Sunday 11 December 2022

KENALAN FB & INSTAGRAM - FAHEEM KHAN & RIYAZ

Aku kenal Faheem ni dekat aplikasi Hawaya dan sebelum dia aku ada chat dengan seorang lelaki Melayu yang guna nama Y_K dan sampai sudah tak tahu nama betul dia sebab dia chat dua tiga hari je dan lepas tu dia senap. Bila dia senyap aku pun akan jadi senyap juga lah.

Aku mula chat dengan dia pada 4.9.2022 dekat Hawaya sebelum bertukar ke Messenger. Anak sulung dari 3 beradik dan ada 6 adik beradik tiri kalau tak salah aku. Dua orang abang tiri dia dah berkahwin ddengan orang Johor dan Terengganu makanya famili dia tak ada masalah kalau dia nak kahwin dengan orang Malaysia.

Lahir pada 4.6.1991 dan muda enam tahun daripada aku...dan disebabkan dia bekerja sebagai mekanik di bengkel motor, dia hanya boleh chat dengan aku pada waktu malam sahaja dan selalunya dah lewat malam lah (melepasi waktu tidur aku sekarang iaitu pada 10 malam).















RIYAZ

Aku mesej dengan dia ni sekejap sahaja dan lepas tu aku tengok akaun dia dekat FB Dating dah tak ada...okay je kan.

No comments: