Saturday 8 October 2022

MR.A - 8.10.2022 (MUHAMMAD DAN AIN KAHWIN - NIKAH PADA 30.9.2022)

Muhammad Dhiyaurrahman Ali, anak buah lelaki yang pertama dah jadi suami orang pada 30.9.2022 pada usia 20 tahun. Pasangannya, Ain sebaya dengan dia. Masa dia orang nikah kita orang (Aku, Mak & Adik) tak pergi pun sebab tiada kenderaan. Kita orang cuma pergi masa dia buat majlis resepsi sahaja dan itupun hampir tak jadi pergi.

Sebab apa? Sebab Mr.A lah! Mula-mula dia cakap boleh tolong bawa cuma dia tak nak makan sekali, dan aku cakap okay lah dan pada hari Khamis malam tu dia cakap malam esok (Jumaat) dia nak gerak ke Kota Bharu/ Aku pun bisinglah sebab dia dah janji kan dengan aku nak tolong bawa. Buka aku sahaja, Mak dan Adik aku pun ada sekali. Tak hormat ke dekat mak aku tu!

Dah janji lepas tu dia pergi ambil job dan terus batalkan janji dia dengan aku. Mana aku tak mengamuk dan nasib baik malam Jumaat tu dia beritahu tak jadi pergi Kota Bahru sebab kerja yang dia nak buat tu tak boleh pakai tangga, kena pakai sky lift dan nak sewa tu kena tunggu beberapa hari.

Lepas tu aku cakap kalau macam tu bolehlah hantar kita orang pergi Puchong dan dia cakap ok, boleh. Lepas tu masa nak pergi pun, kena tunggu Adik aku dulu sebab dia terlibat dengan prgram ExploRace kat Desa Pandan tu dan jadi lambat lah. 

Elok dapat jumpa Syiqah dan famili kakak aku kat sana, tak dapat jumpa sebab Abang Rasid kena pulangkan kereta dekat kawan dia. Itu kan mak dan ayah pengantin lelaki tapi dah nak balik!

Aku pun tak tahu majlis kahwin dia macam mana sebab aku pun tak teruja nak pergi sana walhal yang kahwin tu anak buah aku kan. Salah satunya ialah dia nak buat semua sendiri dan tak nak libatkan kita orang dalam sebarang persiapan majis perkahwinan dia orang berdua.

Itu kan anak buah pertama aku dan Adik aku nak kahwin jadinya kita orang nak terlibatkan. Nak pilih memilih ke ke nak buatkan doogift ke nak sponsor apa yang patut ke tapi dia orang tak nak. Nak buat semua sendiri.

Aku rasa majlis dia orang hanya melibatkan keputusan daripada famili sebelah perempuan sahaja. Aku pun tak tahu. Angah pun tak pergi majlis kahwin Muhammad. Itu kan anak buah kau yang kahwin. Dah macam filem P.Ramlee kan, Keluarga 69 kan...caca marba, haru biru.

Secara peribadi, aku rasa majlis dia orang agak tergesa-gesa. Asalnya nak buat majlis pada Disember ni dan tiba-tiba aku dengar nak buat bulan 10 pula. Lagi satu yang kurang best ialah masa kita orang pergi walaupun majlis dah habis dan yang tinggal pengantin dan kawan-kawan tapi pengantin dua orang tu tak layan pun kita orang. 

Cuma masa sampai adalah dia orang datanglah dan jemput kita orang dan Muhammad pun ada jumpa dengan Mr.A dan lepas tu suruh kita orang makan. Masa makan kat dalam rumah tukita orang sendiri sahaja dan pengantin dua orang tu sibuk dengan kawan-kawan dia bergelak ketawa dekat luar.

Si Ain ada datang kejap duduk tapi dia pun macam krik krik aku rasa, jadi dia duduk kejap dan lepas tu bangun. Lepas tu datang bagi doorgift dan lepas tu dia diam sahaja. Aku memang pendiam memang tak adalah aku nak tanya kan!

Malam Khamis tu dia orang ada buat IG Live dan ada kawan dia yang tanya baju pengantin warna apa dan Ain tu jawab esok pagi baharu nak pergi cari. Korang rasa? Majlis korang hari Sabtu tau dan Jumaat pagi tu baharu nak pergi cari baju pengantin. Orang setahun ke enam bulan sebelum majlis dah cari baju dan lain-lain persiapan.

Aku tak tahulah dia orang punya perancangan macam mana. Asal ada baju je jalan...tak payah nak fikir banyak. Tak macam Syiqah (kakak Muhammad yang dah bertunang dahulu) dah buat perancangan sedikit demi sedikit walaupun majlisnya hujung tahun depan...Insa Allah. Kalau tarikh tu dipercepat aku tak tahulah kan. 

Kakak yang bertunang tapi Adik pula yang kahwin dulu (Muhammad tak ada bertunang pun!). Ikut suka korang lah kan tapi aku sebagai mak cik tak rasa seronok lah sebab rasa kita orang dipinggirkan dalam persiapan majlis dia orang. Dah lah tu anak buah pertama yang kahwin dan dah lama tak buat majlis kahwin kan. Kali terakhir ialah pada majlis kahwin Angah pada tahun 2005 yang mana aku cari orang kanan Mak.

Lepas tu masa sepupu aku yang bekas DJ tu kahwin pun sama, kita orang tak dilibatkan sebab malu agaknya sebab perempuan tu dulu anak orang kaya. Bapa kandung kaya dan bapa tiri dia pensyarah universiti rasanya. Tarikh dia nikah pun kita orang tahu daripada surat khabar. Ko rasa! 

Tu sepupu kita orang tau dan selalu ada kalau berkumpu di rumah Mamu (pak cik aku) di Klang tu tapi bila majlis nikah dirahsiakan. Mak aku tu mak cik kandung dia bukan mak cik tiri ke mak cik angkat ke jiran ke apa! Jodoh dia tak panjang pun dengan perempuan tu dan masing-masing dah bercerai dan dah kahwin lain pun. Saudara pun boleh buat macam ni apa lagi orang luar kan!

Panjang pula aku membebel....

Gambar masa akad nikah ni Rasyiqah yang bagi dekat kita orang.











8.10.2022
Ni dari Shah Alam nak ke rumah aku...nak gosok baju aku dengan Mr.A dan selepas tu nak pergi ambil Mak dan Adik dan kemudian baharu ke Puchong. Elok nak pergi awal jadi lambat pula sebab Adik aku terlibat dengan Program Explorace dan lepas tu tunggu hadiah cabutan bertuah pula dan jadi lagi lambat. Ikutkan sahaja lah!






PUCHONG
Nasib baik Mr.A tahu jalan dan tak ada sesat ke apa. Tahu-tahu sampai sahaja. Dia tolong hantar kan sahaja dan nanti bila dah selesai baharu aku telefon dia. Mak aku duduk depan dengan Mr.A sebab dia kata kalau dekat Pakistan, mak akan duduk depan dan kalau ada isteri ke apa kan dia orang duduk belakang sebab hormatkan mak. Jadinya mak aku duduk depan dan dia yang tolong bukakan pintu semua untuk mak aku.

Dalam kereta kan, Aku dengan Adik aku pot pet, pot pet berdua sebab ada sahaja benda yang nak diceritakan. Dulu kan duduk serumah sekarang dah lain, jadi bila dah jumpa tu memanglah banyak borak. Borak-borak lepas tu gelak...hahahaha. Mr.A dia dengar saja dan dia tersenyum bila aku usik dia!












AMBIK JUGA LAH GAMBAR KENANGAN DENGAN PENGANTIN









Adik dengan Mak tak nak ambil gambar dengan pengantin. Tak apalah. Bergambar seorang dekat sitiu pun Adik aku tak nak, ye lah anak buah kesayangan buat hal kan!

No comments: