgk citer ni silalah ke panggung sebab memang best giler asyik gelak dr mula sampai habis aku dh tgk 2 kali tu.....tapi kalau dah tak sempat tu tunggu ajelah vcd yer...

Saturday, 20 February 2010

JALAN-JALAN PERGI MAKAN

Dua jer yang single mingle lagi

Lima orang anak buahku

Gambar budak penghantar air pun abang ipar aku ambik


Aku dan Nurul Jannah


Nurul nak bergambar dgn alat muzik Sarawak agaknya


Kuah kacang

Sate yang menyelerakan

Mi rebus yang lazat walaupun ciput..RM 6.00 semangkuk

Air tembikai

Air laici


Orange juice
Gambar ni masa kita orang pergi makan sate kat Satay Station di Kg. Pandan Dalam beberapa minggu yang lalu. Satenya memang terangkatlah dan harganya kalau tak silap aku RM0.70 sen secucuk. Kalau pergi memang sentiasa penuh setiap kali pergi sana. Tempatnya di tepi jalan so senang nak cari cuma sign board tu dilindungi pokok yang merimbun di kawasan sekitar. Pada asalnya tempat hanyalah sebuah rumah kampung biasa sebelum ditukar menjadi kedai makanan. Kepada sesiapa yang merasa sendiri keenakan sate dan mi rebus di sini boleh menghubungi nombor ni bagi memastikan kedai tu di buka...03 - 9284 667

Friday, 19 February 2010

LANGKAH PERTAMA

Bila aku buka email hari ini aku terkejut bila mendapat balasan daripada Kak Haryani daripada alaf15 sebuah penerbitan baru di bawah alaf21 Sdn. Bhd. Dia berminat untuk menilai novel aku yang tak sepenuhnya lagi. Masa email hari tu aku dah tulis yang novel tu tak siap lagi tapi dia berminat dan suruh aku hantar sinopsis kepadanya. Semalam pula aku dapat panggilan daripada sebuah syarikat suruh aku datang buat ujian IQ Isnin depan.

Minta-minta adalah rezeki untuk aku tapi dalam masa yang sama kalau aku dapat kerja ni aku rasa sayang pula nak tinggalkan tempat kerja lama aku tu. Dah sebati dalam jiwa aku hehehe...bukan apa dah terbiasa dengan rutin kerja macam tu biapun terpaksa melayan kerenah customers yang boleh buat kena pening kepala dan naik angin.
.

Rasa sedih dan gembira semuanya bercampur gaul saat ini tapi apakan daya andai aku terpaksa memilih satu antara dua TERPAKSA aku memilih yang lebih menjamin masa depan aku nanti...umur pun dah meningkat kena fikir juga masa depan.

Wednesday, 17 February 2010

100 MUKA SURAT

Aku nak jadi macam dia orang ni lah!!!



Bagaikan tak percaya aku dah menaip sebuah cerita hingga 100 muka surat. Sebelum ni aku memang tak ada keyakinan untuk menulis sepanjang itu. Aku sendiri tak sangka akhirnya berjaya juga aku lepasi halangan yang aku ciptakan sendiri.

Aku dah terbiasa menulis cerpen yang tidak memerlukan cerita yang panjang berjela-jela. Watak yang sedikit, jalan cerita yang ringkas dan padat serta lebih kurang lima ke enam muka surat dah cukup untuk menghasilkan sebuah cerpen. Berlainan pula dengan novel yang panjangnya berjela ke ratusan muka surat.

Cuma bila dah siap kena melalui pula proses 'pemeraman' karya dan diedit kembali sebelum boleh dihantar ke mana-mana penerbitan. Semoga hasil usaha aku ini akan membuahkan hasil.

Jika novel remaja ini berjaya diterbitkan tidak mustahil untuk aku mencuba lagi dengan idea dan pengolahan yang lebih baik. Belajar dari pengalaman...insyallah

Monday, 15 February 2010

KISAH BUDAK KECIL

Tak aku sangka selama lima tahun lebih aku berkerja di situ hari ini pertama kali aku dengar tentang perkara ni. Bukan aku jer tapi dengan sorang lagi kawan aku.. Al-kisahnya... ada budak cina datang ke kaunter nak beli token. Semestinya pada waktu cuti mcm ni orang ramai kdg2 tak menang tgn. Apa tidaknya ada yang nak beli token, redeem barang membership, beli air mineral, nak tanya itu ini, suruh betulkan mesin rosak,nak beli sand art dan 1001 satu macam kerenah yg mahu tak mahu terpaksa dilayan juga.Budak ni dtg dan hulur duit RM10 kat aku. So aku pndg kat dia nak tahu berapa dia nak. Lepas tu dia cakap mcm ni kat kita orang...

"Both of you are not smiling,"

Aku yg kurang dengar tanya "Apa dia,"

Dia jawab benda yang sama "Both of you are not smiling," sambil dia pandang pada sign board di kaunter yang suruh customers ingatkan staff kalau dia orang tak senyum...Apa lagi aku cakap dekat kawan aku sambil gelak2. Budak tu buat muka selamba badak aje..."Both of you are not smiling,"

Ini kali pertama aku dgr dari sorang budak kecil...bukan tak nak senyum tapi dah penat nak senyum pastu cakap thank you...terima kasih...enzim kat mulut ni pun nak rehat juga. Asyik kena wat keje kat dlm mulut ni penat juga kan. Selalunya benda2 yang ditampal ke digantung ke jarang sekali diberi perhatian oleh customers. Kdg2 dah tulis besar-besar pun tak reti nak baca tanya lagi dekat staff...ada 2 tak reti nak baca dan tak nak tanya bila dah silap mulalah mulut mcam murai tercabut ekor dekat situ...tapi bila diingat kembali kelakar juga budak cina tu...kiranya dia prihatin dgn apa yang ditampal di situ...hehehehe

Sunday, 14 February 2010

DAH 25 TAHUN - MY BIRTHDAY












 














Pada 14 Jan 2010 yang lalu aku dah pun mencapai usia 25 tahun...dan aku ada buat majlis kecil-kecilan utk kuarga aku. Majlis ni dibuat sejak aku mula kerja dan sambut ulang tahun yang ke 21. Lepas tu rasa nak buat tiap tahun walaupun ada ketikanya masalah yang mendatang menjadikan ianya senyap begitu sahaja. It's my day dan aku nak hepikan diri aku sendiri biarpun kena kuar bajet sendiri..tengoklah gambar yang ada....

Wednesday, 3 February 2010

USAHA DAN USAHA DAN USAHA

Usaha tangga kejayaan ayat yang selalu kita dengar...sempena kedatangan tahun baru ni aku cuba cabar diri untuk menghasilkan novel. Mungkin bukan utk golongan dewasa tapi utk remaja. Sasarannya 9-15 tahun. Ceritanya mengenai ekspedisi sekumpulan pelajar di waktu cuti sekolah yang ingin mendaki gunung. Jadi aku kena wat kajian sikit mengenai gunung-ganang yang ada sungguhpun aku tak pernah pergi kan. Biar real sikit. Dan macam-macam yang terjadi semsa di dalam hutan darihal digigit pacat, dihanyutkan arus deras, hilang, sesat lumrah biasa kalau dah masuk hutan apatah lagi ni kali pertama dorang buat aktiviti lasak.

Watak-watak yang ada dln cerita ni wujud di alam nyata. Aku ambil nama kawan-kawan aku yang dahulu bukan sekarang sebab sume dah lupa daratan. Sorang dua jer yang kekal berkawan hingga hari ni. Nama cikgu-cikgu kesayangan aku pun abadikan sekali dlm cerita ni tanda penghargaan dan sayang aku pada mereka semua. Guru-guru yang pernah mengajar aku Bahasa Malysia tahu akan minat mendalam aku dlm bidang penulisan ni dan sentiasa bagi sokongan biarpun dah bertahun aku tinggalkan alam persekolahan. Adik aku sekarang ni kerja kat koperasi sekolah dan dia ada bagitahu beberapa cikgu pasal novel yang sedang aku usahakan dan mereka teruja menunggu hasilnya. Ada siap minta satu kalau dah diterbitkan.

Cuma masalah aku bila dah taip separuh cerita barulah rasa jalan ceritanya x baguslah, ada ke orang nak baca, boleh ke editor terima cerita aku ni, kursus penulisan dah pernah pergi tapi rasa mcm tak cukup bagus cetira ni dan beribu-ribu soalan yang kadang-kala terbit di fikiran aku. Sekarang dah menginjak ke angak 60 muka surat dan aku sasarkan dalam 100 lebih jer. Satu lagi masalah utama aku tak reti nak panjangkan cerita. Almaklumlah aku dah terbiasa buat cerpen yang panjangnya terhad. Apa-apa pun aku akan cuba selesaikan novel tu dalam tahun ni juga...kepada yang membaca doakan kejayaan aku di sini yer.... Salam

Tuesday, 2 February 2010

BERPISAH JUA AKHIRNYA - KAK MIDAH LAST DAY




Cam sedih jer entri kali yek..tapi memang gitulah sebab aku dah kehilangan seorang supervisor yang bagus pada 20 Jan 2010 yang lalu. Aku dan dia yang dipanggil Kak Midah merupakan batch akhir staff lama yang masih kekal di situ. Mereka yang lain dah pun hilang entah ke mana ada sesetengah yang diketahui keberadaannya. Dah lima tahun kami berkerja bersam tup-tup dapat tahu dia nak berhenti kerja.

Dari apa yang aku tahu dan dengar2 dia memang nak kerja selama 15 tahun saja. Kira had masa dan dok umah lepas ni jaga anak-anak yang masih bersekolah tu...Apa-apa pun aku ucapkan bebanyak terima kasih kepada Hamidah Baba atau Kak Midah di atas kebaikkannya selama ini. Dia juga seorang yang prihatin kepada staff2 dia. Aku lebih senang berurusan dengan dia tentang apa2 saja dan dia adakalanya memerlukan pendapar aku biarpun sekadar part-time staff ajer kat situ...selamat maju jaya kak Midah tersayang ewah-ewah.....