Sunday 28 June 2009

TARIKH LUPUS PERSAHABATAN

Macam barang aje nak ada tarikh lupus ke tarikh luput kan walhal sebolehnya dlm persahabatan tidak patut ada istilah itu. Biar sesingkat mana hubungan itu, biar sejauh mana jarak memisahkan persahabatan itu, biar setinggi mana darjat di antara mereka tidak perlu ada tarikh lupus sebuah persahabatan sekiranya bertunjang keikhlasan, keyakinan dan kemurnian hati dlm bersahabat. Betul tak...

Tidak kita sama ada sahabat itu lelaki atau perempuan, kaya atau miskin, pandai atau kurang pandai, cantik atau biasa saja, peramah atau pendiam, alim atau bersosial, pucuk pangkalnya adalah nilai persahabatan yg kita inginkan daripada mereka ini. Berkawan bhar beribu berkasih biar satu adalah kata-kata yg biasa kita dengar tapi sejauh mana kebenarannya. Ada juga yg pasang dua tiga dlm satu-satu masa kan...sorry lah tu bukan aku mungkin teman-teman di luar sana heheheh...

Pada aku jika kita ingin persahabatan itu kekal untuk selamanya tidak harus di waktu senang sahaja sedangkan di waktu kita memerlukannya mereka hilang entah di mana seperti terkambus dlm lautan manusia yg berjuta ini. Terutamanya apabila masing-masing sudah berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat yg lebih tinggi dan berjaya mendapat segulung ijazah yg senantiasa menjadi idaman setiap orang (walaupun ada yg tak kisah). Usai itu dapat pula menjawat jawatan yg baik dlm organisasi atau syarikat2 besar yg mana sudah tentu bergaji besar dan mempunyai lebih ramai kenalan.

Semakin payah untuk kita berbica ataupun paling tidak sekadar huluram sms kita untuk dibalas mereka. Alasan yg dah lapuk mungkin juga dah basi berkulat2 untuk diterima ialah sibuk tiada masa nak balas. Persetankan semua itu, jika ingatkan mereka sebagai seorang sahabat paling tidak kita dapat membalas sms mereka sekadar berbasa-basi walaupun teman itu tidak mengetahuinya. hargailah sahabat yg di samping kita sewaktu susah senang dahulu, sama2 berjalan kaki pulang dari sekolah, bersama berebut2 menaikit bas tatkala tamat menghadiri kelas tambahan, teman yg sama2 ketawa ketika didenda atas kesalahan yg tidak kita lakukan.


Sungguhpun ada di antara kita tidak sampai ke menara gading diharapkan itu bukanlah satu alasan yg sengaja direka cipta untuk menjauhi seseorang. Sebuah ikatan persahabatan yg terjalin kukuh tidak mungkin terputus ibarat sebuah mutiara yg sentiasa berkilauan walaupun di mana ianya tercampak tanpa mengubah keasliannya yg cukup berharga.

Semoga persahabatan itu akan menjadi kenangan terindah untuk kita kenangi ketika melewati hari-hari tua yg bakal mendatangi kelak dengan 1001 peristiwa yg mengandungi pelbagai rencah di dalamnya.

No comments: