Saturday 13 June 2009

HARI GURU 2009

Mungkin dah terlewat untuk ucapkan selamat hari guru tapi aku nak buat entri ni khas untuk guru2 yang pernah mendidik dan membimbing aku suatu ketika dahulu....walaupun ada di antaranya tidak lagi aku temui namun jasa dan pengorbanan mereka tetap bersama aku hingga akhir nafasku....

Dengan jasa yang terbalas itu aku tidak kisah memperuntukkan sedikit wang dan tenaga untuk memberikan sesuatu kepada guru2 aku menjelangnya sambutan hari guru saban tahun. Aku berasa puas andai mereka menerima dan menghargainya. Untuk guru2 wanita tahun ni hadiahnya istimewa sedikit kerana aku menghadiahi mereka dengan majalah yang telah
menyiarkan karya aku selama ini(ingat lagi gambar majalah yang sama di entri lalu)..
Penerima khas itu ialah:
Pn. Normah = guru Bahasa Melayu (2003/04)
Pn. Zainorraini = guru Bahasa Melayu (2001/02)
Pn. Maheran = guru K.Hidup (2000) & Ekonomi merangkap guru tingkatan (2003/04)
Pn. Rozita = guru Biologi (2001/02)
Ustazah Tuan Ruzana = guru Pend. Islam (2000)
Pn. Saadiah = tidak pernah mengajar aku tapi membantu aku secara tidak langsung semasa menyertai pertandingan mengarang cerpen sewaktu sekolah dahulu


Tidak lupa juga kepada guru2 yang lain iaitu:


En. Valusamy = guru Sejarah Tamadun Dunia/Islam (2003/04)
Pn. Vijaya = guru Bahasa Melayu (2000) & Sejarah Asia Tenggara/Malaysia (2003/04)
Pn. Maria Bee = guru Kimia (2001/02)
Pn. Ong Meng Seng = guru Sejarah (2001/02)
En. Shan = guru pusat sumber yg kamceng dgn group aku semasa di tingkatan enam




Tidak lupa juga buat mereka:
Pn. Rokmaa = guru Bahasa Melayu yang banyak menyokong pembabitan aku dalam program nilam dan penulisan


Cikgu Faizal = guru ganti darjah 2 Melur di SK Tun Hussein Onn yg tidak lagi aku temui. Dia sebenarnya selalu meminta aku menolongnya dan kemudian dapat upah...hehehe


Cikgu Safri = guru kelas semasa darjah 5 & 6 Tanjung tapi beliau masih lagi aku temui di tempat kerja aku namun sifat rendah diri menbuatkan aku 'malas' menemuinya. Maklumlah semua rakan sekelas aku berjaya dalam pelajaran dgn cemerlang sementara aku di tahap biasa2 aje...cuma yg aku tahu dia masih lagi ingat nama aku...tima kasih cikgu...


Cikgu Izuani = guru praktikal Bahasa Inggeris pd 2001 yg baik hati...selepas itu, aku ada menghubunginya melalui surat dan telefon. terakhir aku tahu beliau kini berada di Terengganu sekarang tidak tahu...


Sir Adzlan Baharuddin = guru Bahasa Inggeris semasa darjah 4,5, dan 6 malah beliau sanggup menangguhkan hasrat utk menyambung pelajaran semata2 untuk anak2 muridnya ini.tq sir


Dan kepada sesiapa yg namanya tidak aku semadikan di sini tidak mungkin aku melupakan kalian yg pernah merencahi hidup aku dgn warna2 ilmu yg pelbagai....sedikit atau banyak sama ada kalian ingat atau tidak,namamu akan sentiasa berlegar di ruang fikiran aku setiap kali 16 Mei menjelang tiba.....terima kasih untuk mereka semua....





No comments: