Saturday 20 June 2009

KENYATAAN MEMANG MEMERITKAN

Amboi tajuk entri bukan main lagi kan...tapi hakikat itu tak dapat dinafikan juga. Ada betulnya seperti yg berlaku pada aku sekarang, lewat waktu ini bersama seseorang. 'Hubungan' yg bermula secara tidak disengaja telah membuka satu lembaran persahabatan antara aku dan dia yg sebenarnya ada ikatan lain yg pernah terjalin antara kami. Berbelit2 pula ayat aku ni tapi begitulah al-kisahnya.
Siapa sangka bumi di Allah s.wt. yg maha luas ni boleh pula dipertemukan dua orang yg sememangnya pernah bertemu di alam nyata yg mana kini dihubungkan pula di alam maya. Perbualan demi perbualan yg berlaku telah menyelongkar banyak rahsia hidup kami yg selama ini terkunci rapat. Perutusan sms yg berjela2 hampir saban hari telah memenuhkan peti simpanan mesej aku di telefon bimbit Nokia aku.
Namun langit tidak selalunya cerah dan bulan tidak saban malam menghadirkan diri di celah2 kepekatan malam bersama jutaan taburan bintang2. Semua yg berlaku adalah di bawah naungan kekuasaan-Nya. Pada pukul 3.21pg pada 2 Jun lalu telah menoktahkan segalanya. Dia telah memberanikan diri untuk menelefon aku manakala aku juga dengan beraninya ingin menjawab panggilan itu. Akhirnya salam bersambut dan bermulalah sebuah perbualan.
Masyaallah setelah mendengar suaranya itu aku seakan-akan kenal dgn dia tetapi aku teruskan juga perbualan itu. Selepas itu aku jarang menerima sms darinya lagi dan aku juga hanya sesekali mengirimkan sms padanya. Aku rasa sekarang waktu yg sesuai untuk membiarkan keadaan menjadi seperti sedia kala seperti mana sewaktu aku tidak mengenalinya lagi. Oleh itu, entri ini khas buat sahabat maya aku yg mungkin tidak akan menghantarkan khabar berita untuk aku lagi selepas ini.
Jadi inilah peluang terakhir sebelum hubungan persahabatan ini dilenyapkan bersama peredaran waktu yg berlalu pergi membawa bersama sejuta kenangan yg mungkin terindah antara kami. Salam dari kejauhan untuk aku, N kepada sahabat aku M.
Ps: semoga apa yg awak baca dpt menjelaskan tentang siapa saya...semoga menjalani hidup dgn lebih bahagia tanpa mengenali lagi siapa itu N....salam ukhuwah yg tulus....ingat tagline awak huhuhuhuhu....:)
ada pesanan lg nih...:
1. Selamat Hari Bapa utk ayah awak yg tak pernah saya kenal tu...semoga panjang umur selalu
2. Sayang dan jaga nenek awak tu yer, tak dapatlah saya nak jumpa dia hikhikhik....
3. Semoga persahabatan awak dan Adham baik2 aje...lepas ni saya dah tak tanya pun pasal dia lagi hehehehe.....
4. Nanti kirim salam pada semua staff dulu yg kenal dgn kita yer....ble knknknknkn
5. Kalau nak jemput masa makan nasi minyak nanti alamat dh ada kat sini....hakhakhak
6. Nanti kalau cerpen yg kita buat tu berjaya kuar di malajah kita sms , bolehlah awak baca nanti...

Sekarang semua dah selesai jadi kalau ada salah silap ke terkasar bahasa semasa kita sms minta maaf yer...(harap2 diampunkanlah).....

Salam terakhir,
Rehanz

No comments: