Friday 10 July 2009

MICHAEL JACKSON


Siapa yg tidak kenal dengan ikon yg popular di seantero dunia ini. Walaupun aku bukan peminatnya yg sering mengikuti perkembangannya namun pemergian beliau yg boleh dikatakan secara tiba-tiba sangat-sangat mengejutkan aku bahkan dunia juga.

Macam tak percaya saat diberitahu bahawa Michael Jackson telah mati pd pagi 25 Jun lalu. Rasa terkejut sangat walhal beliau kini sibuk menjalani latihan untuk mengadakan 50 buah konsert jelajahnya di Amerika. Pelbagai spekulasi mulai timbul dalam mencari punca kematiannya dan doktor yg bersamanya pd akhir hayatnya dilaporkan telah melarikan diri telah membuka lebih banyak ruang spekulasi tentangnya.

Keislaman beliau juga dipersoalkan kerana menurut laporan beliau telahpun memeluk Islam pd November lalu di rumah seorang rakannya. Bukan itu sahaja kini di mana-mana orang heboh bertanya di manakah kubur penyanyi sepanjang zaman itu akan disemadikan.

Bagi aku biar apa juga punca kematiannya, itu semua sudah suratan yg tertulis di dalam diari kehidupan seorang Michael Jackson dan itu yg harus kita terima sebagai ibubapanya, keluarganya, anak-anaknya, sahabatnya dan juga sebagai peminatnya yg bersepah-sepah di merata dunia ini.

Jikalau benar beliau kini seorang Muslim lebih baik kita sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau dan semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yg beriman...amin ya rabbal alamin.

No comments: