Saturday 20 June 2009

KAMPUNG HALAMAN

Pastinya hampir semua orang ada kampung tidak kira jauh mahupun dekat. Yang penting kita semua memilikinya namun begitu ada juga sesetengah daripada kita memang tak mempunyai kampung sama sekali. Baik di sebelah mak atau abah.


Apa yang menariknya kalau ada kampung? Hmmm..tentulah best dapat balik kampung dan merasai suasana perjalanan pulang ke kampung yang dituju. Apatah lagi atuk dan opah yg sedia menanti kepulangan anak cucunya di rumah. Dapat bermanja2 dengan mereka selain menikmati suasan kampung yg memang tidak dapat kita peroleh jika berada di bandar2 besar terutamanya Kuala Lumpur yg semakin dicemari dengan pelbagai pencemaran alam.

Ada pula tu dusun buah-buahan, berjumpa sepupu sepapat dan sanak saudara yg lama tak berjumpa, boleh berkubang dan sungai dan juga berendam di air terjun. Pastinya menyeronokkan buat mereka yg mengalaminya. Seronok rasanya bila mendengar cerita tentang kengkawan yg nak balik atau pulang dari kampung. Riuh rendah dgn ragam cerita mencuit hati. Ada pak long, mak long, mak ngah, pak uda, mak teh,pak andak dan macam2 nama panggilan yg kita gelarkan pada mereka ni. Biar gegar gempita namun ikatan kekeluargaan yg terjalin mengerakkan persaudaraan itu.


Kenapa tiba2 sahaja aku sibuk cerita pasal kampung padahal bulan pose pun lambat lagi kan... Sebenarnya sebilangan rakan sekerja aku dan teman maya aku sibuk cerita pasal kampung nak balik kampunglah bahkan ada juga yg baru sahaja pulang dari kampung membuatkan aku terpisat2 seketika.

Aku sejak lahiriah lagi memang tak punya kampung selain tempat tinggal aku sekarang ni Kampung Pandan yg dok di tengah2 bandaraya Kelumpo ni. Bila masa nak raya sedihnya rasa hati mengenangkan keluarga awak ni yg tak ada kg so nak balik ke mana. Duduk ajelah kat rumah dan jiran2 pun banyak yg dah balik kg, bak kata orang kalau nak tido kat jalan pun boleh sebab terlalu sedikit kereta kat atas jalan tu...


Apa lagi nak bermanja2 dgn atuk dan nenek sesuatu yg tak pernah aku miliki lagi pula semua mereka sudah dijemput Ilahi. Bermula arwah nenek sebelah ibu pd 1988 sewaktu aku berusia tiga tahun kemudian arwah nani pd 1996 (kalau aku tak silap ingat) dan nana (panggilan org Pakistan) pd 1997. Jadi kasih sayang mereka yg kudambakan mungkin terlalu sedikit untuk aku kenangkan (kalau ada).

Jadi bila cerita pasal kg2 kadangkala aku rasa 'iri hati' pd mereka yg ada kg tambah2 pulak musim raya lagi berkembanga mekar dlm hati rasa sedih. Kalau aku tanya pd mak jawapannya senang aje. " besok kalau ko nak kahwin cari lelaki yg ada kg, bolehlah ko ada kg pula". Geram ada lucu pun ada tapi itulah kisahnya orang2 yg memang tak ada kg ni...cuma merasa jadi orang kg dua hari satu malam bila ada program anak angkat masa aku ikut Program Khidmat Sosial Negara di Kg, Parit 10 Timur, Sabak Bernam pd 2003. Alhamdulillah hubungan itu masih berterusan hingga kini dan dua tahun lalu aku membawa semua ahli keluarga 'yg aku ada sekarang' pergi beraya di sana. Dapatlah mak dan abah aku kenal dgn mereka semua di sana cuma abah angkat aku dah meninggal dunia pd tahun 2004 kalo tak salah.


Jadi pesan khidmat masyarakat kepada sesiapa yg ada kg, ada lagi atuk dan opahnya selalulah jenguk mereka di sana lantaran bukan wang ringgt yg mereka mahukan tetapi kehadiran kita di samping mereka. Selagi nyawa mereka masih ada zirahilah mereka dan bahagiakanlah mereka.

ps: Buat sahabat maya aku, M.S kalau awak baca entri ni...ada peluang lagi ke saya nak ikut awak balik kg..huhuhuhuhu:)

No comments: