Tuesday, 25 January 2011

FILEM DI RUMAH : 3 1/4 FILEM

Apa yg 3 1/4 tu kan...alkisahnya kelmarin masa aku balik keje adik dgn akak tu sibuk tgk citer Damping Malam. Aku sampai rumah dalam 11 lebih tau2 dah nak habis jer citer tu....
Lepas tu adik aku pulak buka citer Magika yg aku tak sempat nak tengok kt panggung....best gak filem ni. Memang satu idea yg superb! Lagu2 dia pun banyak yg menarik

Tak cukup kita orang sambung satu lagi filem walhal esok aku keje paga (hari Senin)...boleh pulak sambung-menyambung kan...lambat bangun mesti abah aku bising...cotcet-cotcet (hehehe!). Aku tahu citer agak berani dgn pemakaian para pelakon wanitanya tapi kat luan tu ramai yg macam tu so biasa jer...tambahan pula ada adik praktikal tu dah tengok kat panggung dan citer kat aku macam mana kisahnya.
Tapi yang paling best dalam filem ni ialah tengok watak Ashraf Muslim jadi orang alim. Kat luar pun korang tentu tahu dia belajar ilmu agama di Darussyifa milik Dato' Harun Din. So watak dia memang terkesan di hati aku dan adik aku. Soooo sweeeeetttt.....rasa nak tengok lagi citer tu. Watak yg lain tu Farah, Liana dan Diana pun tak kurang hebat. Beruntungnya kalo dapat calon ...... yang macam tu kan...kan....kan.... walaupun beragama dia tak lah kuno dan kekampungan sangat.

Sweet kan...yg sebelah tu rasa nak lempang jer...huhuhu

Cuti-cuti cinta ni pulak baharu tengok malam tadi. Tak adalah best mana sangat pun dan bagi aku tak sesuai dijadikan filem kerana temanya sangat simple. Tak ada mesej pun yg nak disampaikan. Baik buat drama kat tv jer dari bikin filem. Nasi lemak 50 sen......tu jer yg disibukkan sebagai dialog.

Ngangkung pun dah tgk (panggung/rumah)...Rapunzel (betul ke tak yg kartun rambut panjang berjela tu) pun aku dah tengok...apa lagi yang tinggal untuk ditengok malam ni...

Monday, 24 January 2011

APA MASALAHNYE?


Aku tak tahu pompuan sekor ni macam suka cari pasal dengan aku...kalau dah silap tu diam jerlah...bukan pasal apa pun setakat surat khabar jer tapi mulut dia memang kurang ajar sesangat. Mungkin dia bengang aku ambil keje dia yang senang-lenang sebelum ni. Bolehlah dia makan gaji buta tiap2 bulan.(Ni sebelum rombakan bersama bos baharu). Udahlah aku ambil meja dia yang siap ada komputer lagi (utk unit tersebut) dia pulak kena dok bahagian depan jaga aduan. Kena tahan telinga dek maki hamun orang lain termasuk mereka yang sibuk nak tahu jawapan mengenai aduan tersebut.
Dulu masa sorang pegawai minta minit mesyuarat dia sibuk tanya aku. Aku cakap ada atas kabinet CC (ketua kerani yg kebetulan MC) dia mati-mati kata tak ada. dia muka kurang ajar dia tu...udahnya aku gi cari kat situ nah ada pun...dah aku kata atas kabinet carilah kat situ yang bangang gi cari tempat lain tu sape suruh!
Lepas dah bagi kepada pegawai tu aku pun sound gak.." ni ada pun atas kabinet tu...tak cari elok2 memanglah tak jumpa". Rasanya dia dengar dan mulai dari situ dia macam anti dengan aku...satu kes kita orang sebagai kerani kena bergilir-gilir jaga kaunter bila time aku dia suka2 jer nak jerit "sapa jaga kaunter"! Aku tahulah turn aku yang jaga bukan aku duduk goyang kaki pun...aku gi fotostat kat belakang je.
Ada lagi masa tu CC masuk hospital (masa mula2 mengandung) dan sume keje dia aku yang tanggung secara percuma (ni satu hal) lepas tu sume benda nak tanya aku waima borang cuti pun nak tanya. Melampau sungguh dorang ni! Korang yang lagi lama keje kat sini aku pulak yang korang tanya. Manjakan sangat semua sanggup sampai dorang naik lemak. Sendiri nak cuti nama bos tak kan tak boleh nak tulis sendiri kot! Tangan ada dua2 belah bukan cacat pun! Lepas tu longgok atas meja CC tu!
Ingat aku ni tak ada keje lain ker...nak key-in surat yg berlambak2 aku nak buat. Itu belum lagi surat yang dah diminitkan oleh Pegawai utk diserahkan kepada kerani pun aku nak key-in semula (nak elakkan surat hilang). Lepas tu nak jaga kaunter (bila giliran), nak jaga appointment bos lagi...meeting sana sini sape pegawai yg hadir, nak cari rekod surat dari mana ke sape..borang cuti, tempahan kenderaan, inden minyak, kad touch n go...kalo akak sorang tu cuti ke MC lagi beribu-ribu lemon keje. Nak cop surat lagi...kalo urgent kena settle cepat2...sampai naik letih dibuatnya tiap2 hari. Sikit2 Rehan sikit2 Rehan dorang lagi malas nak ambil tahu. Mentang2 aku rapat dgn CC ingat aku tahu semua benda ker!!!
Ada tu bila aku kata 'borang cuti ada kat tempat saya nanti saya bagi'. Aku rasa dia pekak kot sebab bila akak yang lain cari dan borang tu ada dia nak salahkan aku. Aku mana tahu borang tu ada kat situ! Sebelum itu ada yg bagitau aku kata tak ada jadi aku pun bgtau benda yang sama. Yang orang tu okey jer bila aku kata nanti aku bagi. Bukan salah aku sebab yg mula2 tengok kata tak ada.
Boleh pulak mulut dia membebel kata:
"Kak .... tak sukalah kalau orang berkira-kira kerje ni. Tak boleh nak bertolak ansur' Wak luuuuu........ doa aku berkira! Kalau berkira aku tak nak buat keje CC ni lebih baik aku dok relax sebab keje aku dah siap. Dia tak sedar diri kerana dia tu sebenarnya yg berkira kerja sebab bila orang lain tanya "Kak .... tak tahu ni sebab bukan bahagian Kak... @ Kak .... tak boleh nak tolong sebab Kak ... tak tahu"
Ko kan pegawai atasan (sebenarnya tak atas mana pun) cubalah tolong ni baharu tengok surat dah kata tak boleh...pastu relax kat tempat dia berborak2 sakan. Hari tu bos soh dia wat keje hah kelam-kabut dibuatnya. Tu kali pertama aku tengok dia sibuk semacam, macam cacing kepanasan sebab benda itu nak cepat. Melilau sana sini cari j/teknik nak kan laporan...
Aku sebenarnya tak nak tulis pasal benda ni tapi rasa sabar tu dah sampai tahap maksimum. Tak boleh nak sabar lagi...ni naseb baik kat blog (tak ramai yg tahu pasal blog ni) kalo dekat fb lagi teruk jadinya kan! Aku bukan nak cari gaduh dengan kau pun jadi apa masalahnya! Bukan aku jer dengan drebar yg dah tua pun ditengkingnya (masa aku mula2 keje) dan k/tgn lain pun dah masak dengan mulut kurang ajar dia tu. Aku tak tahulah macam mana tunang dia boleh tahan. Entah2 dengan tunang dia lembut gigi dari lidah + pijak semut pun tak mati + alim-alim kucing. Nah ambik kau!!!!
~rasanya dh panjang sangat aku membebel kat sini...huh lega sikit. Sebenarnya aku nak tulis pasal lain tapi si bongok dah kacau feel dan mood aku hari ni...harap2 petang nanti aku boleh bergelak ketawa semula....amin

Friday, 21 January 2011

NAK BUAT SEMUANYA...

Alhamdulillah majlis yg aku rancangkan telah berjalan dgn lancar..penat? Tak berapa nak penat sebab urusan banyak aku bg kepada mak dan angah untuk uruskan. Aku kuarkan bajet jer...(sikit mak aku tambah sebab mak yg nak order lauk sotong dgn tapai) hahaha...kawan2 hmmm tak ada yg datang disebabkan dorang pun hal...tak apalah nak buat macam mana kan....gambar dah ada cuma mood nak muat naik gambar tak ada lagi...
Ada beberapa perkara yg berlegar dlm kepala aku nih...nak buat itu, ini, nak kemas sana punggah sini susun situ tapi tak buat-buat pun. Semangat dan niat tu dah ada tapi bila leka lama2 jadi letih + ngantuk + malas = tidur!! Apa kes?...Udahlah awak tu tak bnyk masa kat umah kan....asyik keje, keje dan keje keje jek....
Apa yang aku nak buat....antaranya:
1) kemas meja opis sebab bnyk barang berharga aku kena simpan kunci lemari xder...mcm mane tu...kamera 3 buah dgn memori kad + bateri, kad utk drebar, kad touch n' go, barang utk scanner...ish3..tak patut aku yg kena simpan walhal org lain yg sepatutnya buat.
2) nak kemas koleksi buku2 lama kat blkg (...pilih jer kat dapur, dlm almari mak, dlm lemari aku, bawah katil, atas almari semua tempat ada). Masalahnya kalau aku yg kemas memang tak cukup sehari semalam mahu seminggu nak kemas siap nak belek satu persatu eh...teringat pulak kenangan dolu2...
3) kemas koleksi 'harta benda' yg dah tak ada tempat nak simpan (dr koleksi key-chains, bookmarks, gelang (ni tak bnyk pun lagipun bukan aku pakai pun), button badges, dompet2 kecik, setem, kipas tangan, pen/pensel yg cantik pd pandangan aku lah), stickers, dll barang kraftangan. (penat nak senaraikan!)
4) sempurnakan hasil karya aku yg bersepah2 (dlm h/phone, buku nota, helaian kertas dan dlm kertas kecil pun ada) tak kiralah puisi ker cerpen ker manuskrip novel ker...
5) taip sebuah catatan perjalanan yg gambarnya pernah aku letakkan di dalam blog ni tanpa catatannya...rasanya nak masuk tahun ketiga kot dari tarikhnya....
6) cari kotak/ bekas nak simpan gajet2 yg aku ada...alah tak banyak mana pun...setakat (hard disk, pendrive, kamera, laptop, memori kad segala tu...) sebab sekarang satu kat sini dua kat sana kat sinun...)
7) beli novel baharu (ada tiga empat buah yg dah dlm perhatian) dan baca! Bukan beli dan simpan!
8) kuar dgn member (ni masih dlm perancangan sebab dia nak kuar hari Senin masa hari berkerja tapi jadual aku tak izinkan kecuali hari Jumaat jer). Tengoklah macam mane nanti....last jumpa dia pun setahun yang lalu masa kawan kita orang kahwin...(kalo dia tak kawen mesti tak jumpa huhuhu!!!)

Thursday, 13 January 2011

DAH 26....HAPPY BIRTHDAY TO ME!

Hehehe ni bukan kek besday aku...tapi kaler dgn nombor tu dah sama dah..... Aku cilok ket internet...sebab kek besday aku tak de lagi...(macam nak ada jer?) Tahun lepas aku buat goody bag bg kat budak2 tapi tahun ni rasanya nak buat lain sikit. perancangan dah ada dalam kepala ni sejak pertengahan Dis 2010 lagi cuma tak nak excited takut xjadi (sebab selalu kuarga aku kalo dah rancang awal sampai masa nanti ada jer benda yg halang...macam masalah lain plak datang. Contohnya masa ulang tahun aku yang ke-22 yg mana aku dgn adik aku sakit teruk)...
Tapi masalahnya kena gak rancang kalau nak benda tu jadi...keje part time pun ak dah apply cuti. Udahlah tahun lepas nak pose tak dapat harap2 tahun ni dapatlah aku pose sebab kata Ustazah Siti Nor Bahyah seelok-eloknya kita berpuasa pada ulang tahun kelahiran kita...
Nanti kalau benda yg aku dah rancangkan berhasil jadi kenyataan aku akan citerkan kat entri yang lain...amin....minta2 jadilah....kat bawah ni kek utk kawan baik aku masa sekolah (still contact lagi) sebab tarikh lahir kita orang sama!!! Apa lagi yg sama yer...setakat kali terakhir aku jumpa dia dah pakai spek mata, umo sama (ada gak tarikh sama tahun lain kan...) dan kita orang still.....enjoy our life with family and friends....ala kira single mingle lagi ler. So ni wish utk dia...
I waited another 365 days, just to say...........HAPPY Birthday!
to my friend, NUR HAMIZAH BINTI MADI.
It's our day b'coz we share the date!!!
lawa kan...




