Friday 23 December 2022

20.12.2022 - BUAT PASSPORT ANTARABANGSA & HUJAN DI RUMAH

Sebenarnya aku dah datang ke UTC Pudu ni semalam dengan Adik aku tapi nombor dah habis! Pukul 10 lebih macam tu. Adik aku tana dekat pegawai yang bertugas kalau assport dah tamat tempoh dan hilang boleh buat secara walk in ke? Pegawai tu suruh datang besok sebab passport aku dah tamat tempoh. Nak datang pukul berapa? Dia cakap ada yang datang beratur pukul .30 pagi dan ada yang dah datang pukul  pagi. Awak fikirlah sendiri? Aik, cakap macam tu! Ramai lagi ang datang tapi tak dapat nombor.

Kebetulan aku ambil cuti sebab ingat dia balik semalam 18.12.2022 tapi dia cakap penerbangan dia dibatalkan dengan alasan syarikat PIA tukar kapal terbang besar kepada kapal terbang kecil. Aku tak tahulah dia tipu ke tidak sebab sebelum ni dia cakap nak balik 27.11.2022 tapi sambung cuti dan 18.12.2022 nak balik. 

Sekarang cakap dibatalkan pula dan mungkin dapat tiket 1 @ 8.1.2022 maknanya dekat tiga bulan dia kat sana. Malam tu masa aku keluar dengan Shahid dia ada telefon beritahu yang dia naik bas dan dalam perjalanan pulang semula ke kampung. Jadi cuti yang aku nak batalkan pada 20 dan 21 (Selasa dan Rabu) sebab Isnin tu aku dah guna untuk ajak Adik aku ke UTC kan tidak jadi dan aku teruskan sahaja cuti aku sebab 20hb aku kena pergi semula ke UTC dan kali ni aku pergi seorang diri.

Kunci jam pukul 3.50 pagi sebab ingat pukul 4 pagi nak keluar rumah (berani kan nak keluar awal pagi seorang diri!) tapi jam tak bunyi pula dan tersedar dekat pukul  lebih. Lepas dah siap-siap aku dapat grab dan sampai sana dekat pukul 5.30 pagi.

Eskalator pula ditutup dengan penghadang dan lif pun tak berfungsi dan aku fikir macam mana aku nak masuk dan beratur untuk dapat nombor giliran ni. Lama juga aku berdiri kat luar tu dan akhirnya aku tana dengan pegawai polis ng bertugas dekat situ dan dia tanya untuk ambil nombor ke? Aku cakap ye dan pegawai tu cakap, "tak pe tolak je penghadang tu dan nanti tutup balik".

Aku pun apa lagi lah dengan pantas terus bergerakdan bila sampai dah ada empat orang yang sedang beratur dan aku seorang sahaja perempuan. Lepas tu seorang demi seorang datang dan beratur dan pukul 6.50 pagi pengawal keselamatan tu bukakan pintu dan dapatlah kita orang duduk dekat bangku di bahagian dalam tu.

Budak depan aku tu dah kali ketiga datang ke UTC (bukan UTC yang sama) untuk buat passport.


SEMAKIN RAMAI YANG MULAI DATANG








BERTAMBAH PANJANG


PATUT NOMBOR 5 TAPI ADA SEORANG UNCLE TU DIBERI NOMBOR 1 MAKA AKU JADI NOMBOR 6 LAH

MASA NI NAK KEDAI FOTOSTAT SALINAN KAD PENGENALAN PULA DAN TERUS AKU SINGGAH KE TANDAS - NASIB ADA KEDAI ANG DAH BUKA PUKUL 8 PAGI TU








Masa nak buat bayaran pun dugaan juga sebab kad Bank Islam aku tak boleh guna. Mesin kata dah lebih had padahal aku tak buat sebarang pengeluaran pun pada hari ni. Nasib baik pegawai tu baik dan dia cakap ada kad lain tak? Aku cakap ada tapi baki tak cukup dan aku cakap aku transfer duit ke kad tu dan nanti datang semula ke kaunter, dia dia cakap boleh. Dia cakap pegawai tak boleh tolong untuk dahulukan duit untuk pembayaran.

Lepas dah transfer aku dok melangut tunggu dekat situ sebab pegawai tu dah 'hilang' dan lama juga aku tunggu. Lepas tu kad yang satu lagi pun tak boleh guna....Allahu Akbar! Macam mana nak buat macam ni! Pegawai tu cakap minta tolong kat sape dan aku bayar tunai (aku memang bawa tunai tapi dia orang dah tak terima duit tunai) dan Allah nak tolong aku kan!

Kebetulan ada dua orang Cina selepas nombor aku datang semula ke kauntar bayaran tu, terus aku tanya boleh tolong bayarkan tak nanti saya bayar dekat you 'cash' dan dia tak banyak cakap terus cakap boleh. Aku terus bayar tunai dekat dia dan pegawai tu tengok aku bayar dan perempuan Cina tu terus bayar guna kad kredit dia dan alhamdulillah selesai dan tunggu passport tu siap dalam masa satu jam selepas bayaran dibuat.

Aku duduk semula dan pukul 10.30 pagi nama aku dipanggil dan kira awal 15 minit daripada tempoh satu jam ikut KPI dia orang. Lepas tu aku tengok Cina sebelum nombor aku (budak Cina lelaki tu dan emak dia) masih ada diluar di luar. Anak dia dah tertidur sebab bangun awal pagi kan! dan aku terus pergi dekat perempuan tu sebab sepatutnya passport nak dia ang siap dulu baharu passport aku.

Dia pun terkejut sebab aku cakap saya dah dapat passport. Dia ingat panggil nombor dan aku cakap tak, dia orang panggil nama. Cuba you pergi tanya dekat kaunter dan dia cakap thank you dekat aku dan kejutkan anak dia.

KAUNTER AMBIL PASSPORT






ALHAMDULILLAH DAH DAPAT PASSPORT


INILAH MAK DAN ANAK ANG AKU CERITA TU - MESTI PASSPORT ANAK DIA DAH SIAP SEBAB DIA PUN SAMA-SAMA BALIK DENGAN AKU...KALAU TAK LAGI LAMA DIA TUNGGU KAN! MASA AKU PERGI KE DIA PUN RAMAI JE YANG PANDANG-PANDANG....

HUJAN LEBAT

No comments: