Pemandu bot tu beritahu lagi ada dua jenis burung helang dekat sini. Memang nampak dengan jelas burung-burung helang tu berterbangan.
Dan sedikit maklumat yang aku dapat di laman sesawang. Pualau ni juga dikenali sebagai Eagle Feeding Point dan boleh bagi makanan kat burung-burung ni. Nama Langkawi ni dua nama iaitu:
1) Lang = helang
2) Kawi - warna batuan oren jingga
PULAU BERAS BASAH
Selepas tu kita orang bergerak ke pulau terakhir iaitu Pulau Beras Basah. Tak tahulah ada ke tidak beras yang basah tu kat sana...hahahaha.
DARI BOT NAK KE TEPI PANTAI TU KENA LALU JETI YANG BERGOYANG-GOYANG. |
Seram betul aku nak jalan, bukan apa takut terjatuh sebab bergoyang dilambung air laut. Aku memang berjalan dengan Kak Yam dan ada sekali tu Kak Yam jalan dan mula menyenget, tiba-tiba Kak Yam tarik aku. Aku pun takut macam nak terjatuh...hahaha. Bukan apa nak seimbangkan badan tu susah sikit.
Yang budak lelaki memang gelakkan kita orang sahaja lah. Lepas tu En.Zul tolak Kak Yam dari belakang dan aku cuba jalan sendiri perlahan-lahan. Alhamdulillah, tak ada kejadian yang memalukan berlaku di situ tapi nanti masa nak balik kena lalu jeti yang bergoyang tu lagi.
NI GAMBAR WANI MASA NAK BALIK DAH... |
Sampai sana cuaca dah mulai panas terik dah, kita orang memang tak ada nak bermandi-manda pun jadinya kita orang lepask bawah pokok sahaja. Staff lelaki ada yang mandi dan hanya Wani wakil staff prempuan yang mandi di bawah cahaya mentari yang membahang.
Kadang tu adalah angi sepoi-sepoi bahasa yang datang menjengah kan. Tak ada nak buat apa, sudahnya sibuk ambil swafoto sahajalah dan tengok telefon masing-masing.
LEPAK BAWAH POKOK |
NASIB BAIK TUDUNG AKU OKAY SELEPAS 'DITAMPAR' ANGIN LAUT MASA NAIK BOT |
NI KAK YAM YANG TULIS DAN AKU MINTA...HIHI |
PASIR PANTAI DAN SEPASANG SANDAL HITAM |
HAHAHA...ALA-ALA EKSOTIK LAH GAMBAR NI - PASIR PANTAI, SANDAL HITAM DAN SEHELAI DAUN DI PANTAI |
TERINGAT ORANG JAUH |
JAUH DI MATA TAPI DEKAT DI HATI |
SEBAB TAK MESEJ KAN - TAK SUKA LAH KAN! KADANG BERAPA HARI TAK ADA TELEFON DAN MESEJ DARI DIA |
No comments:
Post a Comment