Life gives birth to happiness

Clouds give birth to tantalizing droplets of rain;
pacifying the murderous agony of scorching desertsands,
Rose gives birth to stupendously ravishing fragrance;
casting a spell of unconquerable happiness in thoselives;
deluged with horrendous despair,
Sun gives birth to magnificently flamboyant rays;
filtering a path of profuse optimism in every space;
tottering towards helpless extinction,
Soil gives birth to rhapsodic fountains of fruit and water;
ensuring that none remained disastrouslyfamished;
for centuries immemorial,
Ocean gives birth to tantalizingly tangy globules ofsalt;
inundating drab existence with cloudbursts ofspice and insurmountable poignancy,
Stars give birth to an incredulously serene calm;
miraculously metamorphosing the complexion of theghastly night;
into one shimmering with milky pearls,
Leaves give birth to exuberantly fluttering breeze;
enveloping dreary souls in its ebulliently vociferousswirl;
as it merrily whipped by,
Benevolence gives birth to invincible humanity;
incessantly reigning as the supreme leader;
even asthe planet entangled in webs of lechery and salaciousmalice,
Freedom gives birth to the innermost expression;
themesmerizing fulmination of a persons senses;
which propels him to blissfully lead an infinite more lives,
Mother gives birth to the perpetually divine;
theimmaculately wailing offspring for which;
God’sspecially descended down from fathomless cosmos tobless,
Truth gives birth to harmonious unity;
organisms fromall across the unfathomable planet;
embracing eachother irrespective of prejudice;
caste or creed,
Honesty gives birth to intransigent conviction;
anastronomical within the most feeble of entities;
tocatapult to the pinnacle of ultimate success,
Fantasy gives birth to turbulently seductive desire;
relentlessly exploring and absorbing the unsurpassablebeauty lingering on this planet,
Perseverance gives birth to glorious rays of newness;
evolving and achieving even the most inconspicuous ofyour philanthropic dream;
as golden perspirationtrickled under the sweltering Sun,
Faith gives birth to the incomprehensiblyunbelievable;
with man successfully shooting to thesummit of the impossible;
uttering the name of theentity he adored,
Conscience gives birth to irrefutable righteousness;
which the even the entire wealth on this spuriouslybombastic world;
miserably failed to purchase,
Eyes give birth to profoundly caressing empathy;
wholeheartedly commiserating and bonding;
with eventhe most remotest of alien in devastating pain,
Love gives birth to indispensably precious survival;
the everlasting spirit to celestially exist;
beyondones ordinary time,
And life gives birth to perennial happiness;
anunconquerably sacred joy and bliss that makes eachbirth;
exist in symbiotic synergy with the bountifullydivine…
org yg buat poem ni....
Nikhil Parekh

Sunday, 9 January 2011

KALO DULU2 DAH ADA MUKABUKU

MUKABUKU?
Apa tu?
Alah... FACEBOOK...


Takkan tak tau kot...glamer skrg ni sana sini sinun orang dok berfacebook termasuk aku cumanya aku wujudkan facebook ni utk cari kengkawan lama jer...


Nak tau perkembangan dorang sebab bila aku tgk ada yg dah bertunang, dah kawen, ada anak, kerja hebat, dok luar negri, graduan luaq negri pun ada gak, dari kecik jadi kembang sumenya ada kat situ kan...setuju tak....kat situ gak jadi tempat utk hantar jemputan kawen memandangkan harga setem dah mahal kat situ lagi cepat dan murah. Nak buat reunion pun bincang kat situ...tak main sms lagi dah...(kwn akulah yg sibuk tanya pasal reunion padahal masa dorang buat utk pertama kali 'haram' nak ajak aku...walaupun blok kita org seberang jalan...adik dia berkawan dgn adek aku...ni nak marah nih...tak kiralah kawan sekolah rendah ke menengah ke sama jerk!!!)


Aku ni kira dah lewat nak nak berfacebook lagipun bukan selalu aku check facebook. Kat tempat keje dah kena blacklist...harap kat umah jer tapi bila aku buka laptop bukan online pun...main game jer...so selamat membaca contoh2 'perbualan' yg mungkin wujud kalau Mark Zuckerberg lahir pada zaman dorang orang...hahaha




Saturday, 8 January 2011

SAMA TAPI TAK SERUPA

Disebabkan aku minat sangat dgn Puteri Diana ni dan baharu nak minat kat Kate Middleton ni, jadi masa dorang umumkan pertunangan keluarlah banyak gambar dan cerita kat internet pada si Kate nih...pastu ada plak gambar2 yg menunjukkan persamaan antara Puteri Diana dgn Kate ni dari segi dorang berpakaian...sekali pandang memang ada persamaan. Mungkin juga dia akan dibayangi oleh puteri yang mendapat tempat di hati rakyat seantero dunia sejak dulu lagi... sama2 kita nantikan sambil tunggu perkahwinan paling hebat dan meriah abad ini dr mereka berdua (mungkin sama meriah masa Diana kahwin dgn org tua bodoh tu!!)- aku tak suka si Charles dan bini dia yg tua tu..





Friday, 7 January 2011

ARTIKEL AGAMA: INILAH CARAKU MENCINTAIMU


Buat kekasih anda, andai dirinya bukanlah insan yang baik…. agar dia mengerti, cinta bukan bermaksud keluar berdua-duan, cinta bukan bermaksud serahkan segala jiwa dan raga, cinta juga bukan bermaksud perlu bersama dalam keadaan maksiat dan haram.. CINTA itu mulia, mengertilah akannya, lakukan dengan cara yang betul, bila sampai masa dan jodohnya, kalian akan HALAL dalam cinta~~ PakarCinta, Motivator Cinta.
 

 
Kekasihku sayang..!!!
Mungkin aku memang tidak romantis.
Mungkin aku memang tidak mampu membelikanmu bunga.
Atau mengajakmu jalan-jalan di pinggir pantai yang indah.
 
Atau mungkin tidak mampu memberikanmu puisi indah.
Maafkan, kamu benar, itu memang bukan gayaku.
Dan sesungguhnya aku tidak mampu melakukannya.



Aku mencintaimu dengan caraku sendiri.
Entahlah kalau kamu sedar ataupun tidak.
Aku mencintaimu dengan mendoakanmu di setiap sujudku.
Kerana aku tahu betul, kau jarang menghadap tuhanmu.
 
Aku mencintaimu dengan cara mengerti bahawa kau jarang benar solat.
Maka aku ajarkan dirimu bagai mana mencari bekal akhiratmu.
Aku tahu kamu tak pandai mengaji, walau kau seorang muslim.
 
Aku mencintaimu dengan cara sendiri.
Mengajakmu mengenal syurga yang abadi.
supaya kamu tau, kelak kita akan bersama di sana.
 
Aku mencintaimu dengan cara setia padamu.
Saat kau pergi jauh dariku aku masih menyimpan semua tentangmu.


Aku tahu, hal tersebut memang tidak ada romantis-romantisnya.
Untuk itu, aku minta maaf padamu.
 
Tapi, begitulah caraku mencintaimu.
Aku Berharap, kau mengerti.
Dan kau mampu Memahamiku
Dalam setiap langkahku…..
Kerana Aku Mencintaimu Kerana ALLAH
 
Diam,itulah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap kesucian agar hatiku dan hatimu tak terbesit oleh nafsu.
 
Diam, itulah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap ketaqwaan agar fitrah itu tidak membuat Rabb ku cemburu padaku.
 
Diam, adalah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap syafa’at agar selamat di dunia dan di akhirat-Nya.
 
Diam,adalah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap keredhaan-Nya agar Allah tidak membenci perilaku kita.
 
Diam,adalah caraku mencintaimu kerana-Nya.
Mengharap keikhlasan agar Allah berikan balasan yg indah bagi para pemelihara kesucian.Aku tidak marah, aku tidak cemburu kerana kau bukan hakku, Kadang memang kelemahan sebagai manusia biasa aku, ada sedikit cinta di hatiku utkmu.Yang ingin agar kau tau. Tapi sekali lagi kau milik Allah bukan miliku.jadi biarkan cinta ini ku pendam dalam hatiku. bila ada siraman Redhaanya kita kan bersama dan bila tidak,aku yakin akan ada bibit yang lebih baik dari- Nya.. jadi walau aku cinta aku putuskan utk diam, biarkan Allah yang maha Kuasa mengatur-Nya.Semoga tulisan sederhana ini bermanfaat bagi Anda.  Mohon maaf bila ada kata-kata yang kurang berkenan.
 



Dipetik dari: Ayat-Ayat Terindah

Thursday, 6 January 2011

ARTIKEL AGAMA: BOLEHKAH BERCINTA DENGAN SUAMI ORANG?


Saya telah terlanjur mencintai si dia. Walaubagaimanapun, hubungan kami menghadapi banyak rintangan kerana si dia ialah suami orang. Apakah pandangan Pakar Cinta tentang hubungan kami.


Jawapan:
Cinta tidak mengenal siapa, harta, atau rupa. Memang semua jodoh dan ketentuan itu di tangan Yang Maha Esa, tapi kita sebagai hambaNya harus mendoa agar jodoh yang diberikan itu dapat membimbing kita kearah kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Bukan apa, saudari terdapat banyak halangan apabila bercinta dengan suami orang ini. Di bawah ini Pakar Cinta akan berkongsikan 10 sebab kenapa kita dilarang bercinta dengan suami orang.
 1. Si Dia Tidak Akan Berani Membuat Sebarang Komitmen Dengan Kamu
Seorang lelaki yang tidak bahagia dalam rumah tangganya akan pasti terasa amat gembira dengan kehadiran kamu apatah lagi dia terasa dirinya diberi sepenuh perhatian yang mungkin tidak diperoleh dari isterinya sendiri.
Pasti saban masa dia akan melahirkan rasa bahagianya berada di sisi kamu. Ini mungkin kelihatan seperti komitmen terhadap masa depan kamu. Tapi, percayalah itu hanyalah kata-kata manis sekadar untuk mendapatkan cinta kamu saja!
2. Sanggup Menipu Isterinya
Sikapnya yang tak jujur terhadap isterinya sendiri sudah cukup untuk dijadikan bukti jelas kepada kamu sikap sebenar si dia yang tak jujur. Dia sanggup mencari hiburan di luar rumah apabila mendapati ada masalah atau perkara yang tidak memuaskan hatinya di rumah, tanpa cuba untuk mengatasi masalah itu.
Tambahan pula, kamu menjadi punca sebenar si dia menipu kepada isterinya. Ingat, si dia mungkin akan mengulangi sikap menipu ini terhadap kamu apabila kamu berdua menghadapi masalah dalam perhubungan kamu kelak.
3. Hubungan Secara Sulit
Merahsiakan sesebuah perhubungan itu sememangnya suatu perkara yang meletihkan. Melibatkan diri di dalam perhubungan sulit seperti ini akan membuatkan kamu kehilangan keyakinan diri kerana kamu akan ketinggalan dalam pelbagai aspek perhubungan yang indah.
Kamu tidak boleh berjalan berdua-duaan dengan bebas dan bangga. Ini kerana kamu akan sentiasa diselubungi oleh perasaan takut dan bimbang. Takut orang lain terlihat kamu berdua-duaan lalu mengadu kepada isteri si dia. Mati kamu kena serang!
4. Lelaki Lebih Beruntung
Apa yang dimaksudkan di sini, dia dianggap lebih bertuah dalam masa yang sama tetap mempunyai sebuah keluarga yang akan tetap menyayanginya. Sebaliknya dalam diam kamu pula yang mengalami ‘kerugian’ kerana terpaksa berkongsi kasih dengan keluarganya yang sah.
Bayangkan, kamu tidak boleh menemaninya ke majlis-majlis formal kerana sudah pasti dia akan membawa isterinya. Kamu hanyalah sebagai teman di kala ingin mengubat kesunyian atau mencari hiburan jika ada masalah di rumah saja! Kamu kena ingat, mereka boleh berkahwin lebih daripada empat!
5. Mampukah Kamu Mencintainya?
Persoalannya, apakah kamu masih sanggup menersukan perhubungan dengan seorang lelaki yang tidak jujur dan tidak hormat kepada isterinya? Dengan menjalinkan perhubungan secara sulit dengan kamu sudah jelas menunjukkan bahawa dia menganggap perempuan mudah untuk dipikat dan diperlakukan sewenang-wenangnya.
Jika dia benar-benar menyayangi dan jujur dengan isterinya, sudah pasti dia sanggup berterus-terang. Alasan untuk tidak melukai hati isterinya bukannya alasan yang kukuh memandangkan dia sememangnya sudah melukai hati isterinya di saat dia menjalinkan hubungan dengan wanita lain!
6. Si Dia Akan Hilang Hormat Terhadap Kamu
Jangan terkejut! Walaupun dia yang jatuh cinta pada kamu dan menarik minat kamu, di dalam hati lelakinya dia pasti akan pandang rendah terhadap wanita seperti kamu yang mudah terpedaya dengan kata-kata lelaki sepertinya.
Siapa tahu, mungkin pada awalnya dia sekadar nak “test market” saja. Tak sangka pula kamu benar-benar terpikat. Lelaki pula, mana yang sanggup menolak tuah kan? Dalam keadaan seperti inilah yang selalunya akan timbul soal dipermainkan.
7. Pemusnah Rumah Tangga Orang Lain
Ingat ! Sebagai wanita, kamu seharusnya lebih memahami perasaan dan naluri kaum sejenis kamu. Dengan menjalinkan hubungan dengan suami wanita lain, menunjukkan bahawa kamu tidak menghormati hak kaum kamu sendiri.
Bayangkan jika hak kamu diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain? Sebaliknya ada pula yang sanggup berkomplot dengan si lelaki untuk menipu isterinya. Ingat, jika hari ini kamu mengambil hak orang lain, tak mustahil orang lain pula akan mengambil hak kamu suatu hari nanti! Renungkan!
8. Kamu Menipu Diri Sendiri
Si dia sentiasa mengucapkan kata-kata manis pada kamu tetapi masih tidak menamatkan perhubungannya dengan isterinya dan pada masa yang sama masih tidak memulakan perhubungan yang sah dengan kamu. Inilah yang dikatakan sebagai “Action that speak louder than words” (pandai cakap tapi buatnya tidak!)
9. Berwaspadalah Dengan “Boomerang Kesalahan”
Kebanyakan orang tak kira sama ada wanita tau lelaki mempunyai sikap sukar untuk bertanggungjawab terhadap keputusan dan tindakan yang mereka lakukan secara terburu-buru.
Manusia lebih mudah untuk mencari kesalahan orang lain daripada menanggung malu. Jika perbuatan si dia diketahui oleh isterinya atau saudara-mara, jangan terkejut jika dia menyalahkan kamu lalu membuatkan kamu terpaksa menanggung segala derita.
Haiiiii.. Kasih ke mana, sayang ke mana. Tinggal kamu seorang yang menderita !

10. Masa Itu Emas! Dan Kamu Tidak Sepatutnya Mensia-Siakannya
Hubungan dengan lelaki yang telah berkahwin boleh berlanjutan selama beberapa tahun. Sedar tak sedar, usia kamu semakin meningkat. Apabila kamu sudah tua baru kamu sedar yang kamu terjerat dan tak boleh melarikan diri lagi.
Jika boleh melarikan diri pun, kamu sudah tidak tahu apa yang patut kamu lakukan. Terasa begitu lama kamu mempersiakan zaman muda kamu menjalinkan hubungan yang TAK BERMAKNA!
 Renung-renungkanlah sejauh mana kebenaran di sebalik apa yang cuba disampaikan. Moga boleh dijadikan panduan pada kita semua. Khususnya wanita. :-)
Sumber: PakarCinta.com

Wednesday, 5 January 2011

ISLAMIK: SAME2 KITA RENUNGKAN....

nak cakap lebih2 pun kita cermin diri sendiri dulu kan cuma aku nak kongsikan perkara ni kepada korang utk renungan kita bersama.....semoga akan ada perubahan yang baik di awal2 tahun 2011 ni kan....

Tuesday, 4 January 2011

ISLAMIC QOUTES & ARTIKEL AGAMA: HAJAR ASWAD, HAJI & MISTERI KAABAH

HAJAR ASWAD










Hajar Aswad adalah batu hitam yang terletak di sudut sebelah Tenggara Ka’bah, iaitu sudut dari mana Tawaf dimulai. Hajar Aswad merupakan jenis batu ‘RUBY’ yang diturunkan Allah dari syurga melalui malaikat Jibril. Hajar Aswad terdiri dari lapan keping yang terkumpul dan diikat dengan lingkaran perak.

Batu hitam itu sudah licin kerana terus menerus di kecup, dicium dan diusap-usap oleh jutaan malah milion manusia sejak Nabi Ibrahim a.s, iaitu jamaah yang datang ke Baitullah, baik untuk haji mahu pun untuk tujuan Umrah.

Hadist Sahih riwayat Imam Bathaqie dan Ibnu ‘Abas RA, bahawa Rasul SAW bersabda:
“Allah akan membangkitkan Al-Hajar (Hajar Aswad) pada hari kiamat. Ia dapat melihat dan dapat berkata. Ia akan menjadi saksi terhadap orang yang pernah memegangnya dengan ikhlas dan benar”.

Hadis tersebut mengatakan bahawa disunatkan membaca do’a ketika hendak istilam (mengusap) atau melambainya pada permulaan thawaf atau pada setiap putaran, sebagai mana, diriwayatkan oleh Ibnu Umar RA. Artinya:
“Bahawa Nabi Muhammad SAW datang ke Ka’bah lalu diusapnya Hajar Aswad sambil membaca Bismillah Wallahu Akbar”.

ASAL – USUL HAJAR ASWAD
Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Ka’bah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Ka’bah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk.

Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail mahu membinanya dengan meninggikan bangunannya dan mengangkut batu dari berbagai gunung. setelah bangunan Ka’bah itu hampir selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasa kekurangan seketul batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.

Nabi Ibrahim berkata pada Nabi Ismail, “Pergilah engkau mencari seketul batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia.”

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik.

Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, “Dari mana kamu dapat batu ini?”

Nabi Ismail berkata, “Batu ini kuterima dari yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril).”

Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di Ka’bah disunnahkan mencium Hajar Aswad.


Perhatikan Rahsia Besar Yang Tidak Pernah Kita Bayangkan Sebelumnya

1. Satu riwayat Sahih dinyatakan: “HajarAswad dan Makam Ibrahim berasal dari batu-batu ruby syurga yang kalaulah tidak kerana sentuhan dosa-dosa manusia akan dapat menyinari antara timur dan barat. Setiap orang sakit yang memegangnya akan sembuh dari sakitnya”
Duhulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Ka’bah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a’alam.

2. “‘Barangsiapa menunaikan ibadah haji, dan ia tak berbuat rafats dan fasik, maka ia kembali (suci dan bersih) seperti anak manusia yang baru lahir dari perut ibunya.” (Muttafaqun alaihi).

3. Mencium hajar aswad pada masa menunaikan Haji Di Baitullah tidak dapat diwakilkan, Ia menjadi penyedut dosa tanpa kita sedari, alangkah beruntungnya orang yang boleh menyentuh, mengusap dan memegangnya.

Hadis Siti Aisyah RA mengatakan bahawa Rasul SAW bersabda:
“Nikmatilah (peganglah) Hajar Aswad ini sebelum diangkat (dari bumi). Ia berasal dari syurga dan setiap sesuatu yang keluar dari syurga akan kembali ke syurga sebelum kiamat”.

Akhir kata, Kita semua tahu jika Hajar Aswad hanyalah batu yang tidak memberikan mudarat atau manfaat, begitu juga dengan Ka’bah, ia hanyalah bangunan yang terbuat dari batu.

Akan tetapi apa yang kita lakukan dalam proses ibadah haji tersebut lebih baik kita niatkan sekadar mengikuti ajaran dan sunnah Nabi SAW.

Umar bin Khatab pun juga pernah mengatakan “Aku tahu bahawa kau hanyalah batu, kalaulah bukan kerana aku melihat kekasihku Nabi SAW menciummu dan menyentuhmu, maka aku tidak akan menyentuhmu atau menciummu”

Jadi apa yang dikerjakan berjuta juta umat islam, scientis muslim, dan orang -orang yang pandai bukanlah menyembah Batu seperti yang banyak dituduhkan kaum yang kerdil sekali akalnya.

Kerana ada rahsia besar dibalik setiap perilaku Nabi Muhammad saw dan sebab tentu saja apa yang dilakukan oleh beliau pastilah berasal dari Allah, sebagaimana yang terdapat dalam firmanNya :

“Dan tiadalah yang diucapkannya itu menurut kemahuan hawa nafsunya. Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan” (QS. An-Najm : 53 )
Allaaahu Akbar, tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Muhammad Saw adalah utusan Allah. Muhammad hanyalah seorang Rasul, Sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang Rasul.

Mulai saat ini mari kita cuba berperilaku sebagaimana Nabi Muhammad, mencontohinya dalam segala tindak tanduk, makan, minum, berpakaian, hingga tidurnya, sekalipun kita tidak mengerti rahsia besar di sebaliknya.

Wallahu’alam….

HAJI








Misteri Kaabah Yang Menggegarkan "NASA"




Neil Amstrong telah membuktikan bahawa kota Mekah adalah pusat dari planet Bumi. Fakta ini telah diteliti melalui sebuah penelitian Ilmiah.

Ketika Neil Amstrong melakukan perjalanan untuk pertama kalinya ke luar angkasa dan mengambil gambar planet Bumi, dia berkata, “Planet Bumi ternyata tergantung di kawasan yang sangat gelap, siapa yang menggantungnya ?.”


Para astronot telah menemui bahawa planet Bumi itu mengeluarkan semacam radiasi, secara rasmi mereka mengumumkannya di Internet, tetapi sayang nya 21 hari kemudian kandungan website tersebut hilang yang seolah-olah mempunyai alasan tersembunyi disebalik penghapusan kandungan website tersebut.


Setelah melakukan penelitian lebih lanjut, ternyata radiasi tersebut berpusat di kota Mekah, tepatnya berasal dari Kaabah. Yang mengejutkan adalah radiasi tersebut bersifat infinite ( tidak berujung ), hal ini terbuktikan ketika mereka mengambil foto planet Mars, radiasi tersebut masih berlanjut terus. Para peneliti Muslim mempercayai bahwa radiasi ini memiliki karakteristik dan menghubungkan antara Kaabah di planet Bumi dengan Kaabah di alam akhirat.





Di tengah-tengah antara kutub utara dan kutub selatan, ada suatu kawasan yang bernama ‘Zero Magnetism Area’, ertinya adalah apabila kita mengeluarkan kompas di kawasan tersebut, maka jarum kompas tersebut tidak akan bergerak sedikit pun kerana daya tarikan yang sama besarnya antara kedua kutub.

Itulah sebabnya jika seseorang tinggal di Mekah, maka ia akan hidup lebih lama, lebih sihat, dan tidak banyak dipengaruhi oleh banyak kekuatan gravitasi. Oleh sebab itu lah ketika kita mengelilingi Kaabah, maka seakan-akan diri kita di-charged berulang-ulang oleh suatu kuasa misteri dan ini adalah fakta yang telah dibuktikan secara ilmiah.



Penelitian lainnya mengungkapkan bahawa batu Hajar Aswad merupakan batu tertua di dunia dan juga boleh mengambang di dalam air. Di sebuah muzium di Barat, ada tiga buah potongan batu tersebut ( dari Kaabah ) dan pihak muzium juga mengatakan bahawa bongkahan batu-batu tersebut bukan berasal dari sistem cerekawala kita.

Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah SAW bersabda:
Hajar Aswad itu diturunkan dari syurga, warnanya lebih putih daripada susu, dan dosa-dosa anak cucu Adamlah yang menjadikannya hitam.

Sumber: www.lamankongsi.com