Wednesday 5 October 2022

SCREENSHOTS WA SHAHID (+ KRIKET & PAKISTAN), ANIS & KAWAN BAHARU - BILAL KHAN






















Tak pasal-pasal sekarang ni aku minat tengok perlawanan kriket. Ni semua sebab Mr.A  sebab dia minat dan dekat sini dia ada join kelab kriket. Kadang tu bila jumpa dia ada juga aku tengok perlawanan kriket dekat telefon dia sama-sama dan daripada tak tahu apa-apa pasal kriket, sekarang aku dah tahu lah serba sedikit pasal kriket ni.

Dapat 4 mata, 6 mata, wicket dan lain-lain. Sebelum ni aku cuma tahu yang kriket ni lebih kurang sama macam aku main rounders masa kecil-kecil dahulu. Lebih kurang lah sebab ada bola, kayu pemukul dan kena lari untuk kumpul mata kan.

Lepas tu aku tak tahu apa yang aku buat dengan telefon aku, setiap kali ada perlawanan kriket aku akan dapat pemberitahuan (notifications) tak kira lah negara mana yang lawan dan aku cuma tengok perlawanan yang melibatkan pasukan Pakistan sahaja...hahaha

Hari tu ada perlawanan antara Pakistan dan Bangladesh dan aku cakap dengan Mr.A yang aku sokong pasukan Bangladesh, dia pandang aku dengan muka tak puas hati. Dia cakap, "You punya bf orang Pakistan, lagi mahu sokong Bangladesh." Dan aku memang tergelaklah....aku pun ada kawan dari Bangladesh pun...saja aku nak sakat Mr.A







ANIS - VIDEO CALL PADA 4.10.2022 (SELASA)








BILAL KHAN


 

No comments: