Sunday 21 June 2009

HEPI BIRTHDAY MY FRIEND

Entri ni khas buat seseorang yg aku anggap sebagai kawan baik aku duniawi dan ukhrawi tak kira di mana sahaja beliau berada. Kawan yg untuk selama-lamanya kawan. Perkenalan kitaorang bermula di tempat kerja kalau tak silap aku pada Februari 2005 selepas dua bulan aku berkerja di situ..

Sebenarnya pada hari pertama dia bekerja aku sangkakan dia seorang bos besar...hahaha bocor rahsia yg aku simpan selama ini. Apa tidaknya waktu dia datang aku tengah mencuba satu game baru kot2 nanti ada yang tanya tidaklah aku melongo aje...tup2 dia dan abang senior iaitu abang Azihan sedang meronda2 dekat tempat aku main game. Apa lagi kelam-kabut aku matikan game tu dan blah ke tempat lain. Lepas tu baru aku tahu dia rupanya staff baru same macam aku juga...hehehe lawaknya nak ketawa pun ada memikirkan betapa kalutnya aku pada waktu tu...
Macam2 yg kitaorang hadapi bersama pada waktu itu memandangkan bos kitaorang tu bujang terlajak jadi perangai dia macam tak berapa nak betul sikit. Bandut nama gelarannya yang aku bagi dan menjadi ikutan oleh staff2 di situ. Bukan sembarangan nama sebab tu aku rujuk pada kamus dewan dulu...kalau nak tahu pe maknanya kena selak kamus yer...
Bos kitaorang ni sebenarnya jeles sebab tak ada sape nak layan perangai dia yang miang tu jadi dia lepaskan kemarahan dia pada kitaorang staff2 part time iaitu aku, dia dan Hidayah sorang lagi budak yg same minat macam aku iaitu buat cerpenlah. Ada aje yang tak kena pada mata dia tu..pantang nampak kami berdiri dekat pasti dari jauh dia jerit nama salah seorang dari kami lepas itu soh buat itulah inilah asalkan kami tak berkumpul. Kalau terjerit2kan memalukan staff dan dia juga macamlah kitaorang makan gaji buta tapi syukurlah aku tak pernah kena macam tu.
Arahan biasa adalah nak buat macam mane kena tahan telinga ajelah. Sudah tu pemalas nak buat kerja, semua kerja yang sepatutnya dia buat supervisor kitaorang yg kena. Kalau tak nanti pihak pengurusan akan mengomel. Kesian Sv kitaorang, Kak Midah. Ramai staff yg berhenti sebab tak tahan dgn perangai bos yg tak betul tu namun akhirnya bahagia datang juga bila dia sibuk melobi untuk dinaikkan pangkat dan diterima. Amin...lega boleh tarik nafas sebab semua menyampah dgn cara kerja dia.
Cuma yg tak best ramai rakan2 yg sekepala dgn aku berhenti dgn macam2 alasan. salah seorangnya ialah kawan aku ni yang katanya nak sambung belajar tapi kemudian pergi kerja pula. Sekarang ni dia berkerja si KWSP di PJ tu. Kini hanya aku, dia dan Dayah aje yang selalu berhubungan memandangkan yg lain dah hilang jejak. Selalu juga kitaorang bersms sekadar berbasa-basi tanyakan hal2 biasa.
Selamat ulangtahun yang 24 pada 22 Jun 2009 ini. Betul kan? Kita sebaya cuma berbeda pada bulan sahaja. Maaf banyak2 sebab tak dapat menghadirkan diri pada majlis perkahwinan abangnya di Seremban pada 13 Jun lalu. Jauh sangat kalau dekat KL ni, Insyallah akan diusahakan. Tapi tak mengapa kalau dia yg naik pelamin nanti macam mana jauh pun akan tetap diusahakan agar berjaya sampai di majlis tu ek....Jangan lupa janji pasal gambar video tu yer bila dah tiba masanya nanti...kira freelah sebab kitakan member hahaha....
Sekali lagi SELAMAT ULANGTAHUN YANG KE-24 buat rakan, kawan, teman dan sahabat aku, HAIRUL IZWAN BIN HASNAN. SEMOGA PANJANG UMUR, DIMURAHKAN REZEKI DAN CEPAT2 DAPAT PASANGAN HIDUP YANG SEKUFU. Itu doa daripada seorang sahabat untuk sahabatnya dan begitulah sebaliknya....
Salam ukhuwah berpanjangan,
NORREHAN @ REHAN
(14 JAN 2010, jgn lupa tau!)

No comments: