Thursday 15 December 2022

TRIP KE LANGKAWI - HARI KETIGA (30.10.2022) - BHGN 5 - HOTEL, KERETA KABEL, MAKAN STEAMBOAT & JALAN-JALAN

Lepas selesai aktiviti Island Hopping kita orang balik makan dan kemudian ke bilik hotel. Lepas tu dia orang nak pergi naik kereta kabel tapi aku dah letih dan sakit perut (uzur) jadinya aku tak nak pergi dan Kak Yam pening kepala. Kak Tim pun uzur jadinya kita orang tak nak pergi. Nak berehat dalam bilik hotel sahaja.














NAK BUAT BILIK HOTEL LAGI KOT KE DEWAN KAT SITU...


INI SAHAJA YANG PERGI NAIK KERETA KABEL TU






MAKAN STEAMBOAT

Malamnya kita orang pergi makan steamboat, aku dengan Kak Yam sahaja yang pakai dress sementara staff perempuan yang lain pakai seluar sahaja. Dress tu pula aku baharu beli dekat Kenanga (pergi dengan Mr.A dan Adik).







Banyak pilihan yang ada dan boleh ambil apa sahaja yang kita suka tapi aku tak ambil pun sebab tak minat sangat nak makan steamboat ni. Kalau tak dah lama aku pergi dengan Adik aku sebab dia dah lama ajak aku pergi makan steamboat tapi aku ni jenis makan cepat kenyang. Kadang tu sepinggan nasi goreng tu pun tak habis makan.

Kat sini aku dengan Kak Yam pergi ambil nasi goreng. Aku cuma ambil cendarawan sebab nak makan dengan kuah tomyam ke kuah apa yang pedas tu dan cuma tu sahaja yang aku ulang makan dan adalah rasa sikit ikan yang En.Zul bakar. Kambing bakar aku memang tak makan tapi Abang Man berselera sungguh makan kambing bakar.

Jadinya aku cuma makan nasi goreng, jagung rebus, keropok dan cendawan dengan kuah pedas tu cuma airnya sangat sedap dan kita orang (aku dan Kak Yam) ambil berulang kali. Satu sebab air tu sedap dan kedua sebab panas kan kat situ. Jadi cepat haus jadinya kerap ambil air dan kita orang cuma ambil air tu. Tak ingat campuran kelapa laut, biji selasih dengan apa entah.






NI LEPAS DAH HABIS MAKAN - AKU KONGSI DENGAN KAK YAM

JALAN-JALAN

Lepas makan, kita orang balik semula ke hotel dan masing-masing ikut haluan masing-masing sebab pagi esok dah nak bertolak balik ke KL. Aku dengan Kak Yam nak berjalan-jalan di sekitar kawasan hotel tu sebab ada banyak kedai dan restoran disekitar hotel kita orang dan ramai pengunjung yang lalu lalang di situ....malam masih muda kan!







Nak beli apa pun tak tahu, jalan-jalan sahaja lah. Kak Yam nak cari beg bulat rotan tapi ada kedai yang harganya mahal dan jalan lagi terjumpa dekat satu kedai tu. Baik beli daripada menyesal tak beli dan teringat-ingat bila dah sampai KL kan! 

Aku sendiri tak tahu nak beli apa untuk diri sendiri dan oleh-oleh untuk Mak dan Adik aku. Lepas tu aku masuk satu kedai sebab ingat nak belikan orang Mr.A seluar pendek tapi tak ada yang sesuai tapi aku jumpa sehelai seluar pendek untuk aku. Tengok macam boleh muat dan harganya RM10 saja. Harapnya aku muatlah pakai nanti kan! 

Dan lepas tu jalan lagi dan terpandang beg kecil yang comel. Adik aku kan memang suka beg macam tu dan Nurul kirim rantai kunci (keychain) tapi tak ada lah pula dan kalau ada pun mahal dan besar serta tak menunjukkan itu Langkawi pun dan hanya ada magnet peti ais tapi Nurul tak nak. Beg kecil tu Adik aku nak dan aku belikan ikut corak yang dia nak (video call).

No comments: